Shopee Raikan the heart of Malaysia on E-Commerce

60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara pro aktif bersama #ShopeeSapotLokal, semasa perkongsian secara langsung mengenai kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce*, menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat.


Apabila 3,356 pengguna ditanya "Mengapakah ianya penting untuk menyokong penjual tempatan?" antara 19 Julai hingga 17 Ogos 2022, 30% menyokong kualiti barangan Buatanm Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuanekonomi negara atas semangat patriotik dan 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain. 42% memilih penjual  tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebihcepat.

Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka(54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.

Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai oleh rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghadiri penjimatan sebanyak lebih 5%.

“Menariknya, tidak semua pembeli hanya mengutamakandiskaun dan baucar sahaja. Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” menurut Kenneth Soh, Ketua KempenPemasaran di Shopee Malaysia.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan. Majoriti daripada responden menghargai'ketenangan fikiran', dengan 40% menikmati kemudahan di mana pesanan dihantar ke depan pintu rumah mereka, 17% berasa selamat dengan Jaminan Shopee, dan 10% mempercayai ulasan dan gambar daripada pembeli lain.

Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, 24% daripada pembeli membeli barangan keperluan hidup (barangan runcit dan lampin) daripada Shopee, 16% mencari peranti teknologi (komputer, perantimudah alih dan TV) dan 11% yang lain membeli alat ganti kereta atau peralatan kerja dan sekolah.

“Apabila para pengguna Malaysia mengekspresikan nilai mereka melalui pilihan membeli-belah dalam talian menerusi cara ini, kami benar-benar memahami mengapa lapan daripada10 penjual tempatan memulakan perjalanan jualan mereka dalam  talian bersama Shopee. Kami berasa rendah hati apabilamendapati separuh daripada penjual tempatan kami yang ditinjau berkata pendapatan yang diperoleh di platform kami adalah penting kerana ia membolehkan mereka menyara keluarga mereka,” kata Soh.

Majoriti daripada penjual tempatan mula menjual dalamtalian bersama Shopee untuk mengatasi batasan sedia adadari segi pendapatan dan penglibatan mereka dalamekonomi: 24% kerana ia adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka, 5% tidak mampu mendapat pekerjaan, 18% perlu menambah pendapatan dan 24% merasakan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi. 30% berkata mereka menjadi penjual di Shopee ekoran minat dan semangat dalam perniagaan mereka .

Jimat dan Nikmati Lebih Lagi bersama 9.9 Hari PembelianHebat

Untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebihpenjimatan, 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee sedang berlangsung  hingga 9 September 2022. Lebih nilai dan kegembiraan menanti para pembeli, serta Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum, diskaun harian 95% dan peluang untuk Beli & Menang hingga RM200,000**.

Rakyat Malaysia juga bakal menikmati baucar harian eksklusif Shopee Live, yang mempunyai nilai diskaun hingga RM6 tanpa perbelanjaan minimum dari mana-mana strimlangsung di Shopee Live. Baucar yang eksklusif kepada siaran Live ini diperbaharui setiap hari, jadi para pengguna disarankan untuk  kembali menonton strim langsung Shopee setiap hari bagi menuntut dan menggunakan baucar semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Selain itu, para pengguna juga boleh menyertai peraduan Shopee Live Buy & Win untuk berpeluang memenangi hingga 100,000 Syiling Shopee dan Jongkong Emas. Peraduan ini sah untuk pembelian  yang dibuat melalui mana-mana strim langsung di Shopee Live dari 26 Ogos hingga 9 September.

Tambahan lagi, tontoni TV3, Shopee Live atau saluran YouTube Shopee pada pukul 9 malam pada 9 September untuk mendapatkan tawaran TV terbaik daripada Shopee 9.9 Pentas Hebat. Padat dengan persembahan, permainan dan tawaran yang menarik, Shopee akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia menerusi Shopee Shake, Vouchers Drop dan banyak lagi semasa rancangan tersebut untuk pengalaman 9.9 Hari Pembelian Hebat yang tidak dapat dilupakan.
l

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat, layari https://shopee.com.my/m/99.

**Tertakluk pada terma dan syarat.

Shopee Raikan the heart of Malaysia on E-Commerce Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 05, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.