TIARA SENDAYAN PROJEK PENJUALAN TERBAIK MATRIX CONCEPTS
TIARA SENDAYAN PROJEK PENJUALAN TERBAIK MATRIX CONCEPTS-Membeli aset seperti rumah kediaman merupakan satu pelaburan jangka panjang yang cukup
berbaloi. Apatah lagi rumah kediaman yang terletak di kawasan perumahan yang dilengkapi
dengan pelbagai fasiliti serta akses. Antara projek perumahan yang sentiasa mendapat
perhatian dan jualan terbaik tentulah Tiara Sendayan. Jom kita lihat mengapa Tiara
Sendayan merupakan projek penjualan terbaik bagi Matrix Concepts!
Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju Matrix
Concepts Holdings Berhad. Pencapaian projek di Tiara Sendayan amat mengagumkan.
Bayangkan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima
cukup menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul
pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge
Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market
Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan banyak lagi.
Selain dari memenangi pelbagai pencapaian, faktor lain yang membuatkan Tiara Sendayan
merupakan projek penjualan terbaik adalah kerana Tiara Sendayan telah berjaya membina
dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik Tiara Sendayan. Ini telah memberi
kepercayaan kepada pembeli akan datang untuk memiliki Tiara Sendayan dan menjadi
sebahagian dari komuniti ini.
Aksesabiliti & Kemudahan Yang Hebat
Tiara Sendayan terletak di Seremban, mempunyai akses seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan
KLIA Expressway. Selain itu, perbandaran moden Tiara Sendayan ini juga terletak di
kawasan yang begitu strategik iaitu berada di Malaysia Vision Valley dan semestinya akan
meningkatkan nilai aset pembeli.
Kemudahan seperti taman rekreasi yang tersedia seperti Sendayan Green Park yang
mempunyai pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan, pusat Pendidikan dari sekolah rendah
hingga ke sekolah menengah juga tersedia. Malahan, pusat komersil juga tidak jauh dari
Tiara Sendayan. Ini membuatkan penduduk di Tiara Sendayan sangat mudah untuk beriadah
dan menjalankan aktiviti harian.
Disediakan juga rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya pelbagai aktiviti seperti
kolam renang saiz olimpik, spa, gim, kedai makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan
Tiara Sendayan akan mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini selama 5 terma.
Bukan itu sahaja, X-Park Sendayan yang merupakan akitiviti luar terbesar di NS dengan
tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur seperti go-kart, paint ball,dan pelbagai
lagi menjadi faktor Tiara Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.
12 Ekar Central Park Lengkap di Bina untuk Aktiviti Beriadah
Selain itu, di dalam Tiara Sendayan sendiri terdapat Central Park yang berkeluasan 12 ekar,
dikelilingi tasik dan pepohon hijau yang cukup memberi ketenangan untuk ahli keluarga
menghabiskan masa bersama-sama. Kita boleh berjoging, bermain layang-layang, berkhelah
dan sebagainya.
Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan kat sini termasuklah gelanggang futsal,
gelanggang bola keranjang, gim, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging
dan laluan refleksologi. Senang semua dah ada dah kan.. menarik betul!
Tiara Sendayan Dibina Untuk Keselesaan Keluarga
Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888. Kediaman
ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x
70’) kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta
selesa untuk didiami. Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara
Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web
https://tiarasendayan.com
TIARA SENDAYAN PROJEK PENJUALAN TERBAIK MATRIX CONCEPTS
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 25, 2022
Rating:
Memang menarik dan berbaloi beli rumah kat Tiara Sendayan
ReplyDeleteBanyak kemudahan yang ada kat Tiara Sendayan nie, rumah pun luas dan selesa. Memang berbaloi kalau nak beli..
ReplyDeleteTiara sendayan ni tempat die memangbwst dekat ngan lapangan terbang, boleh la nnt ari2 terbang.
ReplyDeletePergh, bukan setakat kemudahan lengkap dekat Tiara Senadayan ni, taman dia luas. Memang sesuai untuk berkeluarga. betul berbaloi ni
ReplyDeleteLove the beautiful environment with lots of good facilities available, a nice home to own it. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteTerpikat dengan kemudahan serba lengkap yang ditawarkan... ada suasana hijau lak tu.. best best!
ReplyDeleteMenarik sbb lokasi dia dekat Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!
ReplyDeleteThis appears to be a good housing project thanks to its ideal strategic location as well as the myriads of available facilities. Thanks for sharing.
ReplyDeleteRumah idaman sangat ni hehehe bila lah nak dapat duduk rumah mewah cantik macam ni boleh cucuk tanam kawasan luas..
ReplyDeleteMmg kawasan kejiranan yg sesuai untuk membina keluarga kita 🏘️
ReplyDeleteEhhh jap kita ke? 🤭👉🏽👈🏽
Awee best nyer memang selesa dan lengkap tinggal kat sana
ReplyDeletelove this area so much. everything was so perfect.
ReplyDeletebila tengok kediaman kat Sendayan memang rasa teruja pula. Nampak best sangat!
ReplyDeleteNell suka la rumah kat Tiara Sendayan ni.. hopefully launching nanti sempat lagi untuk Nell prepare to invest another home sweet home.. teringin nak ada landed property juga bah...
ReplyDelete