Transformasi Sekinchan Kepada Kampung Tanpa Tunai (Cashless) Bersama Hong Leong Bank (HLB)

Transformasi Sekinchan Kepada Kampung Tanpa Tunai (Cashless) Bersama Hong Leong Bank (HLB)- Pastinya semua orang bersetuju bahawa Sekinchan adalah bandar kecil yang sangat cantik. Banyak tarikannya jika ke sini. Selain daripada mempunyai sawah padi yang menghijau luas terbentang, pantai yang membiru di Pantai Redang. Sekinchan juga terkenal dengan pelbagai jenis kedai makan viral dan juga lokasi yang kita boleh dapatkan bahan-bahan segar samada tanaman mahupun hidupan laut.


Tapi cuba bayangkan jika kita datang bercuti di Sekinchan tiba-tiba kita tidak sempat untuk mengeluarkan duit dari bank. Pastinya merumitkan keadaan ketika bercuti. Dan apabila Sekinchan mula menerima transaksi bebas tunai, ini pastinya satu berita yang juga menggembirakan. Terutama buat pengunjung dari luar bandar Sekinchan.

Pembayaran melalui QR Code, bebas tunai

 ‘Projek Kampung Tanpa Tunai’ merupakan satu projek tranformasi bandar Sekinchan kepada tanpa tunai(cashless) dibawah inisiatif Hong Leong Bank (“HLB”) dengan kerjasama daripada Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”). Ianya bertujuan agar semua penduduk Sekinchan seramai  24,000 mempunyai akses kepada kemudahan dan perkhidmatan perbankan sepenuhnya.

YB Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Selangor

Projek ini juga dapat memperkasakan 800 pemilik perniagaan kecil dalam mendigitalkan perniagaan mereka melalui penerimaan pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan. Projek ini memang disokong penuh oleh YB Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Selangor. YB Ng turut berkongsi tentang perjalanan transformasi digital dan bagaimana ianya akan memberi manfaat kepada bandar kecil itu.

Manakala dari pihak HLB akan berkongsi cara bagaimana institusi bank bekerja dengan penduduk Sekinchan bagi melancarkan serta memudahkan akses kepada perkhidmatan perbankan dan kewangan secara digital.

Biarpun masih baru, namun sambutan daripada penduduk tempatan terutama peniaga memang cukup menggalakkan. Rata-rata peniaga sudah mula mempunyai QR Code di kedai dan gerai masing-masing. 

Antara gerai dan kedai yang sempat saya terjah dan melihat sendiri peniaga ini menyokong transaksi bebas tunai adalah seperti di bawah:-

Gerai Nasi Lemak dan Nasi Dagang Ganu di Pasar Sekinchan


LaFamilia Cafe terletak di Pekan Sekinchan. Banyak pilihan makanan dan ikan bakar disini memang cukup istimewa, sedap dan unik.

Gerai menjual bunga berdekatan pasar

Gerai sayuran dan buahan

Gerai menjual barangan kering seperti ikan blis, sotong serta udang kering dan pelbagai lagi.

Gerai di Pantai Redang

Peniaga hasil laut di Pantai Redang

Kuil juga menerima transaksi bebas tunai (cashless)

Sambutan yang diterima memang cukup menggalakkan. Dalam mengejar kemajuan ekonomi sememangnya pengenalan kepada teknologi seperti telefon pintar sangat membantu menjadikan kehidupan seseorang lebih mudah dan efisien. Dan telefon pintar ini bukan sahaja menjadi penghubung komunikasi bahkan membantu dalam transaksi kewangan juga.


Terbaik Sekinchan, percayalah dengan perkhidmatan tanpa tunai (cashless) ini mampu menarik lebih ramai pengunjung luar untuk datang bercuti ke Sekinchan.

Transformasi Sekinchan Kepada Kampung Tanpa Tunai (Cashless) Bersama Hong Leong Bank (HLB) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 05, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.