Promosi Bulanan di Hotel Premier Klang: Gulai Ikan Patin Tempoyak dan Mee Udang Muar


Bagi  mereka yang meminati masakan gulai ikan patin tempoyak dan mee udang muar bolehlah singgah di Hotel Premier yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Hotel yang bertaraf 4 bintang ini sentiasa mengadakan promosi bulanandengan menawarkan pelbagai hidangan yang menarik.


Disediakan oleh Chef Eksekutif  Noor Hisham dan pasukan kulinari Hotel Premier Klang, Ditawarkan kedua hidangan ini dalam bentuk persembahan yang cukup menarik dan hanya dimasak apabila ada permintaan daripada pelanggan yang hadir.


Gulai Ikan Patin Tempoyak didatangkan bersama dengan nasi putih, telur asin, sayur acar, sambal belacan dan keropok ikan. Gulai Ikan Patin Tempoyak berharga RM36 untuk setiap set.


Mee Udang Muar. Mee kuning dimasak sebentar bersama kuah udang. Pastinya hadir dengan udang segar yang besar, ayam, kek ikan dan telur rebus. Harga ditawarkan RM36 setiap set.




Promosi ini hanyalah untuk bulan November dan Disember 2022  

Review dari saya:

Gulai Ikan Patin Tempoyak
Dari segi rasa : ⭐⭐⭐
Persembahan : ⭐⭐⭐⭐⭐

Mee Udang Muar :
Dari segi rasa : ⭐⭐
Persembahan: ⭐⭐⭐⭐





Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 3325 6828 / 03-3325 6800 atau e-mel ke fnb@premiere-hotels.wct.my atau Whatsapp ke 012 449 6258.
Promosi Bulanan di Hotel Premier Klang: Gulai Ikan Patin Tempoyak dan Mee Udang Muar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 09, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.