Kemeriahan Sambutan ‘Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' di AEON Nilai
Kemeriahan Sambutan ‘Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' di AEON Nilai - 31 Ogos 2022, merupakan tahun ke 65 Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara. Setelah 2 tahun, kita sambut secara bersederhana dan tahun 2022 masyarakat Malaysia kembali meraikannya dengan penuh bersemangat waja.
Satu program telah dianjurkan 'Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' dengan kerjasama bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA). Acara ini turut menarik minat pengunjung yang berada di dalam Aeon Mall Nilai untuk menyertai sama. Memang meriah dengan paluan gendang bersama nyanyian lagu-lagu yang berunsurkan semangat Malaysia. Antara lagu yang dinyanyikan seperti lagu Ella - Standing in the Eyes of the World.
Turut hadir menyerikan program 'Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' di AEON Mall Nilai ialah YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA; Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.
Tidak kira usia, bangsa dan agama bersama-sama terus meneguhkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Dengan laungan MERDEKA, nyanyian NEGARAKU dan bersama-sama membaca ikrar kerukunan negara, satu semangat yang perlu didukung oleh semua keluarga Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan.
Sambutan ‘Kita Merdeka Kami Anak Malaysia'
AEON juga tidak melepaskan peluang bersama-sama meraikan hari yang cukup bersejarah bersama pengunjung setia mereka. Istimewanya bersempena sambutan hari Kebangsaan tahun ini, AEON ingin memastikan ianya menjadi sesuatu yang istimewa, khasnya bagi komuniti di sekitar Nilai Negeri Sembilan.
Satu program telah dianjurkan 'Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' dengan kerjasama bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA). Acara ini turut menarik minat pengunjung yang berada di dalam Aeon Mall Nilai untuk menyertai sama. Memang meriah dengan paluan gendang bersama nyanyian lagu-lagu yang berunsurkan semangat Malaysia. Antara lagu yang dinyanyikan seperti lagu Ella - Standing in the Eyes of the World.
Pada pukul 1 tengahari, semua tetamu VIP yang hadir bersama peserta acara dan pengunjung yang berada di Aeon Mall Nilai berdiri tegak dan menyanyi lagu Negaraku bersama bacaan Rukun Negara. Nyanyian dan bacaan ikrar ini turut dilakukan secara serentak di semua cawangan AEON di seluruh negara. Acara ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara.
Untuk iinfo pada tahun lepas AEON telah mengukir sejarah apabila telah disenaraikan sebagai pemegang rekod ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’.
Pelbagai Aktiviti Menarik Disediakan Kepada Pengunjung
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik diadakan bersempena dengan program 'Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' di AEON Mall Nilai Antaranya perhimpunan Bikers, demonstrasi memasak, sesi bertemu bersama peminat bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar, pertandingan busker dan banyak lagi.
Di ruang legar parkir berhadapan dengan pintu utama Aeon Mall Nilai turut diadakan gerai-gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). Ini sekaligus boleh dimanfaatkan oleh pengunjung untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat terkini dan perkongsian dari agensi-agensi terbabit.
Sememangnya sambutan 'Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' di AEON Mall Nilai merupakan salah satu usaha AEON dalam memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat. Moga sambutan kemerdekaan seperti ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Selamat Hari Merdeka Malaysia yang ke-65. Moga Malaysia terus sukses, harmoni dan terbilang sampai bila-bila :-)
Kemeriahan Sambutan ‘Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' di AEON Nilai
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 01, 2022
Rating:
Salam Hari Merdeka ;)
ReplyDelete