Seniman Cafe Menawarkan Hidangan Melayu Yang Mampu Menyingkapkan Nostagia Lama

Seniman Cafe yang terletak di tingkat 4 ini antara tarikan pengunjung Pavillion Bukit Jalil  yang mencari kelainan dalam masakan melayu. Bukanlah hidangan fusion tetapi masakan melayu yang boleh kita umpamakan dimasak dari hati yang ikhlas dalam  memberikan yang terbaik untuk setiap pengunjung cafe.


Ingin mengembalikan kenangan nostalgia lama, Seniman Cafe telah memperkenalkan nama didalam set menu dengan mengambil inspirasi daripada filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Waima, kita boleh mencuba pelbagai masakan melayu yang dinaik taraf antarabangsa. Dari segi rasa dan persembahan memang cukup sempurna.


Resepi yang diperkenalkan juga inspirasi daripada pengalaman chef yang pernah berkhidmat di restoran-restoran popular yang menawarkan sajian melayu. Untuk info, penggunaan bahan masakan seperti daun kadok dan pelbagai lagi bahan masakan yang digunakan oleh orang-orang lama memang dipraktikkan. Ini seiring untuk menjaga keaslian rasa sepertimana yang pernah digunakan dalam masakan nenek moyoang kita satu masa dahulu.


Set Talam 
Set talam didatangkan dalam bentuk talam disyorkan untuk dinikmati seramai 2 orang. Agak unik dan klasik kerana mengingatkan kita pada cara keluarga lama yang akan menikmati hidangan secara ramai-ramai didalam talam.

Didalam setiap set talam akan diberikan juga dengan sambal kelapa pudina, pajeri nenas, sambal belacan tumbuk dan acar jelatah. Terdapat 3 jenis set talam yang boleh dicuba iaitu :-
💓 Talam Set DO
💓 Talam Set RE
💓 Talam Set MI

Talam Set DO

Daging Salai Lemak Cili Padi
Ayam Kunyit Palembang
Sotong Sambal Tumis
Nasi Minyak Pengantin
Minuman
Teh Tarik Terbalik


Talam Set RE

Kari Kambing Jiwa Kacau
Ayam Masak Kicap Manis
Udang Goreng Halba
Nasi Kukus
Beverage
Teh Tarik Terbalik


 Talam Set MI

Tulang Sisih Kerutup
Ayam Goreng Pak Kaduk
Ikan Siakap Berlado
Nasi Minyak Pengantin
Beverage
Teh Tarik Terbalik



Hidangan Lain Yang Memilat Selera
Banyak sebenarnya hidangan yang dicuba. Tapi antara hidangan didalam menu yang sangat direkomen sebab saya sudah mencubanya sendiri dan memang sedap seperti :-

Ikan Siakap Berlado Dengan Petai - Ini memang sedap! Sambal berladonya memang cukup rasa, perfecto!

Ikan Siakap Berlado

Lontong Kering Wak Labib

Mee Rebus Mambang Jingga

Mee Kari Udang Bersepai

Kuew Teow Beef Terkejut

Gabungan 3 Rasa

Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik
Tauhu Sumbat Kejora
Sotong Kangkung Terangkat


Seniman Pizza Bisa Bonar
Hidangan Pizza antara yang sangat saya rekomen jika datang ke Seniman Cafe. Keunikan pizza yang ditawarkan disini adalah dari segi topping yang menggabungkan citarasa makanan tradisi masayarakat tempatan. Nama menu juga agak 'catchy' dan menarik/

Antaranya yang boleh dicuba seperti:-
👉 Pizza Ayam Percik Melambang
👉 Pizza Asam Pedas Lautan Gelora
👉 Sambal Bilis Petai Power
👉 Kerutup Kambing Mak' Tiri
👉 Kerabu Ulaman Menjerit

Sambal Bilis Petai Power

Kerutup Kambing Mak Tiri


Kudapan dan Pencuci Mulut Enak
Seperti biasa penutup kepada masakan yang enak tentulah pencuci mulut yang hebat. Seniman Cafe tidak terkecuali menawarkan pencuci mulut yang hebat dan menggiurkan hatta hanya dengan melihat pada nama resepi -  sememangnya sangat unik! Antara hidangan pemanis mulut yang dicuba seperti:-
👉 Keropok Lesong Kepayang
👉 Cucur Bilis Si Tanggang
👉 Roti Jala Sira Durian
👉 Karipuf Cantik Molek
👉 Pisang Sangai Ais Krim
👉 Apam Nangka Madu Tiga
👉 Kerutup Kambing Mak Tiri
👉 Churros

Pisang Sangai Ais Krim - Sedap, aroma pisang yang disanggai memang unik.

Chikku - Creme Brulle diatasnya ada hirisan dadu buah ciku.

Apam Nangka Madu Tiga

Churros - Makan panas-panas didatangkan juga dengan sos coklat dan karamel

Roti Jala Sira Durian

Minuman Legenda
Air minuman seperti teh tarik, kopi O kaw memang antara minuman 'legend' yang sangat diminati atuk moyang kita dahulu. Dan sebenarnya air ini tetap diminati sehingga sekarang kerana ianya mencerminkan minuman tempatan Malaysia yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja.


Uniknya minuman teh tarik disini diterbalikkan sebelum dimasukkan semula ke dalam gelas

Teh Tarik Terbalik

Korang kena cuba. Memang sedap. Adunan teh dan susu cukup sempurna. Apatah lagi dengan adanya buih diatasnya, umpama teh tarik di mamak cuma ianya diterbalikkan.

Seniman Coffee Kampung

Kopi O panas yang didatangkan bersama biskut keras (setengah morang menggelarkannya dengan biskut lutut). Biskut ini enak dicicah bersama kopi.

Smoothies
Anak-anak pasti sukakan dengan smoothies yang ditawarkan di sini. Ada kepelbagai smotthies yang boleh dipilih dan dicuba. Bukan sahaja cantik dari segi persembahan, bahkan dari rasa dan manfaat dalam setiap smoothies memang terbaik. Antara smoothies yang boleh dicuba seperti:-

🧉Berry Berry
🧉Peach 
🧉Mango
🧉Aloe Lychee
🧉Aprikot, Acerola, dan Chia 'Cik' Keboom'

Berry Berry yang menjadi kegemaran anak-anak saya :-)


Seniman Mocktail
Untuk rasa lebih menyegarkan sangat disarankan mencuba sendiri menu mocktail dari Seniman Cafe. Memang sedap dan puas hati. Apatah lagi dengan warna-warna mocktail yang cukup cantik berseri-seri.

🍹Mojito Limau
🍹Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea
🍹Rose, Lime dan Chia Seed
🍹Blue Curacao
🍹Mojito Markisa
🍹Strawberry & Lemon Cooler
🍹Lychee Pops

Dari kiri Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea, Blue Curacao dan Mojito Limau

Merdeka Special Tiffin Set

Set tiffin edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM75 sahaja. Dengan corak tiffin menggambarkan Malaysia seperti bunga kebangsaan dan bunga raya menjadikan ianya cukup esklusif. Didatangkan juga dengan makanan seperti Nasi kuning Mahawangsa, Ayam Rendang Temasek dan Pengat Nangka Madu. Set tiffin ini sesuai dinikmati untuk 2 orang.


Seniman Cafe,
Pavilion Bukit Jalil, 
Lot 4.31.00, Level 4, 
Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 
57000 Kuala Lumpur,
 Federal Territory of Kuala Lumpur

Jom ke Seniman Cafe untuk nikmati kepelbagaian makanan melayu hebat yang pastinya memenuhi gastronomi makanan anda!
Seniman Cafe Menawarkan Hidangan Melayu Yang Mampu Menyingkapkan Nostagia Lama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 26, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.