Banyak yang kita perlu belajar dari setiap insiden yang berlaku. Apa yang penting tahun baru kita mulakan dengan sesuatu yang baru. Kita raikan dengan cara sederhana tapi cukup bermakna, bersama harapan tahun 2023 lebih banyak kisah-kisah manis yang hebat dan cemerlang buat negara kita.
Pada tahun ini, CITTA Mall juga telah berkaloborasi bersama Lions Club of Sunway Damansara Metro bagi mendapat kutipan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Selain itu setiap kutipan derma dari pengunjung di Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall akan terus disalurkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara.
Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall
Setelah 2 tahun, tiada pesta tahun baru diadakan di Citta Mall. Kini bagi membuka lembaran baru. Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall bakal dianjurkan pada hari Sabtu 31 Disember 2022. Walaupun tahun ini tidak diadakan persembahan bunga api. Namun terdapat ramai artis Malaysia yang hadir membuat persembahan.

Antara yang hadir kumpulan underground Lost Radio serta selebriti hebat yang lain seperti Hazami, Dina Nadzir, 6ixth Sense dan Baki Zainal. Sepanjang acara akan diselang-selikan dengan persembahan tarian K-street oleh kumpulan tarian K-Pop tempatan. Nak tahu siapa, kena datanglah ke Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall.
\
Hazami
Baki Zainal
Dina Nazir
Ini sebagai tanda terima kasih kami kepada orang ramai yang telah menyokong CITTA Mall dalam melaui masa yang terbaik dan juga ketika masa paling teruk,
John Tam, Pengurus Besar untuk CITTA Mall.
Pesta NYE CITTA Mall bermula pada 8:00 malam, namun begitu pengunjung digalakkan untuk tiba awal bagi mendapatkan tempat menonton yang lebih hebat iatu berdekatan dengan pentas.Beberapa kedai F&B CITTA Mall juga akan dibuka sehingga lewat malam bagi memenuhi keperluan orang ramai mungkin kelaparan selepas persembahan.
Meraikan tahun baru di CITTA Mall adalah satu alternatif terbaik terutama buat penduduk kejiranan tanpa mereka perlu untuk keluar meraikannya di kawasan yang jauh dan mengambil masa untuk ke tempat tersebut. Pastinya Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall dapat memberi rasa kegembiraan dan keselesaan.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati halaman Facebook CITTA Mall di https://www.facebook.com/CITTMall.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati halaman Facebook CITTA Mall di https://www.facebook.com/CITTMall.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...