Jovian Melancarkan Korset Wonder Suit Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan
Jovian Melancarkan Korset Wonder Suit Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan- Jovian jenama yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia kini melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan produk baharu yang memfokuskan pada pakaian, Wonder Suit. Korset Wonder Suit yang dihasilkan melalui penyelidikan yang begitu teliti mengambil kira segala aspek ini diperkenalkan bagi menyokong rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat. Apatah lagi korset ini sesuai digunakan oleh lelaki mahupun perempuan.
Dengan pengenalan Wonder Suit yang telah melancarkan produk pertama mereka iaitu korset yang direka untuk meningkatkan bentuk badan bukan sahaja boleh mengempiskan perut, bahkan memakainya seharian juga dapat memberi keselesaan. Paling penting ianya dapat memberi sokongan postur badan jika dipakai seharian setiap hari. Direkomen untuk dipakai selama 8 jam sehari.
Difahamkan penghasilan korset Wonder Suit ini juga adalah inspirasi daripada pelanggan-pelanggan setia (Jovianista) dan juga pengalaman Datuk Jovian Mandagie yang mengalami masalah tulang belakang. Datuk sememangnya disarankan oleh doktor untuk memakai korset bagi membantu memberi keselesaan dan menjaga postur badan.
Penjagaan juga sangat mudah. Hanya cuci tangan menggunakan pelembut serta detergent yang biasa digunakan. Bilas dengana ir bersih dan jemur seperti biasa. Tidak perlu dihantar ke dry cleaning dan sebagainya.
Untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset Wonder Suit ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang yang membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal.Bagi permulaan hanya tersedia dalam warna "Beige". Manakala saiz adalah sehingga 3XL
Untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset Wonder Suit ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang yang membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal.Bagi permulaan hanya tersedia dalam warna "Beige". Manakala saiz adalah sehingga 3XL
Koleksi korset Wonder Suit ini juga telah mendapat kerjasama dari lima selebriti terkenal Malaysia untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit dan mereka ialah Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan Dolla.
Biarpun beraktiviti aktif seharian, Wonder Suit tetap memberi keselesaan
Lelaki juga boleh menggunakan Wonder Suit
Ada pelbagai saiz dari S sehingga 3XL
Berharga RM149, Wonder Suit by Jovian kini boleh dibeli melalui:
💓Platform Instagram Selebrity
💓Ejen dan stokis selebriti
Korset ini juga boleh digunakan untuk ibu selepas melahirkan anak bagi tujuan mendapatkan kembali potongan badan asal 👌
P/S: Saya dah dapatkan satu dan tak sabar nak pakai setiap hari. Moga cepat slim dan punyai postur badan yang cantik serta sihat :-)
Jom pakai Wonder Suit,
Jom pakai Wonder Suit,
Jovian Melancarkan Korset Wonder Suit Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 18, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...