Museum of Illusions Kuala Lumpur Antara Tarikan Menarik di Kuala Lumpur
Museum of Illusions Kuala Lumpur Antara Tarikan Menarik di Kuala Lumpur- Jika korang ke Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah di Museum of Illusions yang terletak di tingkat pertama Hotel Ansa di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Muzium dua tingkat yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuklah bergambar menggunakan prop ilusi yang hasilnya memang mengagumkan.
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Dengan harga tiket adalah seperti berikut:-
Sebenarnya banyak yang dapat kita belajar ketika berada di sini. Ini terutama berkaitan antara sains, fizik, teknologi dan ilusi. Bagaimana fikiran kita akan mentelaah dan menampakkan sesuatu hasil yang di luar jangkaan, unik dan menarik.
Ilusi optik biasanya berlaku apabila objek yang kita lihat berbeza dari keadaan sebenarnya. Ini kerana ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan keadaan di sekitar objek. Titik buta tidak mempunyai sebarang reseptor yang peka terhadap cahaya; hal ini menyebabkan imej yang jatuh pada titik tersebut tidak dapat dilihat.
Berada di sini bersama anak-anak mengeksplorasi sesuatu yang unik memang menggembirakan. Jom lihat hasil bidikan potret keluarga saya dan ianya juga meninggalkan kenangan yang cukup manis buat kami ketika berada di Museum of Illusions Kuala Lumpur.
*Biarlah gambar berbicara, gitoh!
Tengok mata...
Museum of Illusions Kuala Lumpur Antara Tarikan Menarik di Kuala Lumpur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 08, 2022
Rating:
menariknya..ok..boleh masuk list
ReplyDelete