Pakej Perkahwinan Yang Cukup Berpatutan Di Bandar Kuala Lumpur



Pakej Perkahwinan Yang Cukup Berpatutan Di Bandar Kuala Lumpur - Mengadakan majlis keraian yang istimewa seperti majlis perkahwinan sememangnya kita sering idamkan agar ianya berlangsung dengan sempurna. Antara perkara yang biasanya diberi perhatian seperti katering dan lokasi untuk diadakan majlis. Ini kerana sebagai tuan rumah kita pasti inginkan tetamu yang datang berasa selesa, seronok dan puas hati menghadiri majlis yang dirai.

Antara lokasi yang disyorkan adalah di Kenanga International Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Lokasinya yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur sememangnya sangat strategik. Apatah lagi disediakan ruang parkir yang cukup banyak memudahkan tetamu yang datang dengan kenderaan sendiri. 


Ruang acara adalah terletak di Andy's Cafe & Event Space KL, di premis Kenanga International Kuala Lumpur. Ruang acara yang disediakan boleh menerima seramai 250 tetamu pada satu-satu masa. Sebarang acara dan majlis di sini hanya ditawarkan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.


Andy's Cafe & Event Space KL juga menyediakan meja makan (bulat) dan meja buffet (panjang). Secara tidak langsung memberi kelebihan buat pelanggan dalam menentukan susunan ruang majlis yang ingin mereka adakan. Fasiliti lain seperti tandas dan surau turut disediakan untuk kegunaan tetamu.


Terdapat juga pelamin yang sedia ada di pentas mini yang dihias cantik bersama bunga-bungaan berona putih. Disediakan juga kelengkapan lain seperti PA sistem, meja meletakkan hantaran, meja makan beradab dan pelbagai lagi.



Untuk info, semua dekorasi didalam ruang acara adalah dibawah kendalian Istana Puteh. Sebagai syarikat yang sudah lama berkecimpung dalam perundingan dan  tatarias ruang acara, Istana Puteh cukup berpengalaman memenuhi impian pelanggan mereka dalam merealisasikan majlis keraian yang diidamkan.


Istana Puteh juga menawarkan sewaan pakaian raja sehari pada harga yang cukup berpatutan. Banyak juga pilihan mengikut kesesuaian dan kegemaran pelanggan.


Bagi majlis yang diadakan d Kenanga International, Istana Puteh berkaloborasi bersama Andy's Cafe & Event Space KL. Di mana Andy's Cafe Event Space KL bukan sahaja menyediakan ruang untuk majlis bahkan menawarkan perkhidmatan katering.

Tawaran Pakej Perkahwinan


Kemas dan bersih. Paling penting perletakan ruang makanan tidak akan menganggu kawasan tetamu yang hadir ke acara. Jadi mudah untuk merancang perjalanan acara majlis tanpa menganggu ruang orang lalu lalang mengambil makanan.

Terdapat 2 pakej perkahwinan yang ditawarkan iaitu:-
  • Pakej 100 pax | RM10,900
Disediakan pe;bagai kelengkapan di Andy's Place & Event Space seperti dewan berhawa dingin. 10 meja bulat, 100 kerusi chiviary, tea corner station, meja doorgift, PA  sistem dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan katering dari Andy's Cafe KLdan ini termasuklah hidangan untuk Tea Corner.

Pakej ini juga menawarkan sekali dekorasi dewan, termasuklah meja beradab dan pintu masuk. Pakej ini sesuai untuk majlis pertunangan, pernikahan bahkan majlis sambutan hari jadi.

  • Pakej 500 pax| RM19,900
Ditawarkan sama seperti apa yang ada di dalam pakej diatas cumanya ada tambahan istimewa iaitu hidangan khas untuk pengantin, busana pengantin serta tatarias dan disediakan juga pakej fotografi. Dengan bilangan jemputan yang lebih ramai, sesuai untuk majlis perkahwinan, pelancaran produk dan sebagainya.


Hidangan Hebat Dari Andy's Cafe & Event Space KL


Antara menu hidangan yang ditawarkan adalah seperti :-


Pilihan nasi: nasi putih (70%). Lagi 30% adalah pilihan samada nasi minyak, nasi tomato dan nasi hujan panas. 

Pilihan ayam : ayam masak merah, ayam goreng berempah, ayam briyani, ayam masak hitam, ayam kurma


Pilihan daging: daging masak hitam, daging briyani, daging kari, daging kurma

Pilihan sayur : acar buah, pajeri nenas, sayur campur, dalca


Disediakan juga buah potong, air kordial serta kuih-muih


Serius! Makanan yang dihidangkan semuanya enak, cukup rasa. Boleh menambah dua kali nasi kenduri ketika menikmati hidangan di sini. 


Anak Cina memasang lukah, 
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah, 
Mara menuju mahligai kasih
(tibehhh, hiks)


Lokasi strategik, tempat menarik dengan harga pakej yang ditawarkan cukup terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
016-2551056 (Adira Istana Puteh)
012-6248592 (Aliff Andy's Cafe)
Instagram: @andyscafe @istanaputeh
Facebook: @Andy's Cafe KL @Istana Puteh

Pakej Perkahwinan Yang Cukup Berpatutan Di Bandar Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 11, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Choosing the right venue for a wedding is crucial for creating a memorable event. Kenanga International at Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, seems like an ideal choice with its strategic location and ample parking facilities. Comfort and convenience for both hosts and guests are certainly top priorities!

    ReplyDelete
  2. These wedding packages in Kuala Lumpur are an absolute steal! The venue looks fantastic, and the menu options are making my mouth water. If you're planning a wedding in KL, this blog post has all the details you need for a dreamy and budget-friendly celebration. Don't miss out! 💍🍰🥂

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.