Nyum Nyum Festival di The Curve Mutiara Damansara
Nyum Nyum Festival di The Curve Mutiara Damansara - Satu berita baik pada semua pencinta makanan. Nyum Nyum Festival kini sedang berlangsung di The Curve Mutiara Damansara. Ianya berlangsung dari 13 sehingga 16 Oktober 2022 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam (mengikut waktu operasi pusat membeli-belah)
.
Apa yang lebih menarik festival yang berlangsung selama 4 hari ini ada menawarkan pelbagai pilihan makanan Asia dan Barat yang terbaik.
Disediakan juga tempat menjamu selera untuk pengunjung menikmati hidangan disini sambil ditemani dengan persembahan dari kugiran yang dijemput.
Antara hidangan yang boleh dicuba seperti daging kambing bakar yang dimasak panas-panas (sangat sedap dengan perapan yang cukup padu!), tokoyaki, rendang daging bersama nasi himpit, pizza, kek cawan coklat (sedap juga), durian crepe, roti sisir, kek, biskut, corndog, sushi, ayam korean berkeju dan pelbagai lagi.
Begitu juga pilihan minuman, korang boleh cuba variasi pilihan dari The Mechant, ais Milo dan sebagainya. Selain itu turut diadakan demonstrasi masakan oleh Chef Akbar dari Me'nate Steak Hub yang akan diadakan pada 15 dan 16 Oktober 2022 pada jam 3 petang.
Oh ya! Dengan setiap pembelian di mana-mana booth makanan atau minuman di Nyum Nyum Festival melayakkan korang mendapatkan satu kupon untuk menyertai Spin & Win. Namun sebelum menyertai Spin & Win ini korang perlu mendaftar di pautan meneerusi imbasan QR kod di setiap booth vendor (daftar sekali sahaja).
Seterusnya bawa kupon ke Concierge The Curve Mutiara untuk membuat putaran - Spin & Win. Ada banyak voucher menarik ditawarkan. Setiap 1 kupon membolehkan 1 putaran. Jika korang mempunyai 12 kupon maka berpeluang membuat 12 putaran.
Setelah membuat penebusan hadian, kupon tersebut akan dikembalikan dan korang boleh menyertai Cabutan Hadiah Utama pada hari Ahad 16 Oktober 2022 jam 5 petang. Untuk menyertai cabutan ini korang perlu ada sekurang-kurangnya 5 kupon. Antara hadiah yang ditawarkan seperti voucher penginapan di Royale Chulan in Kuala Lumpur, Cherating, Damansara dan Pulau Pinang.
Puas hati dan seronok. Selain boleh makan-makan, dapat juga meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Ahah! Alang-alang sampai di The Curve Mutiara Damansara bolehlah jalan-jalan dan window shopping sekali.
Kami sempat juga menyertai acara Spin & Win dan memenangi pelbagai jenis voucher. Antaranya voucher Toy World The Curve Mutiara Damansara, Seronoklah my Yara dapat banyak permainan. *Hadiah voucher adalah random ya, ada yang dapat voucher makan di Kenny Rogers, DOME, rawatan kuku, diskaun 20% untuk makan di hotel dan pelbagai lagi.
Jom terjah Nyum Nyum Festival di The Curve!
Nyum Nyum Festival di The Curve Mutiara Damansara
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 15, 2022
Rating:
Uihhhh banyaknya makanan.. ;)
ReplyDeletebestkan heheheh
Delete