Produk Cap Lang Pilihan Keluarga Untuk Kurangkan Lenguh Badan dan Kegatalan

Produk Cap Lang Pilihan Keluarga Untuk Kurangkan Lenguh Badan dan Kegatalan Sebagai ibu memang saya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan terutama dari segi penjagaan anak-anak. Apatah sekarang ini dalam keadaan cuaca tidak menentu, anak juga mudah jatuh sakit terutama penyakit serangkai seperti demam, selsema dan batuk.


Semestinya saya sudah bersedia dengan produk-produk keluaran Cap Lang yang sememangnya menjadi pilihan keluarga bergenerasi lamanya. Dari minyak kayu putih, minyak kayu putih, balsem otot, minyak telon, minyak angin yang semua produk ini memang menjadi satu keperluan.


Cap Lang merupakan jenama penjagaan kesihatan pengguna yang popular. Ia menawarkan pelbagai rangkaian produk seperti minyak angin, minyak kayu putih, minyak telon untuk bayi dan semburan disinfektan

Dalam banyak-banyak produk Cap Lang, keluarga saya memang pengguna tegar. Minyak Angin Cap Lang dan juga Balsem Otot Cap Lang.


Minyak Angin Cap Lang


Minyak Angin Cap Lang diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti minyak kayu putih (eucalyptus oil) dan mentol. It memiliki aroma herba semulajadi yang segar dan menyenangkan. Sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sakit otot, sakit sendi, arthritis, ketegangan, terseliuh, sakit kepala atau sakit perut.

 

Hanya sapukan sedikit

Saya juga akan meletakkan Minyak Angin Cap Lang ini sevagai remedi sekiranya anak-anak mengalami rasa gatal-gatal disebabkan gigitan seranggan dan nyamuk.

Berkesan mengurangkan kegatalan

Saya juga akan meletakkan Minyak Angin Cap Lang ini sebagai remedi sekiranya anak-anak mengalami rasa gatal-gatal disebabkan gigitan serangga dan nyamuk.

Aroma minyak kayu putih memang memberi kelegaan
Teksturnya cecair berwarna hijau jernih. Sangat mudah di sapu di bahagian yang sakit atau gatal. Paling penting ianya cepat melegakan. Kehangatan dari formulasi minyak kayu putih ini dapat mengurangkan kesakitan seterusnya memberi rasa keselesaan.


Balsem Otot Cap Lang


Balsem Otot Cap Lang ini remedi paling terbaik dalam memberi kelegaan terutama jika mengalami sengal-sengal ringan, sakit otot sendi, sakit belakang dan kondisi reumatik. Ianya mempunyai kesan haba berganda untuk pemanasan badan.

Tekstur balsem yang ringgan dan jernih

Teksturnya agak ringgan dan berwarna putih jernih. Mempunyai aroma seakan minyak angin tetapi lebih kuat sedikit aromanya.


Ambil sedikit sahaja

Cara penggunaan hanya ambil sedikit dan sapu pada bahagian yang mengalami kesakitan. Boleh ulangi 2-3 jam kemudian jika perlu.

Berangin dan melegakan

Seperti suami saya memang kerap mengalami masalah sakit belakang. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan beliau yang perlu memandu jauh ke tempat kerja setiap hari. Jadi setiap kali beliau mengadu rasa sengal-sengal otot bahagian belakang badan, saya akan menyapu sedikit di bahagian tersebut.

Kesannya beliau berasa lega, tidak lagi mengalami masalah lenguh-lenguh di kawasan tersebut.


Produk-produk Cap Lang memang terbaik. Ianya juga terbukti selamat digunakan ke atas semua kulit. Sebagai pengguna tetap produk ini, saya memang sangat rekomen untuk korang dapatkan produk Cap Lang ini dan pastikannya ianya sentiasa ada di rumah. Korang boleh dapatkan produk Cap Lang ini dari farmasi-farmasi seperti Guardian, Caring Pharmacy dan Big Pharmacy.

Selain itu boleh dapatkan juga produk Cap Lang daripada portal membeli belah seperti:-
Cap Lang pilihan ibu yang terbaik

Produk Cap Lang pilihan keluarga sentiasa,
Mengurangkan kesakitan beri rasa lega segera.


Produk Cap Lang Pilihan Keluarga Untuk Kurangkan Lenguh Badan dan Kegatalan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 11, 2022 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.