Menangi Pelbagai hadiah Hebat Lebih RM2 Juta Dengan Menyertai Wheel-Yoo-Win Anjuran Yoodo

Menangi Pelbagai hadiah Hebat Lebih RM2 Juta Dengan Menyertai Wheel-Yoo-Win Anjuran Yoodo- Ada satu berita yang hendak disampaikan pada semua. Yoodo, perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital telah nengumumkan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ . 


Kempen ini menawarkan pelbagai ganjaran hebat dan hadiah menarik kepada para pengguna setia Yoodo.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, 
Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!

Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ adalah kerjasama bersama SEA Gamer Mall (SEAGM) dan  berlangsung sehingga 21 Disember 2022. Di mana pengguna layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE, langganan percuma selama setahun kepada Majoriti bersama 2H1M ‘staycation’, e-baucar Grab, kad e-hadiah Starbucks, e-baucar Petronas, berlian Mobile Legends Bang Bang, e-baucar beli-belah Lazada dan banyak lagi. 


Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang cukup menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan. 

Cara Penyertaan
Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam kempen ini, caranya mudah sahaja.
  • Hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo mereka, dan mereka dijamin akan membawa pulang satu hadiah! 
  • Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. 
  • Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng berkata, 
Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.
Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win. 

Hadiah cukup menarik. Jom sertai mana tahu berpeluang hadiah utama seperti iPhone, barangan Samsung dan pelbagai lagi.

Untuk lebih info mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.


Mengenai Yoodo
Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter. Atau dapatkan berita esukan terkini dengan megikuti @yoodoesports di Facebook atau @yoodoesportsmy di Instagram.

Mengenai SEAGM
SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah sebuah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang mantap untuk para pemain, pembangun, dan penerbit permainan video. SEAGM mempunyai beberapa pejabat di Malaysia, China, dan Thailand, ia menjadi pilihan para pemain untuk mendapatkan tambah nilai permainan video dalam talian dan barangan digital.

SEAGM berjaya membangunkan platform e-dagang barangan digital dan pembayaran permainan video dalam talian (SEAGM.com) dan platform pasaran barangan digital (KALEOZ.com). Dengan pelbagai projek dan kerjasama serta perkongsian yang berjaya dilaksanakan, SEAGM bersedia untuk mencipta pencapaian yang lebih besar sambil ia mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam industri permainan video di peringkat global.

Menangi Pelbagai hadiah Hebat Lebih RM2 Juta Dengan Menyertai Wheel-Yoo-Win Anjuran Yoodo Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 22, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.