TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil Toko Buku Besar, Cantik dan Esklusif
TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil Toko Buku Besar, Cantik dan Esklusif- Kita dan buku memang tidak boleh dipisahkan! Seperti yang sering diungkapkan membaca adalah jambatan ilmu dan buku adalah gedungnya. Terkini jenama toko buku ternesar di Jepun telahpun bertapak di Malaysia - TSUTAYA BOOKS yang secara rasmi telah dibuka di Pavillion Bukit Jalil.
TSUTAYA BOOKS bukan setakat toko buku,
Bahkan ruang untuk mengekplorasi ilmu,
Memupuk budaya membaca dari pilihan koleksi beribu,
Moga menjadi generasi celik yang otaknya tidak tepu!
TSUTAYA BOOKS Dibuka Secara Rasmi Pada 7 Julai 2022
Secara rasmi TSUTAYA BOOKS Bukit Jalail telah dibuka secara rasmi pada 7 Julai 2022. Dan ini bukan sahaja menjadikan toko buku Tustaya Books yang dibuka di Malaysia bahkan di Asia Tenggara.
Majlis pembukaan secara rasmi ini turut dihadiri oleh Mr. Hideyuki Uemoto, CEO TSUTAYA BOOKS Malaysia Sdn Bhd serta para jemputan VIP seperti Puan Sri Cindy Lim, Duta Jepun di Malaysia Mr, Katsuhiko Takahashi serta Madam Mami, YBhg Datuk Lee Whay Hong dan ramai lagi.
TSUTAYA BOOKS - Memupuk Budaya & Gaya Hidup (Cultivate Culture & Lifestyle)
Dengan membawa falsafah jenama 'Memupuk Budaya & Gaya Hidup' (Cultivate Culture & Lifestyle), TSUTAYA BOOKS bukan sahaja menawarkan landskap yang indah didalam dekorasi dalamannya tetapi menawarkan pelbagai genre buku yang dapat memenuhi pilihan dari kanak-kanak sehingga dewasa.
Selain buku turut ditawarkan beberapak koleksi esklusif seperti Harry Potter, Walt Disney dan sebagainya. Turut ditawarkan beg dari jenama Jepun, barangan deko dan juga paralatan menulis.
Buku di sini juga disusun mengikut gaya hidup seperti HOBI, KEIBUBAPAAN, KANAK-KANAK dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan koleksi bahasa buku yang bukan sahaja ada didalam bacaan Bahasa Inggeris, terdpat juga buku didalam Bahasa Cina dan Melayu, Sesuai dan memenuhi gaya hidup budaya masyarakat Malaysia yang datangnya dari berbilang kaum
Seni dan Budaya
Saya paling tertarik di bahagian seni dan budaya yang ada di satu sudut toko TSUTAYA BOOKS. Di mana telah mempamerkan produk semi seperti pop art, rekabentuk produk sehinggalah ilustrasi artkitek - fotografi, fesyen dan juga juga kereta.
(kredit gambar : Nannie Isa)
Antara buku edisi terhad dan esklusif yang ada ditawarkan di TSUTAYA BOOKS seperti 'Ferrari Limited Edition Collector's Book' yang mempunyai hanya 1697 naskhah di seluruh negara dan ditawrakan pada harga RM32,800 (ketika dijual sekarang).
Begitu juga art gallery wall yang mempamerkan pelbagai hasil fotografi dari jurugambar hebat dari Jepun, antaranya seperti Kotori Kawashima yang berkongsi tentang momen istimewa, perasaan yang meneyeronokkan, hari-hari yang bahagia dan tentang sesuatu kebaikan.
Menawarkan Ruang Terbesar Pendidikan dan Hiburan Untuk Kanak-Kanak di Toko Buku di Malaysia
TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil juga menawarkan sebanyak 20,000 buku bacaan kanak-kanak yang merangkumi Bahasa Inggeris, Jepun, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Cina.
Mengambil inspirasi ruang belajar seperti di atas pokok, warna-warna seperti kehijauan dan keemasan menjadi nada dalam tatarias ruang ini.
Di mana anak-anak boleh mengambil buku dan membaca bersama ibubapa atau penjaga mereka di sini secara santai.
Ditawarkan pelbagai jenis buku kanak-kanak, antaranya seperti buku bergambar, puzzle dan buku yang didatangkan dengan pelbagai jenis tekstur.
Paling anak-anak saya suka tentulah buku yang beinspirasi katun. Contohnya buku Frozen, Paw Patrol, Peppa Pig dan pelbagai lagi.
Bukankah mendidik anak agar gemar membaca perlu dari kecil lagi. Umpama pepatah lama berkata "melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Dengan mengenalkan toko buku seperti TSUTAYA BOOKS dapat mendidik anak-anak untuk gemar dan sentiasa bersama buku.
Disediakan Cafe Untuk Berehat Santai Didalam TSUTAYA BOOKS
(kredit gambar : Nannie Isa)
Jika anda ingin berehat sebentar. Bolehlah dapatkan kopi yang dibrew segar, Kyoto Matcha dan juga pelbagai pilihan pencuci mulut yang cukup popular dari Jepun seperti Dorayaki dan juga Fruit Parfait.
(kredit gambar : Nannie Isa)
Disediakan ruang untuk anda melepak sambil bersantai dengan rakan mahupun bersendiri sambil menikmati secangkir kopi. Memang best! Ruang ini boleh dipenuhi sehingga 90 tetamu.
Jom Ke TSUTAYA BOOKS
Jom ke TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil. Sama-sama kita mencari ilmu menerusi buku-buku yang ditawarkan di sini. Ada pelbagai buku yang ditawarkan, memang rambang mata untuk membuat pilihan.
TSUTAYA BOOKS
Level 2 (Orange ZOne) Pavillion Bukit Jalil
WAKTU OPERASI:
10 pagi - 10 malam, setiap hari (Isnin hingga Ahad)
Jangan lupa untuk muat turut applikasi TSUTAYA BOOKS. Dengan setiap pembelian anda akan dapat poin, ada juga tawaran penebusan voucher, mendapat informasi terkini dan juga jemputan esklusif.
TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil Toko Buku Besar, Cantik dan Esklusif
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 08, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...