Movie Review Ticket to Paradise


Movie Riview : Ticket to Paradise. Filem yang wajib korang tengok. Sangat menghiburkan. Apatah lagi apabila 2 pelakon legenda Julia Roberts dan George Clooney disatukan didalam sebuah naskhah layar perak bergenre komedi romantik.


Mengisahkan Lily yang baru sahaja graduasi dari kolej dalam jurisan perundangan ke Bali bersama rakan baiknya, Gwen. Di Bali Lily jatuh cinta dengan Gede anak usahawan rumpai laut yang kacak. Dalam tempoh yang terdekat, mereka membuat keputusan untuk berkahwin.


Semestinya kejutan buat David (George Clooney) dan Georgina (Julia Riberts), ibubapa Lily yang sudah lama berpisah. Jadi misi mereka ke Bali atas jemputan perkahwinan tapi sebaliknya mereka berpakat hendak sebotaj perkahwinan Lily.


Banyaklah perkara yang tak terjangka terjadi. Kelakar terutama part Georgina dan David berebut2 menunjukkan merekalah ibubapa yang terbaik. Bergaduh mulut memang sentiasa, hahaha. Jenis tak boleh berjumpa.


Jalan cerita sangat santai dan menghiburkan. Suka sangat sinematografi dalam filem ini yang memaparkan pemandangan yang sangat cantik di Bali. Kepulauan menghijau dengan pantai yang bersih, paling teruja apabila dapat melihat sendiri bagaimana pertenakan rumpai laut.


Kita juga banyak belajar tentang budaya masyarakat Bali, terutama dari segi adat bertunang, berkahwin dan juga serba sedikit mengenai pantang larang.


Selain itu banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ini. Terutama dari segi perhubungan dalam rumahtangga. Pelajari dalam kesilapan dan sebenarnya setiap kemanisan yang dilalui oleh pasangan bukan mudah untuk dilupakan.


Filem romantik komedi yang cukup menghiburkan dan tidak membosankan. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ . TQ UIP Malaysia atas jemputan untuk tayangan preview - Ticket to Paradise ❤️
Movie Review Ticket to Paradise Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 05, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. memang dlm list to watch ni..suka Julia Roberts

    ReplyDelete
  2. waaa menariknyaaa i minat julia roberts dan suka genre filem gini...emmm nak kena gi menonton sorang2 gamaknya sbb my boys tak minat laaa hahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.