Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin Dengan Charms

Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin Dengan Charms- Charms jenama penjagaan wajah yang banyak membantu wanita untuk tampil lebih yakin dan cantik. Jenama ini telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat bukan saja dari Malaysia, bahkan dari negara-negara jiran juga seperti Singapura, Brunei, Arab dan negara lain.


Apa yang lebih penting Charms produk kosmetik dan penjagaan wajah yang halal dan selamat digunakan. Untuk info, produk Charms diperbuat dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Formulasi yang dihasilkan adalah menerusi penyelidikan dengan kerjasama bersama institusi pengajian tempatan negara dan sehingga kini Charms telah menghasilkan lebih daripada 10 rangkaian produk berkualiti yang terdiri daripada produk kosmetik dan penjagaan wajah.Charms juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya dari Asia Pacific Top Excellence Brand and Asia Pacific Super Health Brand. 

Datin Seri Heliza Helmi Sebagai Face of Charms
Berperwatakan ceria dan peramah, figura ini cukup menyenangkan. Terkini jenama Charms telah memilih Datin Seri Heliza Helmi Sebagai Face of Charms. Ini susulam daripada kepuasan Datin Seri sendiri yang telah menjadi pengguna kepada produk Charms.



Keyakinan terhadap formulasi halal dalam produk serta melihat sendiri kesan penggunaan menjadikan kulit wajah Datin Seri semakin berseri-seri. Jika dulu Datin ada mengalami masalah jerawat dan kini beliau dapat mengatasinya setelah menggunakan produk Charms. Paling penting penggunannya sangat mudah, ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap.


Dengan perlantikan Datin Seri sebagai Face of Charms, wajahnya kita akan dapat lihat di mana sahaja terutama di billboard di sekitar Malaysia dalam mempromosikan produk Charms yang formulasinya telah diperbaharui iaitu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser. 
 
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Dengan Wajah Baru
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser terkini ini didatangkan dengan saiz 3 kali besar atas permintaan pengguna. Ianya bukan sekadar pelembap tetapi juga bertindak sebagai perlindung sinar UV (sunscreen SPF 50) yang dapat memelihara kulit wajah anda. Fungsinya sebagai pelindung matahari dan juga pelembap, 2 dalam 1 yang bukan sahajamenjimatkan bahkan memudahkan anda bersiap. Tidak perlu memakai terlalu banyak krim di muka.


Dihasilkan daripada Aloe Vera Organik dan juga Minyak Zaitun yang bertindak sebagai antioksida dan ini sangat membantu wajah agar tampil berseri-seri. Penggunaan secara konsisten juga dapat membantu memperbaiki struktur dalaman kulit untuk kelihatan lebih awet muda


Produk ini telah diuji dermatologi, tiada mengandungi bahan terlarang seperti SLS dan paraben. Sebagai orang muslim, pasti gemar dengan CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser kerana ianya mesra wudhuk dan mesra solat.

Majlis Penghargaan "Let's Charms Angels'
Satu majlis meraikan mereka yang bekerja keras dalam membawa nama Charms le bih hebat di pasaran telah diadakan di Grand Oasis Event Hall Seri Kembangan Selangor. Majlis yang dikendalikan oleh pengacara yang serba boleh Mc Nazs memang cukup meriah dalam suasana yang santai. 

Mc Nazs, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin 

Selain daripada kehadiran Mommy Syira (Pengasas Charms), hadir sama ke majlis adalah Datuk Faridah Hanim (Penasihat Charms), Datin Seri Heliza Helmi dan juga semua angels Charms. Para tetamu yang hadir bukan sahaja dirai bahkan dijamu dengan hidangan yang cukup menyelerakan dari pihak penganjur. Dan paling menggembirakan apabila pasangan duet yang cukup popular di tanahair iaitu Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang menyampaikan 2 buah lagu termasuklah lagu kegemaran ramai Casablanca.

Pemberian anugerah dan penghargaan kepada semua 'angels CHARMS' yang berjaya mencapai target jualan sasaran juga sebagai tanda terima kasih daripada pihak jenama Charms atas kesungguhan mereka.


Moga jenama CHARMS terus sukses dan mencuri hati seluruh masyarakat Malaysia. Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin!


Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin Dengan Charms Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 04, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.