Kopitiam @ Corus Hotel Kuala Lumpur Pada Hujung Minggu
Kopitiam @ Corus Hotel Kuala Lumpur Pada Hujung Minggu- Bayangkan jika kita dapat menikmati hidangan ala-ala di kopitiam tetapi lokasinya terletak di hotel yang lebih esklusif dan selesa. Yup! Terkini Corus Hotel Kuala Lumpur ada menawarkan Kopitian @Corus yang diadakan setiap hujung minggu sehingga akhir bulan Septermber 2022.
Harga per pax yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
RM58 (untuk dewasa)
RM38 (untuk kanak-kanak)
Untuk pembelian 4 pax akan diberikan 1 percuma. Begitu juga dengan mereka yang menginap di Corus Hotel akan diberikan diskaun sebanyak 15% daripada harga yang ditawarkan.
Buffet Kopitiam @Corus adalah bermula dari jam 12 tengahari sehingga 3 petang
Dari segi variasi makanan adalah sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Tempat menikmati hidangan agak luas dan selesa. Bayangkan tempat ini boleh memuatkan sehingga 180 pax tapi untuk buffet Kopitiam ini hanya menerima 150 pax ini bagi memberikan lebih keselesaan dikalangan tetamu.
Roti bakar, telur goyang, popiah basah dan paling penting teh tarik kaww wajib dicuba.
Hidangan klasik yang biasanya boleh didapati di kopitiam lama. Melihat kepada hidangan dan cara persembahan memang mengingatkan saya kenangan sewaktu kecil yang selalu mengikuti atuk untuk menikmati secangkir kopi di kedai kopitiam di pekan.
Hidangan seperti Roti
Bakar Telor Goyang memang enak dinikmati dengan kopi susu yang ditarik. Kopi yang digunakan pula dari jenama Hang Tuah memang betul-betul padu rasanya.
Ada kaunter nasi lemak yang mana korang boleh nikmati set nasi lemak bersama rendang ayam. Memang rekomen, sangat sedap nasi lemak di sini.
Bagitu juga denga popiah basah. Saya difahankam popiah yang disediakan ada mengikut hidangan popiah basah masyarakat cina. Ada sengkuang , telur hancur, tauhu, keropok tepung yang digoreng garing, sos dan pelbagai lagi/ Memang sedap!
Bubur Teochew
Teochew
Lauk-pauk yang boleh dimakan bersama bubur. Macam-macam ada dan memang mengenyangkan.
Fried Beancurd With Thai Style
Fried Fish with Salted Eggs
Griller Chicken Sausage Skewer
Ayam Goreng Berempah
Mi Goreng Mamak
Nasi Goreng Cina
Kepelbagaian salad enak yang ditawarkan. Saya cuba semua dan ternyata rasanya tidak mengecewakan.
Sayur campur goreng
Kuih cucur
Kepelbagaian pencuci mulut - kek, kuih muih lama, puding, buahan dan ais kacang
Minuman panas dari mesin khas juga disediakan.
Nasi lemak, bubur teochew dan popiah basah kegemaran suami :-)
Kopitiam @ Corus Hotel Kuala Lumpur Pada Hujung Minggu
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 28, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...