Jom Sertai Kelas Renang Bersama SWIMRUSH

Jom Sertai Kelas Renang Bersama SWIMRUSH- Anak-anak saya paling suka berenang. Aktiviti yang mereka sangat nantikan setiap kali pergi bercuti mahupun pada hujung minggu. Namun begitu berenang cara yang betul sangat penting bagi memastikan anak-anak kita boleh menjadi perenang yang baik. Terutama dari segi pengawalan pernafasan, teknik renang (kupu-kupu, bebas & sebagainya) dan pelbagai lagi.

Ada juga antara kita yang jenis sangat takutkan air. Fobia dengan takungan air sehingga membayangkan mereka akan kelemasan. Terdapat juga mereka yang memang suka berenang tetapi tidak yakin untuk berenang dikawasan kolam yang mempunyai kedalaman yang tinggi.

Jadi caranya untuk kita atasi semua masalah ini adalah dengan menyertai Kelas Renang SWIMRUSH.

Ok, kenapa saya rekomen SWIMRUSH?
  • Ianya diberi tunjuk ajar oleh jurulatih yang cukup berpengalaman
  • Mempunyai jurulatih perempuan (khas untuk pelajar wanita)
  • Memberi fokus kepada keyakinan dan keselamatan ketika berenang
  • Diberikan 1 kelas gantian

Lokasi pembelajaran SWIMRUSH adalah di:-
  • Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves
  • Kompleks Renang UITM Shah Alam

Kolam di sini semuanya bersih, luas dan terjaga.Jadi memberi keselesaan yang penuh kepada semua pelajar yang menyertai kelas bersama SWIMRUSH.

Antara silibus yang diperkenalkan untuk semua pelajar yang menyertai kelas bersama SWIMRUSH seperti:-
  • Asas renang (Bubble & Floating)
  • Freestyle
  • Backstroke
  • Breastroke
  • Butterfly
  • Water Confidence & Water Safety.
Terdapat 4 kelas iaitu :-

Kelas Renang Kanak-Kanak


Jurulatih yang dipilih memang cukup sabar dengan karenah kanak-kanak. Dan paling penting mereka sememnagnya terlatih dalam memberi didikan mengenai aktiviti renang kepada pelajar yang masih kecil lagi.




Kelas Renang Untuk Wanita

Wanita sememangnya memerlukan lebih privasi ketika melakukan aktiviti berenang. apatah lagi untuk bejar berenang mereka lebih memilih wanita juga. Ini dari segi keselesaan sepanjang pembelajaran.

Kelas Renang Campuran

Namun begitu bagi mereka yang ingin belajar renang secara campuran. berkumpulan atau berpasangan, SWIMRUSH juga ada menyediakan perkhidmatan pembelajaran ini. Ianya bergantung kepada pemilihan dan kehendak pelajar kelas mana yang mereka ingin sertai.


Kelas Renang Privasi

Terdapat juga yang lebih privasi dan esklusif. Ianya lebih kepada sesi one-to-one.



Fee yang dikenakan :-
  • RM250 untuk 4 sesi pembelajaran
  • RM20 untuk fee pendaftaran
Semua pelajar yang menyertai kelas bersama SWIMRUSH akan diberikan 1 topi renang secara PERCUMA dan juyga 1 kelas gantian.

Jika berminat, bolehlah daftar di sini ya --> www.wasap.my/60133654711/gladies

Jom belajar renang sama-sama, dapat tambah skil renang dan juga meningkatkan rasa keyakinan lebih tinggi dalam diri.
Jom Sertai Kelas Renang Bersama SWIMRUSH Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 28, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.