Pembukaan Butik As Hijab di Nu Sentral
Pembukaan Butik As Hijab di Nu Sentral- Peminat tudung As Hijab pasti teruja. Kini butik As Hijab sudah dibuka di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di Nu Sentral. Satu majlis pelancaran pembukaan telah diadakan pada 26 November 2022 dengan dihadiri pengasas As Hijab sendiri iaitu Dato' Aliff Syukri bersama isteri Datin Shahida.
Butik yang terletak di tingkat 3 ini berdekatan dengan Food Court Nu Sentral. Di hari pembukaan pelbagai promosi barangan termasulkah jenama As Hijab yang ditawarkan pada harga promosi. Bayangkan diskaun yang diberikan sehingga 80%. Memang sangat murah dan berbaloi.
Saya secara perbadi sangat sukakan konsep yang diperkenalkan didalam butik As Hijab ini. Rekaan minimalis, tersusun kemas dan mudah untuk pengunjung memilih serta membuat carian barangan yang mereka mahukan.
Di majlis pelancaran turut ada persembahan dari artis
cilik, Fashion Show koleksi tudung As Hijab dan juga jamuan ringgan. Diberikan juga hadiah percuma untuk 50 pengunjung
terawal.
Lebih menarik di hari pelancaran butik ini diadakan cabutan bertuah. Pengunjung yang membeli dari butik As Hijab berpeluang menyertai cabutan bertuah yang ada menawarkan pelbagai hadiah barangan elektrik yang cukup menarik.
Ada pelbagai fesyen Muslimah yang ekslusif terdapat di As Hijab, antaranya seperti Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan
juga Bawal Swarovski. Semua rekaan direka khas dan memenuhi citarasa terutama hijabista di Malaysia.
Apa yang lebih penting biarpun rekaannya esklusif tetapi harganya tetap marhaen. Jom tambah koleksi dalam penggayaan tudung dapatkannya dari koleksi As Hijab di Nu Sentral.
Facebook : As Hijab Official
Website : www.aslegacygroup.my
Pembukaan Butik As Hijab di Nu Sentral
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 28, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...