Review Filem : Sayap Sayap Patah

Review Filem : Sayap Sayap Patah -Nicholas Saputra sosok pelakon lelaki dari negara seberang ini sememangnya cukup popular sebagai Rangga (Ada Apa Dengan Cinta 1 & 2), kini beliau muncul dalam naskhah terbarunya sebagai Aji, seorang komander dalam anggota keselamatan. Bergandingn dengan Ariel Tatum pelakon wanita berbakat juga dari Indonesia menjadikan jalan cerita Aji dan Nani ini lebih menarik didalam Sayap Sayap Patah.


Turut membintangi filem ini adalah Iwa K, Nugie, Edward Akbar, Poppy Sovia, Ariyo Wahab, Khiva Iskak, Dewi Irawan, Gibran Marten, Revaldo dan Aden Bajaj. Filem yang berdurasi 113 minit ini telah diarahkan oleh sutradara yang berbakat besar Rudi Soedjarwo.

Sinopsis Sayap Sayap Patah
Sayap Sayap Patah adalah filem aksi yang juga mempunyai elemen romantik. Mengisahkan kisah cinta pasangan suami isteri, Aji (Nicholas Saputra) yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 dan Nani (Ariel Tatum). Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas /terorisma, membuat Nani yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan. Tekanan kebimbangan keselamatan Aji membuat kandunganya bermasalah sehingga Nani terpaksa pulang ke rumah ibunya di Jakarta.


Kebahagian rumahtangga mereka dilanda dugaan apabila pada hari pertama Aji bertugas, terjadi rusuhan di penjara tempat para pengganas ditahan di Mako Brimod, Kelapa dua, Depok (kisah benar
yang berlaku pada tahun 2018 yang lalu). Situasi menjadi tegang dan mencengkam apabila Aji menjadi salah seorang anggota yang dijadikan tebusan oleh pengganas.


Dalam masa yang sama Nani bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung mereka. Kehebatan filem ini juga melalui gabungan barisan pelakon yang hebat dan watak-watak antagonis yang dibawa oleh
pelakon yang sebelum ini membawa watak baik membawa satu kelainan dan kepuasan untuk penonton.

Review Sayap Sayap Patah

Filem ini sebenarnya dapat membuka mata ramai masyarakat luar di sana tentang bahayanya pergerakan yang melibatkan ideologi tertentu. Taksub dengane sesuatu perkara yang boleh menyebabkan lebih banyak kebinasaan dan kematian yang berlaku. Inspirasi jalan cerita ini adalah daripada pergolakan yang pernah berlaku pada tahun 2018 di Indonesia yang mengorbankan 5 anggota keselamatan. Biarpun kebanyakan watak dan jalan cerita hanyalah rekaan namun disebalik itu ada banyak pengajaran yang boleh dipelajari.


Kisah Patah Patah Sayap inpirasi kejadian tragis yang menimpa Iptu Yudi Rospuji.

Menjadi seorang isteri kepada suami yang bertugas untuk negara terutama yang melibatkan keselamatan memang satu cabaran dan pengorbanan yang besar. Bekerja dengan masa yang tidak menentu, pulang dengan selamat juga belum tentu. Demi menjaga keselamatan negara.

Anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 (pasukan yang diketuai oleh Aji)

Filem ini sebenarnya banyak bermain dengan emosi. Apatah lagi dengan keadaan Nani yang sedang sarat anak pertama dan pada masa yang sama Aji mengetuai satu operasi menumpaskan sekumpulan jenayah. Kita akan terbawa-bawa dengan perasaan seorang ibu yang sering mengalami tekanan dan pada yang sama memahami dengan situasi si suami, Aji.

Ketua Kumpulan Leong bersama Rasyed

Isu pengorbanan bukan sahaja dilihat pada suami isteri, bahkan diselitikan juga dengan ertinya pengorbanan yang sia-sia. berjuang pada perkara yang kita memang jelas nampak tiada hasilnya. Contohnya menyertai militan dan sebagainya. Pengambaraan sepenuhnya di Indonesia dan sebagai warga Malaysia pastinya kita dapat belajar sesuatu dari cerita ini terutama dari segi adat menguruskan kematian dan pelbagai lagi.

Amir Masdi

Lagu tema filem Sayap Sayap Patah adalah Ku Tunggu Senyumanmu, nyanyian Amir Masdi penyanyi daripada Malaysia. Bait-bait didalam lagu ini yang menyentuh perasaaan antaranya seperti,
Banyak janji yang terucap
Masihkah tersimpan
Diruang dimana rindu
Menetap disana
Kutunggu senyummu
Senyummu jadi misteri
Yang menjajah hati
Lalu jadi teman sejati
Hadapi Misteri
Kutunggu Senyummu
Kau tunggulah aku
Persembahan semua pelakon tidak mengecewakan. Jesteru bagi mereka yang meminati filem Indonesia, bolehlah ke pawagam menonton filem ini. Oh ya! Filem Sayap Sayap Patah akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula 13 Oktober 2022 ya :-)

Review Filem : Sayap Sayap Patah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 07, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.