Restoran Padangs On Wheels Damansara Utama Menyediakan Pelbagai Hidangan Nasi Padang Autentik dan Dekorasinya 'Instagrammable Spots' Yang Menarik



Restoran Padangs On Wheels Damansara Utama Menyediakan Pelbagai Hidangan Nasi Padang Autentik dan Dekorasinya 'Instagrammable Spots' Yang Menarik- Rindu masakan Padang Indonesia? Jangan risau, boleh dapatkan di Padangs On Wheels Damansara Utama Selangor. Restoranyang dibuka dari Selasa sehingga Ahad, 7.30 pagi hingga 7 malam ini letaknya berdekatan Damansara Uptown yang sememangnya cukup terkenal sebagai lokasi syurga makanan di kawasan Lembah Klang.

Dekorasi Cantik, Instagrammable Spots Yang Menarik
Cantik sangat dekorasi didalam restoran Padangs On Wheels Damansara Utama. Susun atur kerusi meja yang cukup kemas. Dengan susunan pengcahayaan lampu menambahkan lagi seri didalam restoran Padangs On Wheels Damansara Utama ini. Secara peribadi saya sendiri cukup sukakan dengan gabungan warna-warna alam seperti coklat, putih dan juga kehijauan pokok yang digabungkan dalam satu ruang.








Minimalis dan sangat astetik. Tidak sarat dan tampil lebih esklusif, lokasi yang cukup sesuai untuk diadakan majils makan-makan atau sebarang acara keraian. Bahkan kita juga akan tertarik untuk hadir ke sini bagi menikmati sarapan pagi, hidangan tengahari dan minum petang.

Untuk satu-satu masa restoran Padangs On Wheels Damansara Utama  boleh menempatkan sehingga 100 pax. Secara tidak langsung restoran Padangs On Wheels Damansara Utama juga sesuai untuk dijadikan lokasi bagi sebarang majlis atau keraian.

Pelbagai Hidangan Autentik Nasi Padang Ditawarkan Di Sini
Sekiranya rindukan masakan Padang Indonesia, saya memang syorkan Padangs On Wheels. Dan kali ini untuk cawangannya di Damansara Utama. Ada pelbagai jenis makanan padang yang enak-enak hasil air tangan chef yang arif dengan masakan padang yang autentik.




Setiap lauk yang kita pilih akan diletakkan dalam mangkuk/pinggan kecil. Vibes seperti menikmati hidangan di restoran nasi padang di negara Indonesia ataupun seperti makan hidang di rumah.


Hidangan yang ditawarkan sangat banyak ya! Dapat memenuhi citarasa seisi keluarga. Jadi tidak semua hidangan Nasi Padang di sini pedas-pedas tau.


Meriahkan lauk-pauk yang menjadi pilihan saya bersama Yara dan Ameer. Penuh satu meja. Punyalah banyak pilihan.


Barangan masakan yang dipilih semuanya segar-segar dan berkualiti. Teknik masakan dalam menyediakan hidangan adalah mengikut resepi asli dari Padang Indonesia. Bagitu juga Chef dan pasukannya di dapur semuanya berkemahiran dalam menyediakan masakan Padang.

Jom lihat hidangan Nasi Padang yang telah saya cuba di sini:-


Ikan Keli Masak Lemak Cili ApiSaya suka dengan aroma dan rasa masakan ini. Tidak terlalu pedas, sesuai dinikmati oleh kanak-kanak juga. Ikan keli dibakar terlebih dahulu dan dimasukkan bersama dengan gulai masak lemak. 


Kerepek kentang berlado. Masakan Nasi Padang yang wajib dicuba. Kentang dipotong nipis dan digoreng garing bersama sambal merah yang memang sangat padu. Rangup dan pedas, perghh merecik dalam setiap suapan.


Ayam Masak Lemak. Sesuai juga untuk kanak-kanak. Sedap juga. Tekstur kuah sedang-sedang kepekatan. Sangat sempurna gabungan dari segi lemak dan rasa.


Rendang daging ini memnjadi kegemaran Ameer. Daging sangat lembut, uniknya untuk rendang daging ini sedap juga dinikmati bersama nasi putih panas-panas. Di mana kebiasaannya kita nikmati bersama ketupat, pulut kuning atau lemang.


Ayam goreng berempah. Kaya dengan rempah ya. Tak kedekut bahan. Isi ayam juga sangat lembut dengan keranggupan di bahagian luar.


Udang berlado. Pedas tapi anak-anak kecil saya cukup sukakannya. Saya juga agak terkejut Yara dan Ameer begitu seronok masakan yang punyai rasa percikan pedas.


Gulai Tunjang. Masakan ini agak 'rare' tapi serius kena cuba kalau ke restoran Padangs On Wheels. Urat lembu yang menjadi ramaun utama dalam hidangan benar-benar  lembut. Saya difahamkan untuk penyediaan masakan ini memerlukan teknik yang betul bagi menjadikan rasa masakan ini asli seperti dari Padang Indonesia.


Daging Dendeng Berlado. Hidangan yang tidak akan saya tolak sama sekali kerana ini adalah makanan kegemaran saya. Nak sediakan masakan ini bukan mudahnya ya! Banyak betul prosesnya. Daging yang digoreng dan diketuk seterusnya disalutkan bersama cili. Fuhh! Makan bersama nasi panas-panas memang terbaik. Boleh menambah berkali-kali.


Jering berlado. Padu dinikmati bersama lauk dendeng dan masakan masak lemak. Korang kena cuba hidangan jering berlado dari restoran Padang On Wheels. Lembut sangat jeringnya. 


Pucuk paku masak lemak. Pekat kuahnya, dari segi rasa memamg mantap. Selain pucuk paku ada juga pucuk ubi masak lemak juga.


Terung berlado.  Ini juga antara masakan Nasi Padang yang cukup popular.


Sambal merah dan sambal hijau. Untuk kurang pedas boleh cuba yang hijau. Untuk sambal merah lebih pedas sedikit. Namun begitu keduanya memang sedap.


Keropok belinjau. Walaupun rasanya ada sedikit pahit tetapi ramai orang tahu tentang khasiatnya. Sedap juga dinikmati bersama nasi panas dan hidangan Nasi Padang.


Seronok apabila dapat melihat anak-anak begitu bersungguh menikmati hidangan di hadapan mata. Siapa sangka dua beradik ini menambah nasi 2 pinggan. Punyalah berselera. Masakan seperti dari dapur rumah memang terbaik. Cukup rasa, bahan-bahan yang digunakan juga segar.


Begitu juga pilihan minuman. Dari minuman panas hinggalah yang sejuk ada ditawarkan di Restoran Padangs On Wheels Damansara Utama .


Teh botol antara minuman yang popular dan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan restorann Padangs On Wheels. Minuman ini juga popular di Indonesia.


Minuman yang dapat menyejukkan tekak tentulah air kelapa. Istimewa di Restoran Padangs On Wheels Damansara Utama  ianya adalah dari buah kelapa segar.


Pencuci mulut Es Teller Special yang cukup unik dan sedap rasanya. Pertama kali saya mencuba saya cukup suka akan gabungan bahan didalam pencuci mulut ini. Ada hirisan avocado. nangka dan pelbagai lagi bersama santan kelapa yang cukup enak. Nikmati ketika cuaca panas menggandakan lagi kepuasan.


Istimewa di restoran Padangs On Wheels Damansara Utama  menawarkan pelbagai jenis dan pemanis mulut yang didatangkan setiap hari. Yup ianya  'freshly bake' dan 'homemade'. Semuanya nampak menggiurkan.


Close-up kek pilihan saya. Sangat besar juga potongan saiznya. Puas makan. di bahagian tengah terdapat creme dan serbuk biscoff yang ranggup.


Makan siap berkongsi. Saiz potongan kek agak besar. berbaloi pada harga yang ditawarkan.


Selain daripada cawangan Damansara Utama, restoran Padangs On Wheels terdapat juga di Seksyen 13 Shah Alam dan juga Subang Bistari. Jadi lepas ini kalau rindukan masakan Indonesia terutama Nasi Padang tak perlulah pergi jauh, singgah sahaja Padangs On Wheels Damansara. Memang terbaik dalam penyediaan hidangan Nasi Padang yang autentik.

Untuk lebih info dan promosi Padangs On Wheels Damansara Utama, boleh layari:-

Restoran Padangs On Wheels Damansara Utama Menyediakan Pelbagai Hidangan Nasi Padang Autentik dan Dekorasinya 'Instagrammable Spots' Yang Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 28, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya juadah makan tu. Habis ke makan tiga orang tu? Paling best rasanya teh botol tu kot sebab pernah merasa dulu

    ReplyDelete
  3. Ohh wow.... love the food varieties & also the teh botol creativity serving the drink,gonna enjoy a dine in there too. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. wow this looks like the perfect combination of cafe and delicious malay food. i cant wait to visit this place soon!

    ReplyDelete
  5. Kak bersih dan teratur restoran ni. Saya suka restoran yang macam ni. 1 dalam sejuta restoran nasi berlauk setenang camni. Nanti boleh lah datang. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. dah lama dah perati kedai ni! Memang peminât nasi padang saya ni!!! Sedapnyaaaa!

    -Afifah-
    http://fifa3290.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Cantik dan unique bah tempat makan ni! Betul la so Instagrammable and aduh, Nell nak pergi makan kat sini la! Fav Nell bah, mengidam terus

    ReplyDelete
  8. Uih, unik betul nama dia. Tapi interested betul dengan dekorasi restoran ni. Dah nampak macam bukan kedai makan pun kan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.