Setia City Palace 8 Restoran Mesra Muslim Yang Menawarkan Kepelbagaian Hidangan Steamboat Menarik



Restoran Setia City Palace 8 Setia Alam menawarkan pelbagai hidangan steamboat yang cukup menarik. Restoran mesra muslim ini terletak diantara Setia City Convention Hall dan Setia City Mall. Menawarkan hidangan untuk makan tengahari dan malam, restoran ini dibuka seawal 11.30 pagi dan berakhir pada 9.30 malam.


Keluasan ruang didalam restoran agak besar. Dan sesuai juga dijadikan ruang bagi penganjuran majlis keraian samada bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Memang sangat selesa!

Setia City Palace 8 menawarkan 3 jenis konsep makanan iaitu steamboat, grill dan deep fry. Kita juga boleh memilih samada mahu menikmatinya secara buffet ataupun ala carte. Apa yang penting ke semua hidupan lautan yang ditawarkan cukup segar dan begitu banyak pilihan.



Begitu juga bebola ikan, kek ikan dna pelabagai lagi. Ada yang memang dibuat sendiri (homemade)



Pelbagai sayuran juga ada di sini, Seperti cendawan, baby corn, enoki dan macam-macam lagi. 



Daging perap di sini antara yang sedap saya pernah nikmati. Cukup rasa, lembut dan berjus.


Selain buah-buahan dan kuih tradisi, turut yang mendapat perhatian tentulah mochi dan ais krim.


Sup untuk dinikmati juga ada kepelbagaian yang boleh dicuba. Kita boleh pilih samada tom yam, kimchi, sup ayam, sup tomato, kuah sate dan pelbagai lagi.

Saya paling teruja dengan sos-sos yang disediakan untuk dinikmati bersama hidangan samada steamboat, grill mahupun deep dry. Paling saya gemari adalah sos berwarna hijau dan kuning. Pedas-pedas manis yang cukup sempurna.



Hidangan berat pun ada juga. Nasi goreng dan bihun goreng, saya dah mencuba keduanya ternyata dari segi rasa memang tidak mengecewakan. Terbaik.



Seronok bila dapat melihat orang tersayang makan beria di sini. Puas hati katanya. Variasi pilihan dengan rasa semuanya memuaskan.

Hidangan Steamboat

\
Hidangan Grill

Hidangan Deep Fry!

Jom ke Setia City Palace 8!!


Harga untuk 1 pax:
Dewasa : RM78+
Kanak-kanak : RM40+

Promosi:
Lunch : Beli 4 Percuma 1
Dinner : Beli 8 Percuma 1

RSVP : 019-359 1248


Setia City Palace 8 Restoran Mesra Muslim Yang Menawarkan Kepelbagaian Hidangan Steamboat Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 23, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.