Raja Muda Selangor Berkenan Memberikan Geran Perniagaan Kepada Golongan OKU Terpilih Di Dalam Program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO)
Raja Muda Selangor Berkenan Memberikan Geran Perniagaan Kepada Golongan OKU Terpilih Di Dalam Program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO)-Seramai 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah.
Kriteria pemilihan peserta adalah:
- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.
- Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian
- Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.
- Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
- Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
- Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
- Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan)
Antara Peserta Yang Menyertai Program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO)
Bersama dengan mentor Program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) |
Pada hari ini, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka diiringi oleh:
- Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO
- Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia
- Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community.
Dengan penganjuran program ini, Selangor Youth Community (SAY) mengharapkan agar dapat membantu lebih ramai golongan OKU untuk berani dan berusaha meningkatkan pendapatan sendiri sekaligus menyokong segala usaha dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.
Raja Muda Selangor Berkenan Memberikan Geran Perniagaan Kepada Golongan OKU Terpilih Di Dalam Program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 12, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...