Marrybrown K-Crunch Menu Inspirasi Dari Korea
Kenalkan menu K-Crunch Marrybrown, hidangan berinspirasikan Korea yang pastinya dapat memenuhi selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis-manis. Pastinya hidangan dari Marrybrown tidak akan mengecewakan dan sering ada kelainan yang cukup istimewa. Hidangan K-Crunch ini telah mula ditawarkan sepanjang Oktober di semua outlet Marrybrown di seluruh Malaysia.
Menu K-Crunch Marrybrown
Antara menu uang perlu dicuba tentulah ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas.Tidak dinafikan pencinta makanan Korea sememangnya sangat ramai di Malaysia. Dan hidangan ayam korea pedas sememangnya menjadi pilihan dan tarikan terutama bagi mereka yang begitu meminati dunia KDrama dan Kpop.
Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik,
kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Untuk hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90.
Manakala bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.
Sekiranya anda inginkan hidangan yang datangnya dengan sedikit kelainan,bolehlah mencuba Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10. Hidangan nasi yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis yang cukup menyelerakan.
Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-CrunchBox Meal adalah pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dar iRM26.50, lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling dan Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.
Selaras dengan objektif kami yang sentiasa menginginkan sesuatu yang berbeza, kami sangat gembira kerana dapat memberikankelainan yang baharu kepada rakyat Malaysia yang sentiasa sukamencuba! Kami yakin setelah mereka merasai menu K-Crunch kami, mereka akan dapat berinspirasi mencipta detik-detik K-pop mereka tersendiri.
kata Dato’ Joshua.
Marrybrown yang kini mempunyai berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara sentiasa komited dalam memberi penyediaan standard kualiti terutama dari segi servis, kebersihan dan nilai tertinggi bagi memberikan pengalaman pemakanan yang sempurna kepada pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
Marrybrown yang kini mempunyai berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara sentiasa komited dalam memberi penyediaan standard kualiti terutama dari segi servis, kebersihan dan nilai tertinggi bagi memberikan pengalaman pemakanan yang sempurna kepada pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
P/ : Saya dah mencubanya ternyata memang sedap. Kena dengan selera saya yang sememangnya peminat makanan Korea no.1.
Marrybrown K-Crunch Menu Inspirasi Dari Korea
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 16, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...