Review Filem : Ponniyin Selvan: I (PS -1)
Review Filem : Ponniyin Selvan: I (PS -1) - Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi tayangan preview filem Ponniyin Selvan: I (PS-1) yang telah diadakan di TGV i-City Shah Alam. Yup! Terima kasih murai dot com diatas 3 tiket yang diberikan.
Ponniyin Selvan: I (PS -1) adalah dibawah arahan Mani Ratnam. Ini meripakan filem bahagian pertama daripada dua bahagian novel yang diterbitkan pada tahun 1955, Ponniyin Selvan hasil karya Kalki Krishnamurthy.
Lebih menarik filem india epik ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat, antaranya seperti Vikram, Aishwarya Rai Bachchan, Jayam Ravi, Karthi, Trisha Krishnan, Aishwarya Lekshmi, Sobhita Dhulipala, Prabhu, R. Sarathkumar, Vikram Prabhu,Jayaram,Prakash Raj dan R. Parthiban.
Sekumpulan askar Pandya yang setia (Aabathudavigal raja Pandiyan) merancang untuk membalas dendam demi Raja mereka, Veerapandiyan, yang dibunuh dalam pertempuran oleh Putera mahkota Chola, Aditha Karikalan.
Satu pakatan di tengah malam, sekumpulan pembesar kerajaan kerajaan Chola berkumpul secara diam-diam, dengan agenda untuk merampas takhta daripada Aditha Karikalan dan meletakkan bapa saudaranya, Madurantakan, sebagai raja.
Vandiyathevan, orang kepercayaan Aditha Karikalan telah berangkat menyeberangi tanah Chola untuk menyampaikan perutusan daripada Putera Mahkota Adithya Karikalan. Kakaknya Kundavai cuba membawa kembali Arulmozhivarman untuk mewujudkan keamanan politik di negara yang kelihatan dilanda kekacauan.
Bila tonton filem ini, awalnya banyak babak yang saya juga keliru dengan wataknya. Adakah beliau seorang yang baik atau jahat. Dan watak yang dimainkan oleh Aishwarya Rai iaitu Nandini, seorang ratu Pazhuvoor dan isteri kepada Periya Pazhuvettaraiyar. Wanita licik yang banyak mengawal suaminya menggunakan kecantikannya.
Sepanjang cerita memang ada banyak lagu-lagu dan tarian hindi klasik. Dari segi busana, kawasan dalam dan luar istana memang jelas kaya dengan elemen pemerintahan India lama.
Kisah dendam, tamak, perhubungan persaudaraan serta persahabatan adalah intipati yang sangat kuat dalam naskhah imi. Sinematografi sangat cantik dan paling best semua pelakon dapat memberikan persembahan terbaik.
Review Filem : Ponniyin Selvan: I (PS -1)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 06, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...