Jannh Steamboat & Grill Bukit Raja Klang, Pilihan Restoran Terbaik Untuk datang Makan-makan Bersama Keluarga


Jannh Steamboat & Grill Bukit Raja Klang, Pilihan Restoran Terbaik Untuk datang Makan-makan Bersama Keluarga- Seronok jika dapat makan-makan bersama orang tersayan/ apatah lagi makanan yang dinikmati itu benar-benar sedap, banyak pilihan dan juga berbaloi.. Yup! Saya memang sangat rekomen untuk korang cuba sendiri hidangan di Jannh Steamboat & Grill yang terletak di Bukit Raja Klang.


Restoran Jannh Steamboat & Grill agak luas dan besar. Bayangkan boleh memuatkan sehingga 100 pax untuk satu-satu masa. Terdapat 2 tingkat disediakan untuk ruang makan, jadi sesuai juga restoran ini dijadikan tempat acara yang lebih privasi.


Ini adalah ruang bawah. Berdekatan dengan kawasan tempat mengambil makanan.


Dan ini adalah ruang makan di bahagian atas. luas dan kemas kan.


Daging perapan kat sini semuanya sedap. Ada terikyaki, garlic honey, blackpepper dan pelbagai lagi


Hidupan laut yang cukup segar dan berkualiti. Memang puas hati.



Banyak pilihan bahan untuk steamboat memang rambang mata memilihnya.


Ada juga daging premium - daging lembu, itik, kembing dan ayam.


Tauhu kering, mee kering pelbagai jenis bahan untuk steamboat ada ditawarkan di sini.



Masakan panas yang tersedia pun ada juga. Kebetrulan pada hari saya datang ke sini ada nasi lemak, lempeng, sambal ikan bilis dan pelbagai lagi






Tidak dilupakan juga pencuci mulut seperti kek, puding, ais krim serta pelbagai lagi,


Untuk buffet memang sudah disediakan minuman free flow tapi saya buat tempahan air minuman istimewa iaitu air bandung laici. Sedap!


Sup tomyam memang sangat sedap. Tapi untuk kurang pedas, korang boleh mencuba sup ayam juga.


Sambil makan-makan kita berborak santai bersama ahli keluarga yang lain. Seronok sangat.


Di Jannh Steamboat & Gril ada menawarkan pelbagai jenis sos homemade. Saya telah mencuba 3 daripadanya. Memang puas hati makan bersama hidangan yang digril.




Sejenis seorang yang makan beria. Memang sangat berbaloi datang makan kat sini.


Makan kenyang-kenyang dengan syarat tiada pembaziran.



Seronok apabila dapat melihat anak yang begitu enjoy menikmati makanan. Daripada idangan berat, ringan dan kudapan semuanya menyelerakan/


Dan ini adalah harga yang ditawarkan:
RM58 (dewasa)
RM32 (kanak-kanak 7-12 tahun)
FOC (kanak-kanak 6 thn ke bawah)

Sekarang ada promo diskaun 10% sehingga hujung bulan Disember 2022. Manakala untuk anak2 yang sambut hari kelahiran sepanjang tempoh bulan promosi makan adalah PERCUMA. Sah laku 3 hari sebelum atau selepas tarikh lahir ❤️


Jom bawa keluarga ke Jannh Steambot & Gril, restoran ini dibuka setiap hari dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Kawasan parkir cukup banyak jadi kita tidak perlu risau jika datang dengan banyak kenderaan ke sini.

Orang kata kenyang perut senang hati,
Jannh Steamboat & Gril pilihan famili.


Jannh Steamboat & Grill Bukit Raja Klang, Pilihan Restoran Terbaik Untuk datang Makan-makan Bersama Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 19, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. restaurant ni muslim owner k? sbb sy msj yg reply chinese lady... agak was2 di situ. takut owner dia non muslim dan mempergunakan staff dan customer melayu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.