Kari Ketam Dipadukan Bersama Nasi Lemak dan Burger, Satu Kejutan Yang Istimewa


Kari Ketam Dipadukan Bersama Nasi Lemak dan Burger, Satu Kejutan Yang Istimewa- Hi korang! Baru-baru ini saya berkesempatan ke satu majlis pengenalan menu terbaru kolaborasi antara Devi's Corner, Tambahlah dan juga Jackson's Fried Chicken. Pengenalan ini juga adalah juga bersempena dengan ulang tahun ke 10 foodpanda Malaysia.


Bila kita sebut tentang makanan pastinya semua orang akan teruja. Makanan adalah terapi jiwa. Apatah lagi dengan adanya kepelbagaian makanan yang ditawarkan memenuhi citarasa kita pasti memberi kepuasan.

Jackson’s Burger x Devi's Corner Crab Curry
Istimewa untuk kolaborasi Johnson's Burger x Devi's Corner Crab Curry kali ini, kari ketam telah diperkenalkan hidangan. 
  • Cut the crab. Honestly, sumpah sedap!

Hidangan utama: Crab Curry Burger


Burger yang didalamnya ada ayam goreng Jackson's berjus yang cukup sempurna, ranggup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam. Selain itu terdapat juga mayonis, salad segar dan juga Kari Ketam OG dari Devi's Corner.

Pilihan minuman : Teh O Ais Limau / Limau Ais / Teh Ais / Coca Cola
Pencuci mulut : Pau-Pau Cheesecake

Nasi Tambahlah x Devi's Corner Crab Curry
  • Jangan ketam kabut, makan dulu

Hidangan utama : Crab Curry Nasi Lemak


Nasi lemak memang antara sajian tempatan yang sentias amenjadi pilihan! Jangan lupa untuk cuba Nasi Lemak Tambahlah dengan ayam popcorn bersama kari ketam Devi's corner. Nasi lemak yang dimaska menggunakan beras basmathi yang meman padu rasanya apatah lagi dengan aroma daun pandan. Begitu juga dengan lauk sampingan seperti ayam popcorn yamg digoreng garing, sambal telur, ikan bilis dan timun.

Pilihan minuman : Teh O Ais Limau / Limau Ais / Teh Ais / Coca Cola
Pencuci mulut : Pau-Pau Cheesecake


Ini adalahkek keju Pau-Pau yang sumpah sangat sedap. Teksturnya sangat lembut dengan kemanisan sederhana dan paling mengujakan terdapatnya serbuk biscoff dibahagian atasnya.


Ok korang, boleh cuba menu istimewa ini yang datang darinya 3 restoran tempatan untuk masa yang terhad di panda paradise bermula dari 12 -14 Ogos 2022 okie

Percayalah apabila kari ketam terbaik dari Devi's Corner dipadukan bersama burger dari Johnson's Fride Chicken dna Nasi Lemak Tambahlah pastinya menjadikan hidangan itu luar biasa dna lebih istimewa :-)

Kari Ketam Dipadukan Bersama Nasi Lemak dan Burger, Satu Kejutan Yang Istimewa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 05, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.