Ribena Anjurkan Kempen Detik Bermakna Bersama Yang Tersayang #RIBENABONDINGPLEDGE

Ribena Anjurkan Kempen Detik Bermakna Bersama Yang Tersayang #RIBENABONDINGPLEDGE- Ribena Menggalakkan Rakyat Malaysia Berikrar untuk raikan Detik Bermakna Bersama yang Tersayang Melalui Kempen Kenangan Bersama, Kekal Selamanya (Timeless Goodness, Timeless Bonds)


Kuala Lumpur, 6 Oktober 2022 – Sempena pelancaran kempen Kebaikan Sepanjang Masa, (Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign) Ribena memperkenalkan #RibenaBondingPledge untuk menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa mencipta kenangan bermakna bersama teman dan keluarga.

Kehidupan ini penuh dengan detik-detik indah yang sukar untuk dilupakan, seperti hubungan rapat antara seorang ibu dan anak perempuannya, atau saat bergurau senda bersama teman-teman – itulah yang memberikan anda rasa ketenangan, perasaan itulah yang sering kita alami, seperti ketika sedang menikmati kelazatan Ribena. Namun, dalam kesibukan kita setiap hari, saat-saat istimewa ini selalu kita abaikan.

Inilah tujuan kempen Ribena dilancarkan - bagi mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa meraikan detik-detik indah bersama walau sesibuk mana pun kita. Dengan kelazatan rasa Ribena dan kebaikan semula jadinya, ia menjadi pemangkin sempurna untuk sama-sama menyertai kempen ini.

Sasaran kempen ini adalah untuk meraikan hubungan dan detik bermakna bersama tersayang, melalui peraduan #RibenaBondingPledge yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia iaitu kredit dari GrabPay dan tiket wayang eksklusif di salah sebuah panggung wayang tercanggih negara – GSC Aurum.


Lam Hui Min, Ketua Bahagian Pemasaran, Minuman di Suntory Beverage and Food Malaysia Sdn Bhd berkata yang Ribena berharap dapat menggalakkan lebih ramai orang akan sentiasa aktif mencipta detik istimewa ketika meluangkan masa bersama satu sama lain. 

Samada bersama teman rapat, atau ahli keluarga, masa berharga yang diluangkan bersama kadang kala hanya dilalui sambil lewa sahaja dalam kehidupan seharian kita. Sebagai satu jenama yang mengutamakan masa bersama yang tersayang, Ribena amat mementingkan jalinan hubungan yang erat melalui acara yang akan dianjurkan. Kami mahu menjadikan kempen ini sebagai peluang berharga untuk membantu rakyat Malaysia menyemarakkan lagi hubungan sesama mereka”
#RibenaBondingPledge bermula pada 6 Oktober 2022 dan akan berlangsung sehingga 5 November 2022 dengan 12 pemenang akan dipilih setiap minggu sehingga kempen berakhir. Untuk sertai, apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke laman Instagram Ribena. Kemudian, rujuk kepada langkah berikut:

  1. Kongsikan pengumuman mengenai peraduan di laman Instagram Story anda
  2. Masukkan kapsyen tentang bagaimana anda berazam untuk mencipta detik-detik bermakna dengan yang tersayang
  3. Tag 3 rakan anda dan @ribenamy
  4. BONUS: masukkan gambar terbaik anda ketika meluangkan masa bersama untuk merebuthadiah utama!
Pada akhir setiap minggu, 3 pemenang akan memenangi hadiah utama: dua (2) tiket GSC Aurum Theatre (The Gardens Mall), setiap seorang. Manakala, 9 pemenang bertuah akan membawa pulang kredit GrabPay bernilai RM100. 


Ianya sungguh mudah, malah influencer kegemaran anda, Naddy Sushi dan Zahirah Macwilson juga akan turut menyertai keseronokan bersama kesayangan mereka!
Bukan itu saja! 2,000 peserta pertama yang berkongsi ikrar mereka dengan tag yang berkenaan dan hashtag menarik juga akan menerima produk Ribena bernilai RM30 dengan PERCUMA.

Kempen Kenangan Bersama, Kekal Selamanya (Timeless Goodness, Timeless Bonds) akan diadakan di
pameran istimewa- Bonding Moments Ribena, di mana terdapat koleksi foto dan kisah-kisah hubungan unik yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia setiap hari. 

Selain itu, Ribena juga akan mengacarakan pledge wall secara langsung, di mana rakyat Malaysia dialu-alukan untuk singgah dan mengambil bahagian dengan meluahkan ikrar mereka.

Hanya perlu datang bersama yang tersayang dan bawa ikrar untuk dipamerkan, dan peserta juga digalakkan untuk mengambil gambar di pledge wall dan paparkan di saluran sosial mereka dengan menggunakan hashtag #RibenaBondingPledge. Pameran ini disediakan untuk semua yang berkunjung ke GSC Starling mulai sekarang sehingga 12 Oktober 2022.

Dengan kelazatan rasa yang menyegarkan serta vitamin C yang mencukupi untuk memenuhi 100% keperluan harian anda, Ribena sebaiknya diminum sejuk – dan rasanya akan lebih enak bila dikongsi ketika meluangkan masa berharga bersama yang tersayang. 

Sama ada anda berkongsi 1L kordial dalam jag yang sejuk berais bersama keluarga anda, atau minum terus dari pek atau botol PET Ribena semasa keluar bersama kawan baik anda, Ribena sentiasa di sisi dalam berbagai bentuk yang berbeza untuk menghilangkan dahaga dan memenuhi setiap keperluan anda.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Ribena Pledge dan langkah-langkah penyertaan, log masuk ke Facebook dan Instagram rasmi Ribena di @RibenaMalaysia.

Ribena Anjurkan Kempen Detik Bermakna Bersama Yang Tersayang #RIBENABONDINGPLEDGE Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.