Percutian Hujung Minggu di Komune Living & Wellness Yang Menyeronokkan
Komune Living & Wellness yang terletak di Cheras ini antara lokasi percutian berdekatan bandar yang sangat disyorkan bagi mereka yang mencari ketenangan dari kesibukan kota. Lokasinya yang cukup strategik berhampiran dengan Tasik Bandar Permaisuri serta berdekatan dengan kawasan perniagaan memudahkan untuk kita keluar makan-makan ataupun berjalan mencari ketenangan di sekitar taman.
Ruang lobi yang cukup luas dan selesa
Hakikatnya bila berada di sini, kita sendiri sudah teruja dengan segala fasiliti yang disediakan dan rasanya tidak perlu ke mana-mana lagi.
Kawasan didalam hotel sangat tenang, kemas, bersih dan cantik
Terdapat juga 'spot' kehijauan yang sangat menarik perhatian.
Untuk info, Komune Living & Wellness ini menawarkan pakej samada untuk percutian jangka pendek mahupun jangka panjang (sebulan). Selain disediakan kamar tidur yang selesa, fasiliti yang hebat serta kemudahan seperti pusat rawatan antara tarikan terutama kepada golongan warga tua.
Terdapat pelbagai acara komuniti dan aktiviti berkumpulan disediakan bagi memberi perluang penginap di Komune Living & Wellness untuk bersama-sama menjalankan gaya hidup aktif dan sihat. Bagi anak-anak yang ingin menghadiahkan kepada orang tua mereka tempat percutian yang terbaik, Komune Living & Wellness adalah jawapannya.
Percutian 1 Malam di Komune Living & Wellness Bersama Keluarga
Di dalam kompaun Komune Living & Wellness merupakan kawasan yang bebas merokok. Sekiranya merokok, boleh dikenakan denda penalti sebanyak RM500. Ini bagi memastikan persekitaran didalam Komune Living & Wellness benar-benar bersih.
Memandangkan saya datang bersama anak-anak jadi kami telah memilih bilik yang mempunyai 1 buah katill bersaiz king dan 2 katil single.
Memang sangat selesa :-)
Terdapat juga sudut ruang tamu yang diletakkan sebuah televisyen set.
Sebuah bilik air dan juga mini dapur yang membolehkan kami memasak air untuk menyediakan minuman:-)
Selain daripada barangan mini mandian, disediakan juga peti keselamatan jika kita ingin menyimpan apa sahaja barangan penting sepanjang percutian di sini
Fasiliti di Tingkat 6
Bagi mereka yang menginap untuk tempoh pendek, mereka boleh menggunakan semua fasiliti yang ditawarkan di tingkap 6.
Infinity Swimming Pool
Antara yang menarik perhatian tentulah kolam renang. Agak luas dan besar juga saiz kolam renang disini. Paling digemari kolam renang yang terletak di tingkat 6 membolehkan kita melihat pemandangan sekitar yang cantik dari atas.
Bagi mereka yang suka bersenam, bolehlah ke gymnasium disini. Pelbagai jenis peralatan gym disediakan untuk tetamu hotel.
Tempat yang paling digemari oleh anak-anak tentunya di kawasan yang menyediakan pelbagai jenis permainan indoor.
Snooker (betul ke?, heheh)
Arcade
ping pong
Ada pelbagai lagi sebenarnya, antaranya seperti open deck, quiet & work zones dan sebagainya.
Fasiliti di Tingkat 3A
Fasiliti ditingkat ini adalah esklusig untuk tetamu yang menginap untuk tempoh lama (seperti sebulan). Dan fasiliti istimewa ini diletakkan di tingkat 3A/
Movie Theatre
Playground
Outdoor Gym
Karaoke room
open deck
Warm swimming pool
Jacuzzi
Dan ada pelbagai lagi. Ada dobi, Komune Cafe, dapur dan tempat makan komuniti, studio kraft dan sebagainya.
Cafe dan Tasik Bandar Permasiuri
Betul-betul bersebelahan hotel meruapakan taman rekreaksi Tasik Bandar Permaisuri. Kita boleh jalan-jalan secara santai mengelilingi tasik yang sekitarnya terdapat pokok kehijauan yang cukup menenangkan pemandangan.
Untuk tetamu hotel akan diberikan voucher sarapan pagi. Dan kita bolehlah menebusnya di tingkat Lower Ground (yang merupakan tingkat yang mempunyai akses terus ke Tasik bandar Permaisuri)..
Ada pelbagai jenis kafe ada disini. Dan untuk sarapan pagi kami telah memilih set roti bakar, bubur dan juga nasi lemak.
Seronok. Apabila dapat berkumpul seisi ahli keluarga. Terutama apabila dapat menikmati serta berkongsi hidangan dan melakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.
Promo Hebat Dari Komune Living & Wellness
Sekarang ada promo menarik tau. Korang boleh lihat pada gambar yang saya sertakan di bawah. Jika berminat
bolehlah buat tempahan pengianapan ya!
Jom Bercuti di Komune Living & Wellness
Memang seronok dapat bercuti bersama keluarga di sini. Terutama pada waktu hari minggu kita dapat relaks dan terapi diri dengan melakukan aktivit yang hebat yang mampu memberi energi.
Untuk keterangan lanjut boleh layari : Komune Living & Wellness
Percutian Hujung Minggu di Komune Living & Wellness Yang Menyeronokkan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 30, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...