LAUNDRYBAR TERUS MELANGKAH KE DEPAN, LANCAR MESIN LAYAN DIRI MODEN ‘DUA DALAM SATU’
SENADA dengan peredaran semasa yang semakin pantas, City Coin Laundry Sdn. Bhd (Laundrybar) memperkenalkan dua mesin dobi layan diri terbaharu yang lebih menjimatkan masa bagi kegunaan semua pelanggan.
Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Paul Ang secara rasminya hari ini memperkenalkan dua mesin layan diri moden dua dalam satu, yang dikenali sebagai IPSO dari Amerika Syarikat dan TOSEI dari Jepun.
Menurut Paul, Laundrybar akan terus mengikut kehendak semasa dan masyarat dalam menyediakan perkhidmatan layan diri yang terbaik di Malaysia.
Sempen hari yang baik ini, saya dengan sukacitanya ingin memperkenalkan dua mesin layan diri moden terbaharu yang lebih menjimatkan masa kerana ianya berfungsi dua dalam satu.
Malah penggunaan gas kurang 20 peratus berbanding dengan mesin-mesin layan diri sebelum ini. Dan paling istimewa adalah Laundrybar merupakan pengedar eksklusif bagi dua mesin layan diri terbaharu ini,
jelasnya dalam satu kenyataan selepas pelancaran Mesin Layan Diri Moden sempena Gala Night Dinner City Coin Group di ibu negara hari ini.
Sementara itu, Paul terus menggalakkan pemegang francais bagi mempromosikan kepada masyarakat memandangkan perkhidmatan mesin moden ini mampu memberi manfaat yang berguna, terutama sekali dari segi masa.
Walaubagaimanapun pengguna mesin layan diri di Malaysia lebih rendah, hanya lima peratus sahaja dan ia sekaligus menjadikan peluang pasaran untuk perkhidmatan ini lebih besar berbanding di negara lain seperti Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat.
Dalam masa sama, kita mesti bangga dan tunjukkan hanya satu jenama sahaja (Laundrybar) yang berjaya melebarkan francais ke pasaran luar negara yang kini telah mempunyai 200 cawangan
Dalam pada itu, Paul turut menzahirkan penghargaan kepada semua pemegang francais yang terus mempercayai jenama ini.
Malam meraikan penghargaan kepada semua di atas usaha yang berterusan dari semua pihak. Teruskan bersama kami
Seramai 300 pemegang francais hadir memeriahkan Gala Night Dinner City Coin Group ini Antara tetamu terhormat yang turut hadir adalah Presiden Malaysian Franchise Association (MFA) Dato’ Dr Radzali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Mazlan Ibrahim, wakil TOSEI Masakazu Nomura dan lain-lain lagi.
LAUNDRYBAR TERUS MELANGKAH KE DEPAN, LANCAR MESIN LAYAN DIRI MODEN ‘DUA DALAM SATU’
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 17, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...