Warong Singgah Dulu Tanjong Karang Kuala Selangor


Warong Singgah Dulu Tanjong Karang Kuala Selangor- Saja nak kongsikan antara port makanan yang menarik jika korang berada di sekitar Tanjong Karang Kuala Selangor iaitu Warong Singgah Dulu. Warung ini terletetak berhadapan jalan besar dan sawah padi.  Suasana dan persekitaran memang sangat tenang dan best!


Tambah pula keadaan didalam warung ini sangat bersih sekaligus memberi rasa lebih selesa. Sungguhpun ianya warung tetapi tawaran makanannya memang pelbagai. Dibuka dari hari Selasa sehingga Ahad bermula jam 12 tengahari sehingga 6 petang.

Sungguhpun ianya berkonsep warung tapi pilihan makanannya sangat banyak ya! Dari nasi goreng, hidangan barat sehinggalah kepada manisan. Memang sukar nak buat pilihan semuanya nampak menarik dan sedap.

Memandangkan saya datang berdua, dengan Nannie Isa (kitepunye.com) jadinya kami hanya order makanan serta minuman yang boleh dinikmati secara santai-santai.

Rasberry Latte dan Strawberry Lemonade

Rasberry Latte bunyi nampak pelik tapi rasanya sumpah sedap! Siapa sangka kopi boleh digabungkan dengan rasa percikan buahan rasberry. Agak unik tapi kena dengan selera. Begitu juga dengan air sparkling Strawberry Lemonade, minum terutama ketika cuaca panas memang menyegarkan tekak.

Meatball Warung Style

Untuk menu ini bagi saya biasa sahaja. Bolehlah cuma bukanlah signature menu yang wajib korang cuba kalau datang ke sini.

Lempeng Kampung dan Sambal Cili Api

Menu ini memang saya rekomen. Lempengnya memang sangat lembut. Cuma ianya cicah dengan sambal cili ada sedikit rasa belacan. Sedap. Bolehlah lain daripada kebiasaan. Selalunya saya makan lempeng ini dengan sambal ikan bilis cuma disini dengan sambal.

French Toast with Ice Cream

Terpaling sedap antara menu yang saya cuba. Saya suka bau harum french toast ini. Sangat lembut makan dengan ais krim dan juga potongan buah-buahan.  Must try!!!

Kebetulan masa singgah sini niat utama nak minum kopi. Kami masih kenyang kerana baru sahaja makan tengahari di Sekinchan. Tapi bila google ramai juga yang rekomen tempat ini jika berada di Tanjung Karang jadinya mencarilah sampai jumpa. Oh ya! Tempat parking banyak. Tandas bersih. Semuanya best!

Lepas ini nak try menu lain pula. Contohnya seperti nasi goreng petai dan juga bihun sup. Ramai yang rekomen juga 2 menu ini yang katanya cukup popular di sini.

Untuk lebih info tentang Warong Singgah Dulu, boleh layari FB Warong Singgah Dulu

Warong Singgah Dulu Tanjong Karang Kuala Selangor Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 19, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Fuh! makanan sedap-sedap...untung sungguh dapat makan dan merasai nikmat rezeki tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat cuba hr tu mmg sedap.. ramai juga yg rekomen tempat ni

      Delete
  2. wahh menarik ni...boleh lah i singgah if i ronda2 time weekend ;)

    ReplyDelete
  3. Thank you review. Selalu kalau balik kampung lalu area Tanjung Karang. Cuma tulah, belum sempat lagi nak menyinggah.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.