Memorie Cafe Menawarkan Pelbagai Hidangan Autentik Portugis dan Cina
Memorie Cafe Menawarkan Pelbagai Hidangan Autentik Portugis dan Cina- Jika korang ke Sunway Piramid jangan lupa untuk singgah Memorie Cafe. Apa yang menarik kafe ini menawarkan pelbagai hidangan autentik portugis dan juga cina. Diinspirasi daripada kisah kanak-kanak pengasas kafe ini sendiri Ms Audrey yang mana di zaman kanak-kanak ayahnya selalu membawanya ke restoran Portugis. Ini terutama pada waktu cuti sekolah. Kenangan bersama ayahnya yang begitu gembira apabila dapat menikmati hidangan eurasia sentiasa terpahat dihatinya. Ianya adalah satu kenangan yang begitu manis ketika bersama ayahnya satu masa dahulu.
Dan Memorie Cafe diperkenalkan cetusan inpirasi daripada kenangan bersama ayahnya. Pelbagai hidangan diperkenalkan bagi memenuhi gastronomi masyarakat Malaysia.
Dan antara hidangan yang popular dan direkomen untuk dicuba dari Memorie Cafe seperti Ikan bakar Portuguese, Nasi Memorie, Portuguese Tart dan minuman Cham King.
Nasi Memorie adalah set nasi lemak dengan ayam goreng ranggup bersama sambal, acar, telur, ikan bilis dan pelbagai lagi. Sedap. Set nasi lemak yang lengkap dengan extra ayam goreng ranggup.
Ikan Bakar Portuguese yang didatangkan bersama set nasi. Masakan Bakar Portuguese sememangnya akan dibakar didalam pembungkusan aluminium yang ditutup rapi. Kita akan rasa masam-masam pedas perapan pada ikan (di sini saya telah mecuba ikan siakap). Selain daripada hirisan bawang, sayur bendi juga diletakkan bersama. Hidangan Ikan Bakar Portuguese dari Memorie Cafe ini memang sedap.
Paling popular tentulah Portuguese Tart yang dibuat secara homemade dari Memorie Cafe. Ranggup dibahagian luar dan sangat lembut dibahagian dalam. Makan panas-panas lebih istimewa.
Padukan! Kastad telur didalam Portuguese Tart ini. Serius, memang sedap dan memang sangat rekomen untuk korang mencubanya sendiri.
Minuman Cham King sejuk yang tidak mengecewakan. Memang padu rasanya :-)
Jika tidak sukakan yang sejuk, bolehlah pilih yang panas. Untuk minuman panas didatangkan bersama biskut lemak yang enak dicicah bersama minuman Cham ketika masih panas-panas.
Sememangnya secangkir Cham King panas bersama Potuguese Tart enak dinikmati ketika minum petang ataupun pada bila-bila masa sahaja.
Begitu juga nasi lemak, biarpun cukup sinonim dengan makanan pilihan sarapan orang Malaysia namun di Memorie Cafe ditawarkan pada bila-bila masa. Dan korang boleh datang sini untuk mencubanya.
Memorie Cafe Menawarkan Pelbagai Hidangan Autentik Portugis dan Cina
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 10, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...