Pelancaran Iklan Kereta Bertema "Oh Bear Go!" Bersempena Dengan Kempen Melawat Taiwan
Pelancaran Iklan Kereta Bertema "Oh Bear Go!" Bersempena Dengan Kempen Melawat Taiwan- Taiwan cukup terkenal sebagai sebuah negara yang mesra muslim. Selain daripada keunikan budaya dan makanan, Taiwan juga juga terkenal dengan tempat-tempat yang menarik boleh dilawati pelancong. Dan kini Taiwan telah mengumumkan untuk membuka sempadan sepenuhnya pada 13 Oktober 2022. Berita baik ini pastinya menggembirakan masyarakat seluruh dunia terutama buat mereka yang mempunyai impian untuk melancong ke negara Taiwan.
Sehubungan dengan pembukaan sempadan Taiwan, Biro Pelancongan Taiwan Pejabat Kuala Lumpur turut melancarkan program pengiklanan kereta Melawat Taiwan "Oh Bear Go!" bertema basikal dan kereta api di Malaysia. Sebanyak 200 iklan kereta bertema"Oh Bear Go!" akan melintasi jalan-jalan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dengan memaparkan pemandangan Taiwan yang indah. Melalui pengiklanan ini diharapkan dapat membangkitkan kenangan indah pada mereka yang pernah atau ingin melancong ke Taiwan.
Majlis pelancaran iklan kereta Melawat Taiwan "Oh Bear Go!" 2022 bertema basikal dan kereta api telah diadakan hari ini di Hotel Kloe, Kuala Lumpur.Turut diipamerkan adalah iklan kereta Melawat Taiwan serba baharu "Oh Bear Go!". Terdapat tiga tema, antaranya seperti:-
- Basikal Tasik Matahari Bulan Nantou
- Kereta Api Bunga Sakura Chiayi Alishan
- Laut Bunga Hydrangea Yangmingshan Taipei
Taiwan telah menggunakan basikal & kereta api sebagai tema promosi pelancongannya dalam dua tahun yang lalu, jadi sudah tentu basikal dan kereta api dipadankan dengan pemandangan indah Taiwan dalam reka bentuk iklan. Tambahan pula, Taiwan menggunakan "Salam Taiwan" sebagai tema untuk mempromosikan pelancongan mesra Muslim secara aktif sebelum pandemik, jadi iklan kenderaan ini turut memasukkan elemen pelancongan mesra Muslim, dengan harapan dapat menarik lagi umat Islam Malaysia untuk melancong ke Taiwan.
Taiwan Negara Mesra Muslim
Masyarakat muslim khasnya memang rasa seronok dan selamat ketika melancong di Taiwan. Mudah untuk dapatkan makanan halal serta kawasan pemandangan yang cantik serta menarik antara faktor begitu ramai pelancong muslim berasa seronok bila bercuti di Taiwan. Begitu juga dengan kemudahan serta perkhidmatan mesra Muslim.
Untuk info, terdapat lebih 200 restoran dan hotel telah menerima pensijilan halal yang berkaitan. Menurut Mastercard-Crescent Rating "Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022, Taiwan juga mengekalkan kedudukannya sebagai tempat kedua di kalangan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC) di seluruh dunia kerana persekitaran pelancongan yang mesra Muslim dan ini telah menjadikannya destinasi pilihan untuk pelawat Islam yang melancong ke luar negara.
Pelancaran "Oh Bear Go!"
Berikutan sekatan pandemik selama hampir tiga tahun, Taiwan melancarkan 200 iklan kereta bertema "Oh Bear Go!" di Malaysia buat kali pertamanya. 120 daripadanya akan melintasi Lembah Klang, 40 di Pulau Pinang dan 40 di Johor. Ini juga merupakan kali pertama beratus-ratus iklan kenderaan bertema pelancongan muncul di jalan-jalan Malaysia pada masa yang sama.
Pelancaran "Oh Bear Go!"
Berikutan sekatan pandemik selama hampir tiga tahun, Taiwan melancarkan 200 iklan kereta bertema "Oh Bear Go!" di Malaysia buat kali pertamanya. 120 daripadanya akan melintasi Lembah Klang, 40 di Pulau Pinang dan 40 di Johor. Ini juga merupakan kali pertama beratus-ratus iklan kenderaan bertema pelancongan muncul di jalan-jalan Malaysia pada masa yang sama.
Diatas usaha ini, hasilnya Biro Pelancongan Taiwan turut dianugerahkan "Pengiklanan Kereta Terbanyak Untuk Jenama Pelancongan" oleh Malaysia Book of Records. Pemberian sijil ini telah disampaikan kepada Pengarah Chou oleh wakil Malaysia Book of Records, Encik Aaron Bong, Timbalan Pengurus Besar.
Peraduan Imbas & Menang (Scan & Win)
Peraduan Imbas & Menang (Scan & Win)
Semua peserta hanya perlu menyiarkan gambar mereka dengan iklan kereta di halaman Biro Pelancongan Taiwan FB Malaysia (@tbrockl) bersama hashtag #taiwandmynextdestination untuk mendapat peluang memenangi hadiah, termasuk penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei yang ditaja oleh Starlux Airlines, tablet premium, dan kad Touch ‘n Go Taiwan edisi istimewa bersama kredit RM200.
Pengacara TV tempatan terkenal Xiao Yu bersama penyampai berita Tan Chia Yong
Pengacara radio Suria FM DJ Lin
Maklumat lanjut tentang #taiwanmynextdestination Peraduan Imbas & Menang boleh didapati di halaman rasmi Facebook atau halaman rasmi Instagram.
#taiwanmynextdestination #timefortaiwan
Pelancaran Iklan Kereta Bertema "Oh Bear Go!" Bersempena Dengan Kempen Melawat Taiwan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 07, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...