Jenama Produk Kecantikan Korea, Glutanex meraikan pelancaran di Malaysia bersama Duta Jenama, Song Ji Hyo

Jenama Produk Kecantikan Korea, Glutanex meraikan pelancaran di Malaysia bersama Duta Jenama, Song Ji Hyo- Glutanex, pelopor dalam bidang pencerahan dan pemutihan kulit, dilancarkan pada hari ini sekali gus menjadi jenama produk kecantikan Korea atau lebih dikenali sebagai produk K-Beauty yang terbaharu di pasaran Malaysia. Sempena penceburannya ke pasaran negara ini, duta jenama Glutanex dan peserta rancangan realiti Running Man kegemaran ramai, Song Ji Hyo telah hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran di Centre Court, Tingkat CC, Tropicana Gardens Mall.


Song Ji Hyo kelihatan mesra melayan peminat yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran jenama Glutanex yang terkenal kerana keupayaannya untuk menyerikan, menyihatkan, mencerahkan dan melembapkan kulit wajah! Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan untuk penyertaan peminat dan pengunjung, termasuk permainan seperti Batu Seremban, Mesin Angin Tangan, Putar Roda, mainan Korea – Ddakji dan serta ceramah oleh pakar perubatan kecantikan yang memberikan maklumat bermanfaat.



Peminat K-Beauty kini boleh mendapatkan produk Glutanex, yang sebelum ini hanya boleh didapati menerusi saluran e-dagang, terus dari rak kedai farmasi runcit Malaysia, bermula dengan gedung-gedung Watsons yang turut serta. Glutanex dijangka akan mengubah haluan dalam dunia kecantikan Korea, dengan ‘glutathione’ sebagai ramuan utama. ‘Glutathione’ ialah antioksidan kuat yang boleh didapati untuk mencerahkan kulit, menentang penuaan dan menjaga kesejahteraan kulit. Dengan menyekat pembentukan melanin pada kulit, ‘glutathione’ menjadikan wajah cerah dan cantik
berseri.
Kecantikan sejati adalah apabila anda rasa yakin dengan diri anda sendiri. Di Glutanex, misi kami adalah untuk memperkasakan anda supaya anda merasa yakin dengan kulit anda sendiri. Produk kami yang inovatif dirumus rapi dengan ‘glutathione’ gred perubatan bukan sahaja untuk memastikan keberkesanannya mencerahkan dan memutihkan kulit tetapi juga lembut sekalipun pada kulit sensitif 
kata Hyun Yoo-Jin, Pengarah Perniagaan Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Nexus Pharma Co., Ltd.


Pelbagai Produk untuk Amalan Penjagaan Kulit Harian

Sama ada anda dalam usia awal dua puluhan yang mencari gaya tersendiri anda, atau anda seorang wanita berkerjaya yang perlu mengekalkan keremajaan wajah anda, Glutanex menawarkan pelbagai produk yang boleh disesuaikan dengan keperluan kulit anda:


Glutanex Glow Balm
Serikan kulit anda di mana-mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa, dengan Glutanex Glow Balm. Diperbuat dengan glutathione, minyak seaberry dan peptida, balsam ini melembapkan, menggebukan dan menyerikan kulit anda dengan serta-merta. Ia juga mengurangkan kedutan dan mencantikkan warna kulit. Hanya sapukan pada pipi, dahi, leher atau bawah mata pada bila-bila masa kulit anda memerlukan kesentuhan belaian sewaktu dalam perjalanan.

Dengan bekas kompak seringan 9g, Glutanex Glow Balm mudah dibawa ke mana-mana, sesuai untuk perjalanan dan mudah digunakan – sekalipun pada kulit yang bersolek!

 Diuji oleh pakar dermatologi – sesuai untuk kulit sensitif
 Terbukti secara klinikal dapat membaiki keanjalan kulit, menjadikan kulit lembut dan halus dalam masa 3 minggu


Glutanex Aqua Booster
Glutanex Aqua Booster ialah krim penghidratan kulit muka yang menyamankan dan melembapkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan tegang, dan kulit suram. Tekstur yang ringan memberi kesan penyejukan pada kulit untuk mempercepat dan mempermudah penyerapan.

Dengan molekul Asid Hialuronik lebih kecil, ia membolehkan rintangan kulit memerangkap lembapan dengan berkesan untuk penghidratan lebih mendalam. Glutanex Aqua Booster juga dirumus dengan nutrien seperti DNA natrium yang membantu penjanaan semula dan pembaharuan kulit.

 Diuji oleh pakar dermatologi – sesuai untuk kulit sensitif
 Terbukti secara klinikal dapat melegakan kerengsaan kulit selepas 1 kali guna


Glutanex Snow White Cream
Untuk mereka yang mengalami masalah kulit termasuk kesuraman warna kulit, pigmentasi, kecelaan dan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut dan bergaris-garis halus, Glutanex Snow White Cream menawarkan penyelesaian.

Sebagai krim pemutih dan penyegar kulit muka, ia dirumus untuk mengekang melanin dan mencerahkan kulit. Diperbuat daripada antioksidan sama seperti yang digunakan dalam rawatan perubatan termasuk glutathione dengan keupayaan pencerahan dan antioksidannya, asid tiotik yang melambatkan penuaan dan Vitamin C untuk menyihatkan kulit. Sebagai krim yang mencerahkan dan menyerikan kulit,  Glutanex Snow White Cream mempunyai tekstur tidak melekit yang boleh digunakan dengan selesa selepas membersihkan muka danmenggunakan penyegar pada waktu pagi.


Glutanex Night Serum
Glutanex Night Serum membaiki dan membelai kulit anda semasa anda tidur. Ramuan utamanya termasuk glutathione iaitu antioksidan pencerah kulit, kolagen untuk keanjalan dan penghidratan, serta vitamin untuk kesihatan kulit. Glutanex Night Serum mempunyai formula teraktif suhu yang memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk untuk menjamin kesan penenangan dan penghidratannya. Jika kulit anda kering pada waktu malam dan pagi, serum ini sesuai untuk anda. Rasai perbezaan pada kulit anda apabila anda bangun pagi!


Glutanex Cica Cream

Sesuai digunakan sebagai krim selepas rawatan dermatologi, Glutanex Cica Cream berkesan melegakan keradangan dan melembutkan kulit sambil menguatkan rintangan kulit. Diperbuat daripada empat ramuan utama; glutathione pemutih yang mencerahkan bahagian kulit gelap, Centella Asiatica
(Rumput Harimau) untuk memberikan kesan penenang dan menguatkan rintangan kulit, Faktor Pertumbuhan Epidermis yang menggalakkan penyembuhan luka in-vitro, dan juga ekstrak telur Salmon (PDRN) untuk kesihatan sel-sel kulit. Glutanex Cica Cream terbukti secara klinikal bersifat hipoalergenik (tidak menimbulkan alahan) yang biasa digunakan di klinik sebagai krim selepas rawatan.

Jom ke jerayawara pelancaran Glutanex yang berlangsung dari sekarang hingga 13 November 2022 untuk menemui Kecantikan Sejati anda Berpacukan Keyakinan di Centre Court, Aras CC, Tropicana Gardens Mall.



Untuk maklumat lebih lanjut tentang Glutanex dan produk kecantikannya, sila ke laman
http://glutanex-malaysia.com atau https://www.instagram.com/glutanex.my.official/.


Jenama Produk Kecantikan Korea, Glutanex meraikan pelancaran di Malaysia bersama Duta Jenama, Song Ji Hyo Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 11, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.