Sabun Mandian Epik Jenama Parrot Botanicals Harumannya Kekal Berpanjangan, Kulit Semakin Berseri-seri
Boleh dikatakan sabun buku Parrot yang berwarna hijau merupakan sabun yang cukup 'legend' kerana ianya sudah berada di pasaran bertahun-tahun lamanya. Yup! 70 tahun lamanya didalam industri yang mana bermulanya dari negeri Thailand.
Kini sabun jenama Parrot bukan sahaja ada berwarna hijau bahkan mempunyai varian yang lain juga. Paling penting semuanya sangat wangi. Haruman yang cukup menyegarkan dan membangkitkan rasa yang cukup bersemangat setiap kali selepas mandi.
Untuk info sabun mandian Parrot diformulasi daripada haruman botani asli dari Thailand yang digabungkan bersama minyak herba tradisional. Selepas menggunakannya haruman akan bertahan sehingga 8 jam lamanya. Jadi tidak hairanlah jenama Parrot merupakan jenama no 1 di Thailand yamg menawarkan kesegaran botani asli.
Jenama Parrot ini juga telah mendapat Anugerah produk premium Thailand dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri yang merupakan penganugerahan daripada Kementerian Industri Thailand
Sabun mandian jenama Parrot kini didatangkan dengan 2 versi iaitu Krim Mandian Botani Parrot dan juga Sabun Buku (bar soap) Botani Parrot.
Krim Mandian Botani Parrot
Saya telah mencuba 3 varian dari jenis krim mandian ini iaitu Thai Botanicals, White Thanaka dan White Sakura. Ketiga-tiga krim mandian ini bersaiz 500 ml.
Thai Botanicals
Harumah segar yang cukup unik dengan formulasi Flora Nanaphan yang sempurna. Ianya boleh dikaitkan dengan pesona penggunanya yang bersifat klasik dan elegan. Jika dulu kita hanya mempunyai sabun buku (bar soap) kini turut hadir dalam bentuk cecair.White Tanaka
Memberi wangian segar semulajadi dengan nilai tanaka putih. Menjadikan kulit lebih licin dan berseri-seri. Haruman kasual lembut dan segar berpanjangan sehingga 8 jam lamanya. Sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif.
White Sakura
Haruman bunga sakura yang meninggalkan haruman yang cukup wangi. Ianya juga boleh menjadikan kulit berseri-seri. Haruman yang cukup lembut sesuai untuk mereka yang berjiwa romantis dan fieminin.
Sabun Buku (Bar Soap) Botani Parrot
Untuk sabun buku saya telah mencuba varian Thai Botanical & Herbs, Thai White Jasmine, White Sakura, White Thanaka dan Sweet Pink Roses. Didatangkan dalam berat 70g.
Thai Botanical & Herbs (sabun lagenda)
Thai White Jasmine
White Sakura
White Thanaka
Sweet Pink Roses.
Sabun mandian Parrot ini sememangnya sangat epik . Saya dapat lihat perbezaannya sebelum dan selepas menggunakannya.
Kulit badan bukan sahaja lebih lembut bahkan berseri-seri. Untuk sabun buku (bar soap) memang tahan lama penggunaannya. Memang jimat banyak terutaam vagi saya yang mempunyai ramai ahli keluarga yangtinggal didalam satu rumah.
Begitu juga dengan mandian Shower Cream Thai Botanicals. Didatangkan dalam pembungkusan yang cukup praktikal. Hanya tekan sahaja di bahagian penutup di atas, jadi kita boleh kawal amaun sabun yang kita mahukan.
Apabila dicampurkan dengan sedikit air, akan kelihatan buh-buih yang cukup lembut memudahkan pembersihan ke seluruh kulit badan. Harumannya cukup wangi dan menenngkan. Selepas penggunaan kita akan terasa kulit begitu lembut dan badan terasa segar.
Semua sabun varian Parrot kini sudah berada di Malaysia. Ianya boleh didapati di semua hypermarket, pasaraya, kedai serbaguna, pasar mini dan juga boleh membuat pembelian di atas talian.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
@parrot.natural official - IG : https://www.instagram.com/parrot.natural/
Sabun Mandian Epik Jenama Parrot Botanicals Harumannya Kekal Berpanjangan, Kulit Semakin Berseri-seri
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 10, 2022
Rating:
menarik :)
ReplyDeleteNie memang betul2 menggamit memori semasa kecil nie. Nak cari la kelak mandian dia, mesti wangian macam dulu kan
ReplyDeletePatutla dulu nenek saya pun bau wangi je, rupanya memang dia pun pakai sabun ni. Semerbak bau.
ReplyDeleteKenapa nad baru tau erk sabun ni.. Lama dh erk kat pasaran. Pink tu menarik la
ReplyDeleteI m using this range too, my mom and me love the sweet and refreshing scent
ReplyDeleteDah lama tak guna brand ni tau. Tak tahu dah ada yng jenis cecair pulak. Nanti nak survey balik la. Selalu ddy nya nak belikan mandian. Memang pakai je. Hahaha..
ReplyDeleteI recognized the famous green soap of this brand & now they have shower cream, I'm heading to grab & try it soon. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteFirst time dgr jenama ni tentu harum semerbak
ReplyDeleteSaya suka sabun mandi yang banyak buih dan wangi nanti boleh cuba sabun nih
ReplyDelete