emart24 Kedai Serbaneka Yang Menawarkan Pelbagai Produk Dari Korea



emart24 kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk Korea kini telah berada di Malaysia.. Bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman Korea bahkan terdapat juga produk penjagaan diri.


Seronok! Macam-macam ada kat sini. Kiranya kalau rindu Korea datang jer emart24. Kita boleh pilih, belek-belek barangan Korea yang kita mahukan. Ini keran semuanya di depan mata.


Pada setiap 24hb, sebanyak 24% diskaun akan diberikan untuk produk-produk tertentu dan memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


Port saya paling suka tentulah di bahagian pencuci mulut dan makanan panas Korea. Gimbap salah satunya :-)



Dan saya telah membeli 1 tub cookies 🍪 ini. Sedap jugak. Satu tub harganya RM19. Didalamnya ada pek-pek kecil. Jadi mudah untuk dibawa ke mana sahaja.


Barangan penjagaan wajah dari Korea memang banyak di emart24. face mask antara yang menjadi kegemaran saya. Jenuh memilih dan memang banyak saya borong face mask disini.


Peminat TREASURE mesti teruja. Sepanjang bulan ini berlangsungnya promosi produk esklusif yang ditawarkan bersempena dengan kolaborasi antara TREASURE x emart24. Setiap minggu menawarkan produk yang berbeza. Antara produk TREASURE x emart24 yang korang boelh dapatkan seperti:-


Ini saya memang dah cuba. Serius sedap! TREASURE Jeonju Bibim Beef.


TREASURE Chicken & Tuna Mayo.


Treasure Japanese Curry Chicken, ini pun saya rekomen. Sedap apatah lagi kalau dapat makan panas-panas.


TREASURE Cheezy Korean fried Chicken


Feveret! Treasure Chicken Mayo. sangat sedap ya!!!


TREASURE Pouch Drink Americano Black Coffee dan Americano Hazelnut Coffee/


TREASURE Hot latte ni memang best! Minuman panas yang korang kena cuba kalau ke emart24. Kalau sukakan yang lebih kaw.. boleh cuba TREASURE Americano Black Coffee.


Bestkan! Jom korang ke emart24. Macam-macam ada 😊
emart24 Kedai Serbaneka Yang Menawarkan Pelbagai Produk Dari Korea Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 09, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Menarik Emart ni, tak pernah pergi lagi. Nanti nk terjah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.