8 Outlet Makanan Yang Boleh Anda Singgah Jika Ke Atria Mall Petaling Jaya
8 Outlet Makanan Yang Boleh Anda Singgah Jika Ke Atria Mall Petaling Jaya - Pencinta makanan pasti teruja apabila berpeluang merasai pelbagai jenis hidangan samada dine in atau dibawa balik (tapau) semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung.
Atria Mall Peraling Jaya, sebuah pusat membeli-belah yang letaknya di kawasan kejiranan sentiasa menjadi tumpuan penduduk setempat bagi mendapatkan segala makanan yang dapat memenuhi selera seisi keluarga.
Ibarat pusat sehenti yang kita tidak perlu tercari-cari makanan yang ingin dinikmati kerana semuanya ada di sini.
Di sini saya inginkan kongsikan 8 outlet makanan yang boleh korang singgah jika berkunjung di Atria Mall . Paling penting outlet yang saya rekomen ini semuanya menawarkan makanan halal dan mesra muslim (muslim friendly).
❤ ZUS Coffee
❤ TedBoy Bakery
❤ Little Penang Cafe
❤️ Dave's Deli
❤️ La Juiceria Superfood
❤️ Blackball
Takeaway [Own Photo]
❤️ Miki Bakery
❤️ Mr Chizu
1. TedBoy Bakery
Kafe yang cukup populat dengan produk-produk bakeri ‘homemade’ini bukan sahaja menawarkan kek, roti dan pastri bahkan untuk cawangan di Atria Petaling Jaya kini turut menawarkan makanan berat yang cukup menyelerakan.
Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.
Fried Chicken Carbonara
Paling sedap sos creamy carbonaranya. Ditambah pula ayam goreng ranggup yang memang tidak
menghampakan, berjus.
Buttermilk Chicken with Rice
Kalau korang nak makan nasi, jangan risau TedBoy Bakery juga ada pelbagai hidangan nasi. Dan saya telah mencuba Buttermilk Chicken with Rive. Rasa mewah krim keju bersama ayam dengan sedikit rasa
percikan pedas memang tidak mengecewakan.
Sandwich Club
Roti homemade bersama hirisan daging turkey dan ayam. Didatangkan bersama sayuran dan kepingan keju cheddar.
Nasi Lemak Biasa dengan Rendang Ayam
Nasi lemak yang didatangkan dengan hidangan sampingan iaitu rendang ayam. Memang sedap!
Hot Chocolate
Hazelnut latte
Minuman kegemaran saya bila berada di TedBoy Bakery :-)
Review Saya: Makanan semuanya sedap dan banyak pilihan. Paling suka dengan Sandwich Club dinikmati bersama minuman panas seperti latte. Untuk cawangan di Attia Mall, TeeBoy Bakery disini dibuka dari 9.30 pagi hingga 10 malam.
2. Little Penang Kafe
Kalau rindukan makanan Penang, datanglah ke Little Penang Kafe. Biarpun nama restoran ada perkataan ‘Penang’, hakikatnya kafe ini tiada di Penang tetapi mempunyai banyak cawangan di kawasan Lembah Klang.
Menawarkan pelbagai hidangan autentik Penang yang cukup popular seperti kari hantu. rendang Penang, masakan portugis, laksa, kuew teow dan pelbagai lagi. Little Penang Kafe ini mula dibuka pada tahun 1999 dan telah diuruskan sendiri oleh ahli keluarga bergenerasi lamanya. Saya difahamkan ada 3 generasi yang turut sama terlibat dalam penyediaan makanan (di dapur), pengurusan kafe dan pelbagai lagi. Dan ini merupakan perniagaan keluarga.
Ibaratkan “The Best Penang Cuisine in One Roof’, macam-macam hidanhan Penang ada dan semuanya sangat menarik. Apa yang mengujakan saya, portion untuk setiap hidangan memang agak besar/banyak.
Acar Fish Set
Set nasi dengan acar ikan, sambal dan pelbagai lagi. Agak unik dan rasanya sedap juga. Nanti korang boleh cuba.
Kuew Teow Bersama Telur Itik
Kita boleh request jika mahukan kuew teow yang digoreng bersama telur itik. Antara hidangan kegemaran saya dari Little Pennag Kafe. Cukup rasa, nak pedas lagi nikmati bersama cili potong bersama kicap.
Penang Curry Mee
Laksa Penang
Pie Tie
Sangat sedap ya pie tie dekat sini. Ramggup betul dibahagian luar dengan pelbagai isi didalamnya yang sangat segar.
3 layer tea, coconut shake, kedondong shake dan 3 layer coffee
Durian cendol dan cendol biasa
Review Saya: Semuanya sedap. Masakan autentik dari Penang yang disediakan oleh orang yang cukup berpengalaman. Saya paling suka pie tie dan kuew teow goreng. Ini terutama kuew teow goreng, aroma wok yang dimasak dengan api besar memang dapat dirasai dalam setiap suapan.
3. Dave’s Deli
Peminat makanan western pasti cukup
mengenali restoran Dave’s Deli. Restoran yang
menawarkan pelbagai hidangan barat yang cukup
menyelerakan.
Restoran yang beroperasi sejak 1989 ini telah berada 33 tahun di pasaran. Dibangunkan dan diuruskan oleh keluarga David.
Sos blackpepper antara yang cukup popular di sini. Ramai pelanggan yang datang akan meminta extra sos kerana rasanya menjadikan hidangan lebih istimewa.
set dave’s famous roast chicken
roast chicken mushrooms pie
roast chicken sandwich
lasagna
Lemon Tea Ice & Blackcurrant with Lychee
Review Saya: Dave’s Deli memang restoran kegemaran saya san keluarga. Restoran ini memang popular dengan hidangan yang menggunakan herba dan rempah ratus. Pilihan hidangan tentulah ayam roasted dan mushroom pie. Kesedapannya tiada bandingan lain terutama apabila dinikmati bersama sos blackpepper Dave’s Deli.
4. Superfoods Signature (La Juiceria Superfood)
Siapa yang mengenali dengan produk minuman sihat la Juicera pasti teruja dengan hidangan yang ditawarkan di Superfoods Signature.
Bayangkan kita boleh menikmati pelbagai hidangan sihat tetapi dalam persembahan dan rasa yang cukup
menyelerakan. Serius! Paling mengujakan tauhu yang disediakan secara homemade dan ditawarkan juga dengan pelbagai jenis masakan seperti kukus, grill dan sebagainya.
Minuman La Juicera dan Shot Juicera memang kena cuba. Setiap minuman yang ditawarkan memang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Review Saya: Makanan yang ditawarkan disini bukan sahaja sedap dan berkhasiat bahkan cara persembahan memang sangat cantik. Sampai rasa sayang nak makan, hahahah. Sangat rekomen untuk mereka yang menjaga pemakanan dan sukakan makanan sihat.
5. Mr Chizu
Nak cari cheesecake silalah ke Mr Chizu. Makanan disini
memang khas untuk dibawa balik. Harga yang ditawarkan memang cukup berpatutan. Dari segi rasa lagilah tidak mengecewakan.
portuguese egg tart
Freshly baked setiap hari. Boleh juga dapatkan kek hari jadi ataupun apa-apa keraian di sini.
chizu - cheese tart hanjiku (half cook)
hanjuku slice (cake half bake),
Sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Boleh dijadikan hadiah atau ole-ole buat rakan dan keluarga.
Sponge Cake
Ada pelbagai jenis perisa - biasa, coklat dan pelbagai lagi.
6. ZUS Coffee
Rasanya ramai yang mengenali dengan ZUSS Coffee. Rangkaian kedai kopi yang menawarkan pelbagai jenis minuman kopi samada panas ataupun sejuk.
7. BlackBall
Samada panas mahuoun sejuk mengikut pilihan pelanggan. Selain itu terdapat juga minuman istimewa Taiwan ada di BlackBall.
Review Saya: Puas menikmati pencuci mulut disini. Tekstur cincau dan soya yang lembut, segar dan sedap. Ada bebola pulut hitam yang menjadikan lebih rasa dan mengenyangkan.
8. MIKI BAKERI
Nak cari egg tart portuguese yang legend, silalah ke
MIKI. Disediakan segar setiap hari dan memang enak dinikmati ketika masih panas-panas.
Istimewa untuk dibawa pulang dan lebih bermakna jika dapat dikongsikan bersama yang tersayang. Resepi tradisi dengan keunikan adunan yang tersendiri.
Gastronomic Feast 2022.
Sambil food hunting di Atria Shopping Gallery ni, korang juga boleh dapat voucher Atria Mall secara PERCUMA tau. Oh ya! Boleh sertai Cabutan Bertuah dan berpeluang memenangi Le Cruset.
Dengan hanya penuhkan setem (cop) Foodtastic Reward Card :
📅: 5 - 31 Ogos 2022
⏰: 10 pagi - 10 malam setiap hari
📍: Concierge Counter, Ground Floor
1️⃣ 1 cop (setem) untuk setiap perbelanjaan minimum RM30 (RM20 Atria Member) dalam satu resit.
2️⃣ Tunjukkan resit & dapatkan cop di Concierge Counter, Ground Floor.
Jom makan-makan di Atria Mall Petaling Jaya. Ada pelbagai hidangan halal sedap menanti korang, Nyums.
Dengan hanya penuhkan setem (cop) Foodtastic Reward Card :
📅: 5 - 31 Ogos 2022
⏰: 10 pagi - 10 malam setiap hari
📍: Concierge Counter, Ground Floor
2️⃣ Tunjukkan resit & dapatkan cop di Concierge Counter, Ground Floor.
Jom makan-makan di Atria Mall Petaling Jaya. Ada pelbagai hidangan halal sedap menanti korang, Nyums.
.
#GastronomicFeast2022 #FoodReviewAtAtria
#AtriaShoppingGallery #AtriaDJ
#Foodie #
8 Outlet Makanan Yang Boleh Anda Singgah Jika Ke Atria Mall Petaling Jaya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 24, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...