Kafe Oh Cha Matcha Khas Buat Peminat Matcha!



Kafe Oh Cha Matcha Khas Buat Peminat Matcha!- Saya baru tahu tentang kafe ini - Oh Cha Matcha yang terletak di TTDI Kuala Lumpur. Kafe yang menawarkan pelbagai makanan yang mempunyai elemen matcha. Ahaks. Seriusly, peminat matcha mesti teruja seperti may Yana.


Dekorasi didalam kafe Oh Cha Matcha sememangnya sangat cantik. Mengambil elemen warna merah jambu dan warna bumi seperti coklat dan sedikit hijau. Menjadikan kombinasi ini kelihatan comel dan menarik.


Setiap menu ada ditunjukkan berapa kalori ya, hiks. Jadinya sesuai untuk mereka yang mementingkan diet pemakanan dan yang sedang mengawal berat badan. Oh ya! Makanan dan minuman di sini tiada gula dan lemak.


Banyak pilihan menu berunsurkan matcha di sini menjadikan saya rambang mata untuk memilihnya. Tentunya saya akan memilih menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Ciri istimewanya pasti ada yang boleh menyebabkan menu tersebut berterusan mendapat permintaan.

Ochazuke | RM24

Nasi jepun stim bersama  nasi beras perang roasted, salmon sashimi bersama hot green tea kmbu daishi. Rekomen sangat kalau korang cuba set ini. Terutama kalau memang korang tengah betul-betul lapar. Memang kenyang dan sedap. Unik cara hidangan dipersembahkan dan dari segi rasa tidak mengecewakan.

Matcha Soba Noodle with salmon sashimi, tempura shrimp, mushroom dam kombu dashi | RM38

Menikmati mi soba sejuk dipadankan pula dengan tempura, salmon dan cendawan, ternyata dari segi rasa memang padu. Tambah istimewa dengan adanya kombu dashi menjadikan hidangan ini cukup sempurna. Persembahan hidangan juga cukup menarik!

Watermelon Matcha | RM14
Mango Matcha | RM15

Kelainan di sini ianya menawarkan minuman matcha dengan sedikit sentuhan fusion, lain daripada kebiasaan. Seperti saya lebih gemarkan matcha yang tidak terlalu kuat dari segi rasa jadinya saya memilih Watermelon Matcha. Sedap dan sangat 'refereshing'. Manakala Yana memilih Mango Matcha yang lebih rasa susu dan matcha serta sedikit suntikan rasa manga.


Memang puas hati menikmati hidangan di sini. Selain daripada kawasan persekitaran kafe yang cukup cantik, pilihan makanan juga sangat menarik. Ditawarkan pula pada harga terbaik :-)

Untuk info dan pilihan menu boleh layari: Oh Cha Matcha Menu

Kafe Oh Cha Matcha Khas Buat Peminat Matcha! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 03, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.