Saya dan Keluarga Telah Menyertai Fun Walk World Lung Day 2022
Saya dan Keluarga Telah Menyertai Fun Walk World Lung Day 2022 - 25 September 2022 merupakan World Lung Day 2022 dimana tarikh yang diangkat seluruh masyarakat dunia mengingatkan tentang penjagaan kesihatan paru-paru. Ianya satu peluang untuk kita semua bersama-sama mempromosikan penjagaan kesihatan paru-paru yang lebih baik pada peringkat global.
Bersempena dengan World Lung Day 2022 Asthma Malaysia telah menganjurkan satu acara berjalan kaki yang menyeronokkan (Fun Walk). Aktiviti yang dianjurkan seawal 8 pagi ini bagi mempromosikan bagaimana seorang pesakit asma dapat mengawal penyakitnya dengan lebih baik, bahkan penganjuran aktiviti ini juga adalah untuk menyokong pesakit yang mengalami masalah paru-paru agar mereka mampu mengawal pernafasan dengan sempurna.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang ini terdapat 4 fokus yang diberi penekanan iaitu:
- Katakan tidak kepada tembakau
- Lindungi mereka melalui vaksinasi
- Menghirup udara bersih
- Lakukan senaman fizikal secara berkala
Fun Walk World Lung Day 2022
Pada 25 September 2022, bertempat di Taman Botani Shah Alam seawal 7 pagi ke semua peserta berjalan kaki (Fun Walk) sudah mula membanjiri kawasan permulaan larian.
Turut hadir sama menyertai acara berjalan kaki (Fun Walk) ini adalah YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia dan juga Dr. Helmy Haja Mydin yang merupakan Pengasas Bersama Asthma Malaysia.
Fun Walk World Lung Day 2022 merupakan anjuran Asthma Malaysia dengan kerjasama Malaysian Thoracic Society dan Lung Foundation of Malaysia. Turut menyertai kaloborasi adalah jenama Johnson & Johnson dan juga AstraZeneca.
YB turut bersemangat menyertai acara berjalan kaki bersama-sama dengan peserta yang lain
Jarak adalah sejauh 5KM yang perlu dilalui oleh semua peserta. Apa yang lebih menarik, kawasan laluan untuk Fun Walk ini adalah didalam Taman Botani Shah Alam yang cukup cantik dengan persekitaran menghijau. Sepanjang berjalan, kita akan dapat lihat flora dan fauna yang terjaga sempurna. Dengan keadaan cuaca yang redup bersama angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan acara Fun Walk ini lebih menyeronokkan!
Ada pelbagai haiwan yang jinak di Taman Botani Shah Alam
Ameer yang begitu semangat menyertai Fun Walk
Aktiviti berjalan sememangnya sangat bagus dan baik untuk dipraktikkan. Ianya bukan sahaja dapat membantu mengekalkan keadaan badan agar sentiasa berada dalam keadaan 'fit' bahkan pada masa yang sama membantu menjaga paru-paru kita.
Jambatan tergantung pun ada!
Pernafasan yang baik bukan sahaja datangnya dari keadaan sekeliling iaitu udara bersih. Bahkan gaya hidup seperti mengambil makanan yang sihat dan bersenam secara berkala sangat penting. Elakkan dari berdekatan mereka yang merokok dan kita sendiri perlu sayang organ paru-paru dengan tidak merokok!
Rang undang-undang Generational End Game, yang bertujuan untuk mengharamkan merokok kepada sesiapa yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya, dilihat sebagai pengubah permainan oleh ramai, berpotensi mewar-warkan generasi pertama rakyat Malaysia yang tidak boleh menghisap rokok secara sah. Ia hanya merujuk kepada satu bahagian Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022
Perkara di atas adalah selaras dengan Inisiatif Global untuk Asma (GINA), sebuah organisasi kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang diasaskan pada tahun 1993 untuk meningkatkan kesedaran global tentang Asma. Walaupun asma tidak dapat disembuhkan, ia mungkin diuruskan untuk mengurangkan dan mengelakkan serangan asma, yang juga dikenali sebagai episod atau eksaserbasi.
Antara booth yang dibuka sempena dengan Fun Walk World Lung Day 2022
Memandang keadaan dunia yang cukup mencabar, pengambilan vaksin adalah perlu bagi meningkatkan tahap imunisasi badan. Ini sebagai salah satu langkah pencegahan dan juga mengurangkan risiko untuk kita menghidapi penyakit kronik yang melibatkan paru-paru.
Anda sudah vaksin ke belum? Saya dan keluarga, sudah :)
Pengalaman Yang Cukup Manis Menyertai Fun Walk World Lung Day 2022
Bagi saya dengan menyertai acara ini, pengalaman yang saya perolehi sangat mahal. Bukan hanya dapat menghabiskan masa bersama keluarga di pagi hujung minggu yang cukup indah. Bahkan dengan meluangkan sedikit masa berjalan-jalan beramai-ramai menjadikan kita sedar, setiap kali kita berjalan samada naik atau turun laluan bukit kita akan bernafas. ada ketikanya kita rasa penat dan lelah tetapi bagaimana kita mengawal pernafasan dengan cara yang betul sememangnya sangat membantu untuk kita terus mara berjalan ke hadapan.
Pemandangan sekeliling yang menghijau, menyejukkan pemandangan mata:-)
Apabila kita berjalan dikelilingi dengan kehijauan hutan memang akan terasa begitu tenang dan segar! Seumpamanya apabila kita berada dalam zon kawasan udara yang bersih, kita bernafas juga rasa selesa. Ini juga menjadi pengajaran pada anak-anak saya. Yup! Ilmu sains alam dan manusia ataupun mungkin biologi boleh dipraktikkan.
Selain daripada menyertai aktiviti di booth penganjur, terdapat juga ceramah kesihatan "Noticing our breath in daily life', penyerahan memorandum dan juga cabutan bertuah. Oh ya! Semua peserta turut diberikan medal atas kejayaan dapat menghabiskan misi 5KM berjalan kaki (Fun Walk).
Terima kasih atas penganjuran acara yang cukup hebat ini. Jumpa lagi di tahun hadapan. Dan pesanan untuk diri sendiri dan semua, "Jaga diri jaga kesihatan, sayangi paru-paru demi kecemerlangan pernafasan"
------------------------
Asthma Malaysia is a non-profitable organization with the mission to serve as a credible resource on asthma, to raise awareness of best standards of care and to empower patients in the management of their asthma. Asthma Malaysia’s vision is to be Malaysia’s leading portal for asthma with a view of creating more informed and empowered patients. We aim to ensure that asthma care in Malaysia is equal to the best in the world with a view to reducing the suffering and deaths associated with it. We intend to evolve into an organisation that will proactively engage in research and promotional campaign to increase awareness of asthma in Malaysia.
Saya dan Keluarga Telah Menyertai Fun Walk World Lung Day 2022
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 27, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...