SUKE TV dan iQIYI Menjalinkan Kerjasama Esklusif Bagi Menyajikan Rancangan Tempatan Buat Tontonan Penonton Antarabangsa
Untuk info, SUKE TV merupakan penyiar siaran tempatan yang mula mendapat perhatian dunia hiburan tempatan, menawarkan pelbagai kandungan inovatif merentas pelbagai genre dengan barisan kandungannya yang mesra keluarga. Ada drama komedi, infomasi, rancangan bual-bicara dan pelbagai lagi.
Manakala iQIYI merupakan aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. iQIYI juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh 2 tahun. Sehingga kini platform iQIYI telah menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi serta anime dalam bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara.
Menurut Dato' AC Mizal selaku Pengerusi SUKE TV
SUKE TV sangat berbangga dengan perkongsian ini dan juga dengan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini. Kerjasama ini telah terjalin pada masa yang tepat dengan pertumbuhan perkhimdtan penyiaran selepas pandemik yang menghasil kepelbagaian kandungan merentasi pelbagai genre. Saya yakin melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton. Ini adalah pemulaan era baharu untuk SUKE TV dan kami berharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan kami dengan iQIYI.
Manakala Dinesh Ratnam selaku Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei turut berkongsikan;
Dengan perkongsian esklusif bersama SUKE TV ini dapat memperkukuhakn lagi matlamat bersama kedua-dua pihak dalam menyediakan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi serta mempamerkan hiburan Malaysia terbaik untuk penontonnya. iQIYI sangat teruja untuk bekerjasama dengan SUKE TV dan kami nantikan kandungan terkini dan menarik yang akan dibawa melalui jalinan ini ke platform iQIYI.
Satu sidang media telah diadakan dengan menyaksikan kedua-dua pihak iaitu SUKE TV dan juga iQIYI menandatangi perjanjian kerjasama ini untuk tempoh 1 tahun buat permulaan. Dengan kerjasama ini, SUKE TV akan menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia yang mempunyai tab khusus di platform iQIYI. Lebih menarik penstriman ini akan tersedia secara percuma dan esklusif untuk pengguna iQIYI.
Antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuklah rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Jer, Tomey Tomey dan juga beberapa kandungan terbitan baru seperti DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up dan Odah Billionaire.
Sidang media ini turut dihadiri oleh Datin Emylia Rosnaida Pengarah SUKE TV, wakil-wakil dari iQIYI dan juga SUKE TV sendiri serta selebriti-selebiri tempatan yang turut menyokong dengan usahasama yang terjalin ini.
Syabas SUKE TV dan iQIYI!
SUKE TV dan iQIYI Menjalinkan Kerjasama Esklusif Bagi Menyajikan Rancangan Tempatan Buat Tontonan Penonton Antarabangsa
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 19, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...