Forum Leterasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? | Kerjasama Antara Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama BAGUS

Forum Leterasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? | Kerjasama Antara Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama BAGUS- Saban hari kita sering mendengar tentang penganiayaan wanita didalam perkahwinan. Tekanan mental dan fizikal dalam keganasan rumahtangga yang boleh menyebabkan depresi dan sebagainya. Namun begitu tidak semua wanita berani untuk keluar dari kemelut ini. Ada yang memakan diri sehingga bertahun lamanya kerana tidak tahu saluran terbaik pada mereka dan ada juga yang merasakan tidak mampu berdikari sendiri jika tidak mempunyai suami di sisi.


Sedari tentang isu ini yang masih berterusan, satu program Forum Leterasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? telah berlangsung pada 14 Oktober 2022 di Dewan Rafflesia, Bangunan NIOSH, Bangi.

Forum Leterasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok?
Forum ini merupakan anjuran bersama antara Wanita Ikon Selangor dan Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM). Selain itu ianya juga telah mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM), PGSM SELANGOR dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).


Ikon Negeri Selangor iaitu Datin Rita Sosilawati, wakil-wakil dari NGO, ahli PGSM, peguam serta klien dan pihak media turut menghadiri Program Forum Leterasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? 

Saya bersama  Tuan Musa Bin Awang, selaku Presiden PGSM (Induk) dan Datin Rita Sosilawati

Objektif forum ini diadakan antara lain adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai apa yang perlu dilakukan jika berlakunya keganasan rumah tangga. Paling penting bagaimana wanita/isteri yang teraniaya memahami hak-hak mereka dan seterusnya mendapat pembelaan yang sewajarnya. Ini terutama buat mereka yang dari golongan B40 serta ibu tunggal.

 

Ahli panel yang terlibat sememangnya cukup hebat dan kenali iaitu Dato’ Dr Mohd Zaidi Bin Hj Md Zain (D.I.M.P) (membincangkan dari sudut Syariah), Dato’ Hazizah Binti Kassim (D.I.M.P) (membincangkan dari segi Undang-Undang) dan Datuk Dr. Norhafizah Musa (membincangkan dari sudut Hukum Syarak). Moderator forum ialah Tuan Mohd Ridhwan Husin.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis serta bacaan doa. Seterusnya dipesembahkan pula ucapan serta penerangan ringkas berkaitan Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) daripada Tuan Musa Bin Awang, selaku Presiden PGSM (Induk).

Pengenalan BAGUS
BAGUS merupakan Pusat Bantuan Guaman Syarie berfungsi dalam menyediakan khidmat bantuan guaman (Advocacy Support) bagi mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal sahaja) di Mahkamah Syariah dengan kos yang minimum kerana telah mendapat sokongan pembiayaan daripada kerajaan.

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu wanita/isteri yang tidak mampu membawa kes penceraian mereka ke pengadilan. Ini terutama bagi mendapat hak yang sepatutnya. Untuk info, kos untuk membuka kes di mahkamah yang melibatkan tuntutan dan kos guaman bukanlah murah.
Dengan adanya pusat guaman yang sedia membantu pastinya akan lebih ramai lagi golongan terbabit yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan hak mereka yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi kos untuk ke mahkamah bagi memfailkan tuntuan dan juga kos guaman bukanlah murah.

Terdapat 2 kategori bantuan guaman syarie BAGUS yang ditawarkan iaitu:-
  • Golongan B40 yang bergaji dan berpendapatan isi rumah sebanyak RM4,850 sebulan dan ke bawah (bawah RM58,200 setahun)
  • Golongan M40 yang memperoleh gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan (antara RM58,212 hingga RM131,640 setahun)

Sokongan Dari Ikon Wanita Selangor 2022
Menurut Datin Rita Sosilawati, sokongan dari pihak beliau snediri bukanlah terhad pada tempoh tertentu. Selain daripada mewar-warkan tentang kewujudan BAGUS, Datin juga berbesar hati untuk membantu wanita/isteri yang teraniaya didalam keganasan rumahtangga untuk bangkit berdikari menambah pendapatan bagi meneruskan kehidupan.


Ini terutama dari sudut ekonomi. Datin Rita akan membantu mereka yang memerlukan dari segi nasihat serta memberi tunjuk ajar terutama pada mereka yang berminat menjalankan bisnes. Ini secara tidak langsung mangsa tidak akan rasa keseorangan dan sekurangnya ada individu yang hadir datang memberi sokongan.

Rumusan Dari Forum
Menerusi dari penjelasan dari ahli forum yang terlibat, dari sudut perundangan wanita/isteri yang mengalami keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tempoh selama 7 hari. dan seterusnya boleh mendapatkan juga perlindungan (interim) yang menghalang suami mendekati isteri. 

Masalah kewangan, kurangnya didikan agama antara faktor utama berlakunya keganasan rumahtangga. Apabila berlakunya keruntuhan dalam rumahtangga disebabkan sering adanya keganasan boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang terutamanya kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak adalah cerminan kepada ibu bapa mereka. Oh ya! Keganasan bukan sahaja berlaku secara fizikal bahkan boleh juga dalam bentuk seksual, ekonomi dan emosi.

Adalah impian semua wanita/isteri untuk memiliki rumahtangga mawardah, sakinah dan warahmah. Tidak semua inginkan penceraian apatah lagi punca cerai adalah kerana keganasan. Namun perlu ingat, wanita/isteri bukanlah selamanya punching beg atau boneka yang boleh diperlakukan apa sahaja. 


Jadi pada mereka yang teraniaya wanita/isteri ataupun lelaki/suami sendiri dan anda tidak berkemampuan menyelesaikan kemelut rumahtangga. Boleh scan pada QR kod yang disertakan ataupun klik pada link pendaftaran BAGUS yang disertakan di sini dan dapatkan bantuan segera.

Sayangi diri jangan selamanya menjadi mangsa!

Forum Leterasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? | Kerjasama Antara Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama BAGUS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 16, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.