5 Gaya Persalinan Hebat Dari Shein Penutup Tirai Tahun 2022

Disember datang kembali, lantas membawakan perkhabaran saat paling menggembirakan setelah berhempas pulas bertugas seharian di pejabat mahupun dari rumah. Demikian, bahang sambutan perayaan Hari Natal juga semakin dirasai dengan kehadiran kilauan dekorasi pusat membelibelah serta kediaman yang mula menghadirkan seri nuansa Krismas. 


Tambah lagi, berkumandangnya lagu karol Krismas yang ternyata membingkaskan kebahagian dalam meluangkan masa membeli hadiah buat teman juga orang yang tersayang.

Dalam menuruti musim percutian hujung tahun ini, SHEIN membentangkan Koleksi Holiday 2022 yang menampilkan suntingan persalinan bergaya buat pelanggan setia jenamanya agar tampil lebih berseri Disember ini. Buat anda yang masih tercari-carikan ceraian pakaian untuk digayakan sepanjang musim percutian di hujung tahun ini, SHEIN sedia membantu dalam menemukan gaya idaman.

Setelah beberapa tahun terkurung meraikan Hari Natal bersendirian di rumah, pasti ramai yang kembali teruja untuk menyarungkan persalinan baharu lagi menawan buat tahun ini. Bagi pihaknya, SHEIN berbesar hati untuk mempersembahkan pelbagai gaya untuk anda termasuk persalinan kilauan labuci berwarna-warni, blazer bulu tiruan, cetakan mod nan sofistikated. Juga tampil sama ceraian pakaian anggun dari kulit yang sesuai untuk dipadankan buat sebarang majlis sosial.

Berikut adalah gaya penampilan terbaik yang membuatkan mata yang memandang tidak berkelip kala melihat anda.

Perincian Mewah Kot Bulu Palsu (Glam Princess Style)


Untuk persalinan yang terbias mewah, gayakan kot bulu palsu bersama dress berpotongan fit atau padanan top dan skirt dengan aksesori nuansa metalik; seperti clutch dan cermin mata hitam, serta but bertumit tinggi paras lutut bagi menyempurnakan seri gaya glamor ini.

Blazer Liburan Sempurna (Smart Chic)



Tiada apa yang bakal menyerlahkan penampilan anda selain padanan blazer yang sempurna. Dilapisi di atas crop top atau dress kegemaran, padanan blazer statement ini bakal menyuntik aura yang menawan bila digandingkan bersama clutch, aksesori serta kasut bernada klasik. Gaya versatil ini bakal mendorong kehadiran anda dari majlis sosial bersama teman sepejabat terus berpesta riang di malam hari di kota. Namun, jika anda mahu membangkitkan serinya lagi, padankan dengan celana sut dari baldu berwarna terang!

Gantikan Celana Formal Dengan Gaya Kargo (Double Denim Look)


Seluar kargo terlihat di mana-mana sahaja saat ini. Demikian, trend ini bakal kekal sehingga tahun berikutnya yakni pada tahun 2023. Bagi memperagakan suntingan gaya double denim ini untuk liburan di majlis sosial, padankan saja seluar jeans berpotongan longgar bersama rompi atau cropped top. Kemudian, lengkapi gaya ini dengan kasut bertumit tebal, aksesori berkilau berserta dandanan rambut juga solekan bernada glamor. Lapisi sepersalinan bersama kot berwarna terang buat sentuhan akhir.

Suntikan Siluet dan Cetakan Lantang (The Rock Glamour Era)


Setelah bertahun-tahun menyarungkan persalinan yang konservatif, era 60-an mendorongkan gaya serta energi yang lincah. Lantas, menyorongkan kembali semangat dalam mengekspresikan diri menerusi ceraian pakaian. Terutamanya saat musim perayaan di hujung tahun menerjah. Koleksi Holiday 2022 SHEIN merangkumi semua jenis estetika dari tahun 60-an, daripada nuansa hippie kepada mod, sehingga youth quake yakni gaya yang lebih bersemangat, seksi, berinspirasikan budaya pop dan rock glamor.

Gaya Sweater Tidak Begitu Jelek (Cosy Holiday Look)


Peribadikan trend “ugly sweater”, namun pastikan anda masih tampil bergaya. Sama ada berparti di rumah atau melangkah ke pejabat; atau sekadar mahu membangkitkan aura persalinan harian agar lebih menyeronokkan, SHEIN mempunyai seleksi pilihan baju sejuk Krismas untuk digayakan sepanjang musim percutian hujung tahun ini.

Sama ada digayakan secara sendirian atau dipadankan bersama gabungan ceraian pakaian lainnya, Koleksi Holiday SHEIN 2022 tampil memberikan pelbagai gaya yang sempurna buat anda mengembaradi hujung tahun ini.

Tambahan, tepat pada masanya untuk pelancaran Koleksi Holiday SHEIN, SHEIN turut melancarkan beberapa promosi untuk Jualan Mega 12.12 Akhir Tahun dengandiskaun sehingga 90%. Pelbagai variasi top dan aksesori, termasuk rekaan pereka tanah air; dipaparkan menerusi kedua-dua laman web juga aplikasi mudah alih SHEIN.

Layari https://my.shein.com/, atau lewati akaun Facebook dan Instagram SHEIN Malaysia untuk menyemak suntingan gaya gerobok fesyen idaman anda. Muat turun aplikasi SHEIN Malaysia di App Store dan Google Play bagi mengetahui perkembangan terkini SHEIN untuk tahun 2023 dan seterusnya.

Tentang SHEIN
Ditubuhkan pada 2012, SHEIN ialah peruncit dalam talian global terkemuka dengan operasi di Guangzhou, Singapura dan Los Angeles, bersama-sama dengan pasaran utama yang lain. SHEIN menjangkau pengguna merentasi lebih 150 negara dan wilayah di seluruh dunia. Kami meletakkan pilihan premium, membawakan lebih daripada 6,000 produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup baharu setiap hari dengan lebih daripada 600,000 item tersedia. Misi kami adalah untuk membantu umum dalam mengekspresikan keperibadian melalui trend terkini yang mudah diakses dalam harga berpatutan. Aplikasi SHEIN tersedia secara percuma pada iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lihat laman web rasmi SHEIN (https://my.shein.com/) dan saluran media sosial (Facebook | Instagram | TikTok |Twitter | YouTube)
5 Gaya Persalinan Hebat Dari Shein Penutup Tirai Tahun 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 13, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.