Are You Okay Centre Diperkenalkan Hasil Kerjasama Wanita Ikon Selangor Bersama UiTM
Are You Okay Centre Diperkenalkan Hasil Kerjasama Wanita Ikon Selangor Bersama UiTM- Masalah psiko-sosial antara isu yang perlu diambil berat oleh semua pihak. Apatah lagi di era selepasnya pandemik, peningkatkan kes yang berkaitan dengan psiko-sosial dikalangan pelajar juga semakin meningkat.
Saya bersama dengan Datin Rita Sosilawati
Mengambil serius dengan keadaan ini Ikon Wanita Selangor YBhg, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Datin Rita Sosilawati telah mengambil pendekatan untuk mewujudkan kerjasama menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) dengan memperkenalkan Are You Okay Centre .
Ini juga antara hasrat Datin sendiri untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada warga UiTM memandangkan beliau sendiri juga merupakan salah seorang alumni di uiversiti ini.
Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI)
Satu majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) diantara UiTM dan Wanita Ikon Selangor 2022 telah berlangsung di Ruang Legar Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.
Surat hasrat ini ditandatangani sendiri oleh Ikon Wanita Sengor 2022 iaitu Datin Rita Sosilawati bersama YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor UiTM.
Turut sama hadir menyaksikan majlis yang cukup bermakna ini adalah YBrs. Puan Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Keraya & Kaunseling BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Timbalan Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP UiTM.
Objektif Penubuhan Are You Okay Centre
Antara objektif utama penubuhan "Are You Okay Centre" :
- Sebagai medium interaktif sesama warta UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan kakitangan dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.
- Pusat ini juga akan bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Sudah pasti setiap individu ada masalah dan ada kalanya tidak tahu mana salurang yang betul untuk penyelesaian yang baik.
- Berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.
Are You Okay Centre Diperkenalkan Hasil Kerjasama Wanita Ikon Selangor Bersama UiTM
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 13, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...