Pusat Solusi Home2Com Panasonic Memberi Pengalaman Sebenar dan Terbaik Kepada Pengguna
Pusat Solusi Home2Com Panasonic Memberi Pengalaman Sebenar dan Terbaik Kepada Pengguna - Baru-baru ini saya ke Pusat Solusi Home2Com yang terletak di Bangsar South Kuala Lumpur. Di sini kita boleh meninjau dan meneroka produk-produk keluaran Panasonic dari awal dulu sehinggalah yang terkini.
Pusat solusi Home2Com memberikan satu peluang yang hebat bagi membolehkan pelanggan melihat secara dekat produk-produk keluaran Panasonic. Kita juga boleh boleh mencuba dan merasai sendiri menggunakan produk Panasonic sebelum kita membuat keputusan membelinya.
Kenalkan ini adalah Tan Sri Konosuke Matsushita yang merupakan pengasas kepada jenama Panasonic Corporation.
Beliau sendiri meletakkan visi bahawa;
Company's Vision must be Driven by the Aspirations of its Customers
Selaras dengan slogan janji jenama baharu Panasonic iaitu "Create Today, Enrich Tomorrow" yang jelas memberi penekanan yang tinggi dalam memperkasakan kesejahteraan pengguna secara holistik. Sekaligus membantu orang ramai menjalani kehidupan lebih baik yang tidak hanya terhad kepada idea pembangunan produk serta inovasi Panasonic bahkan turut mencipta pengalaman pelanggan yang hebat.
Panasonic Corporation juga telah memenangi pelbagai jenis anugerah di peringkat antrabangsa. Ini adalah susulan daripada setiap produk keluaran Panasonic adalah berinovasi tinggi dan dapat menyumbang serta memberi manfaat kepada penggunaan harian hidup masyarakat.
Set TV dan juga ketuhar
Radio dan mesin basuh
Soket Elektrik 2 hala dan square shape light
Salah satu perkakasan elektrik yang ikonik dari Panasonic tentulah periuk nasi elektrik. Sehingga kini masih ada yang menyimpan dan menggunakannya.
Di Pusat Solusi Home2Com pelanggan boleh menerokai 4 aspek iaitu 3 daripadanya adalah aspek kesejahteraan iaitu dalaman, luaran dan ruang. Manakala bagi mereka yang punyai perniagaan boleh lihat perkakasan yang banyak digunakan dalam perusahaan.
- Kesejahteraan Dalaman
Ianya bermula dari dapur dengan memperkenalkan perkakasan elektrik yang dapat membantu pelanggan menyediakan makanan yang sihat. Perkakasan yang terlibat seperti peti aias, peralatan dapur seperti pengisar serta ketuhar dan penapis air.
Peti ais yang berinovasi tinggi didatangkan dengan ciri PRIME freeze. Mempunyai bahagian yang boleh membuat penyejukan 5 kali lebih pantas. Terdapat juga fungsi nanoe™ X yang membantu mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan.
Bread Maker (Mesin Pembuat Roti) Automatik. Terdapat 13 menu yang boleh dipilih terus dari perkakasan eletrik ini. Paling penting kita hanya masukkan semua bahan yang diperlukan. Ianya akan dimasak dan dikendalikan secara automatik mesin pembuat roti ini.
Steam Convention Microwave Oven yang boleh melakukan pelbagai aktiviti masakan. Ianya didatangkan dengan 6 fungsi iaitu stim, gril, stew, bakar, gorengan sihat dan penapaian (ferment).
Alkaline Ionizer yang membolehkan pelanggan menikmati air yang benar-benar bersih dan selamat diminum. Perkakasan ini dilengkapi dengan 4 tahap advance sistem penyulingan air alkaline yang dapat menghapuskan 19 bahan-bahan yang memudaratkan dan menghapuskan 99% bakteria serta virus.
Water Purifiers yang diletakkan dibawah sinki. Mempunyai 3 katrij yang mudah sahaja pemasangannya. Ianya juga dapat membunuh sehingga 99.999% bakteria dan 99.9% virus. Tiada bau dan menjadikan air selamat untuk diminum.
Low Sugar Induction Heater rice Cooker yang dapat membantu kita menyediakan nasi dengan cara yang sihat. Ianya dapat mengurangkan kandungan kanji didalam nasi. Periuk elektrik ini juga mengandungi active enzime water soaking technology dan didatangkan dengan pelbagai fungsi.
Serius! Sedap nasi yang telah saya cuba disini walaupun ianya telah dikurangkan kanji. Dari segi tekstur juga sangat lembut.
- Kesejahteraan Luaran
Untuk kesejahteraan luaran ianya adalah merujuk kepada kebersihan fizikal, kebersihan diri dan penjagaan badan sebagai keutamaan. Antara produk yang termasuk didalam kategori ini termasuklah mesin basuh, pancuran mandian kediaman, penjagana mulut, penjagaan lelaki, penjagaan rambut, sterika dan juga bidet.
Mesin basuh dengan teknologi terbaru iaitu Panasonice Washer Dryer yang dilengkapi dengan teknologi Blue Ag+ yang boleh membunuh 99.99% bakteria yang mana dilengkapi juga dengan sinaran UV dan ion Ag didalam kitaran basuhan biasa. Ianya juga disokong dengan StainMaster+ yang mempunyai fungsi cucian panas untuk menghilangkan kotoran degil. Manakala Hybrid Dry membantu untuk mengeringkan pakaian.
Begitu juga dengan Steam Generator Iron (sterika) yang mempunyai teknologi advanced anti-calc yang mempunyai kuasa stim yang hebat. Didatangkan juga bersama Optical Care mode yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis fabrik yang hendak digosok.
Home Shower U-Series, dengan rekaan yang cantik didatangkan bersama 9 ciri keselamatan termasuklah durable cooper heater, Earth Leakage Breaker (ELB) dan struktur yang boleh mengelakkan kejutan elektrik, terbakar dan sebagainya. Didalamnya juga mempunyai bahan Ag+ Crystal yang boleh mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Electric Bidet Seat yang dihasilkan dengan 99% antibakteria, AG+ dengan pemancut air juga disediakan dengan air suam (warm water). Teknologi ini jimat tenaga dan mempunyai mode penjimatan tenaga sehingga 8 jam.
Pengering dan penggayaan rambut yang kita boleh mengawal suhu. Produk ini juga sangat membantu menjadikan rambut lebih bersinar, cantik dan beralun.
Selain itu terdapat juga perkakasan pencukur elektrik untuk lelaki danjuga penjagaan diri iaitu produk oral Panasonic.
- Kesejahteraan Ruang
Untuk hampagas Panasonic terdapat beberapa jenis yang kita boleh pilih. Antaranya seperti Cordless Vacuum Cleaner ataupun Bagless Vacuum Cleaner. Kedua ini mempunyai sistem cyclone mereka tersendiri. Begitu juga kuasa sedutan dan saiz juga ada berbeza.Apa yang penting keduanya sangat membantu dalam kerja pembersihan rumah.
B100 Headphone dengan rekaan yang ergonomik dan bertahan sehingga 16 jam lamanya. Antara cirinya, ianya dapat memberikan lebih bunyi bass dan pendengaran yang terbaik.
Earbud dari Panasonic juga antara terbaik yang dapat mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Rekaannya juga smart dan stylo.
Penghawa dingin yang didatangkan bersama teknologi inverter yang dapat menjimatkan tenaga. Mempunyai kuasa sehingga 80HP untuk penghawa dingin komersial.
Selain itu terdapat juga kipas dan air filter berinovasi tinggi dari Panasonic.
- Penyelesaian Perniagaan
Bagi penyelesaian perniagaan termasuklah sistem pejabat pintar, projektor interaktif, penyelesaian keselamatan bersepadu, interkom video dan persidangan pintar.
Sistem pejabat pintar dengan adanya PressIT Wireless Presentation System dan juga All-in One Video System. Dengan penggunaan teknologi sebegini dapat mengurangkan kos operasi, meningkatkan ruang pengurusan serta produktiviti dan lebih efisien.
Projektor interaktif memberikan pengalaman deria yang hebat dengan pengalaman yang cukup luar biasa. Ini adalah menerusi pemetaan video dan penyepaduan maklumat digital dengan persekitaran pengguna dalam masa nyata.
Persidangan pintar teknologi terkini yang menyediakan stable hybrid online.ofline environemnet seperti video streaming dan sebagainya. Ianya juga didatangkan bersama perisian auto tracking yang secara automatik akan mengikuti pergerakan presenter/speaker yang sedang berucap di atas pentas.
Keselamatan bersepadu menawarkan teknologi keselamatan yang terbaik dengan menggunakan ciri pembuatan pintar (artificial intelligence), pengenalpastian wajah (face recognition), perisian pengurusan video dan pelbagai lagi.
Pusat Solusi Home2Com Panasonic ternyata sangat membantu pengguna untuk mencuba dan mengeksplorasi sendiri penggunaan perkakasan Panasonic. Untuk sebarang pertanyaan dan membuat temujani lawatan boleh hubungi di talian 03-22421326
Oh ya! Pusat Solusi Home2Com ini juga kita boleh walk-in kerana ianya dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Jadi jom ke Home2Com
P/S: Seronok bila berada di Pusat Solusi Home2Com banyak yang saya dapat belajar tentang produk Panasonic. Ini terutama produk yang saya berminat untuk mendapatkannya, boleh cuba dulu bagaimana penggunaannya.
Pusat Solusi Home2Com Panasonic Memberi Pengalaman Sebenar dan Terbaik Kepada Pengguna
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 01, 2022
Rating:
Tempat ni memang best untuk tahu segala produk Panasonic. Saya pernah memasak di sini beberapa tahun dahulu. Ada program anjuran Panasonic. Mereka kadang-kadang anjur event untuk pengguna experience produk. Paling bedt oven mereka. Pastu ada chef join ajar. Ahhh rindu pakai apron Oren. Hehehehe.
ReplyDeleteOhh wowo.....can't wait to dropping by & check out more of Panasonic range. so many varieties sure busy shopping there. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteWahh, dah macam muzium masa ye boleh tengok banyak produk mereka dari dulu sampai sekarang.
ReplyDeleteI love their innovative products too, really enhanced our everyday experience
ReplyDeleteBagusnya Home2Com nie. Boleh kita tinjau2 sebelum membeli produk mengikut keperluan dan kesesuaian kan. Lagipun produk Panasonic memang semakin inovatif dan consumer oriented.
ReplyDeleteNell spotted few appliances yang kena replace kat rumah ada kat sini! Boleh la plan pergi Home2Com ni la nanti bila free...
ReplyDelete