Restoran Polperro Steak House Menawarkan Pelbagai Hidangan Menarik Memenuhi Citarasa Seisi Keluarga


Restoran Polperro Steak House sememangnya cukup popular sebagai restoran yang menawarkan pelbagai menu barat seperti steak, burger dan sebagainya. Namun sebenarnya di Restoran Polperro Steak House kita boleh mendapatkan pelbagai jenis hidangan tempatan yang lain. Ini bagi memenuhi citarasa masyarakat Malaysia yang menjadikan nasi sebagai salah satu makan ruji harian mereka. Apa yang paling penting, menu yang ditawarkan di sini semua berkualiti premium dan bahan yang digunakan dalam penyediaan masakan semuanya halal.


Untuk info. Polperro Fish & Steak atau lebih dikenali sebagai Restoran Polperro Steak House adalah sebuah perniagaan restoran yang diusahakan oleh seorang anak muda iaitu Encik El Aziizie bin Maskam yang mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang kulinari. Beliau sememangnya cukup berpengalaman dan berkecimpung dalam sektor industri makanan sejak sembilan tahun yang lalu. 

Nama perniagaan ini adalah diinspirasikan daripada sebuah lokasi perkampungan unik di England yang lebih dikenali sebagai Cornish Fishing Village yang terletak di Cornwall, England. Tidak hairanlah menu-menu utama ada juga ikan yang digril/dibakar selain daripada kambing bakar yang cukup popular dikalangan peminat hidangan barat.


Dekorasi dan Keluasan


Restoran Polperro Steak House mempertengahkan dekorasi yang minimalis. Sesuai dengan keluasan restoran, pastinya keselesaan pelanggan yang menjadi keutamaan. Ini memandangkan kebanyakan outlet Restoran Polperro Steak House dikunjungi pelanggan yang datang secara berkumpulan samada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.


Untuk satu-satu masa Restoran Polperro Steak House  boleh memuatkan sehingga 100 orang. Terdapat pilihan 2 kawasan untuk menikmati hidangan samada di bahagian dalam ataupun di luar restoran.


Tidak hairanlah Restoran Polperro Steak House sering mendapat permintaan untuk diadakan sebarang acara majlis privasi. Dengan kemudahan yang disediakan disamping dengan kepelbagaian menu yang ditawarkan tidak mengecewakan.

Review : Menikmati Hidangan di  Restoran Polperro Steak House Bukit Jelutong Shah Alam


Baru-baru ini saya berkesempatan membawa anak-anak saya menikmati makanan tengahari di  Restoran Polperro Steak House cawangan Bukit Jelutong.  Outlet di sini agak besar dan luas. Penyediaan parkir juga agak banyak jadi tidak menjadi masalah untuk saya datang ke sini dengan dua kereta (kebetulan Anaqi ada kelas  sebelumnya dan terus sertai adik beradiknya yang lain untuk makan bersama).


Untuk minuman saya telah order air buah-buahan seperti oren, tembikai, laici, strawberi dan Smoothis Dark Chocolate. Harga air minuman yang diorder adalah diantara RM5 sehingga RM10.90

Family Platters | RM29.90

Family Platters dengan pelbagai hidangan didalam satu pinggan. Ada nasi goreng, kambing bakar, kepak ayam bersama sos keju, keropk, sos dan salad. Daging memang berjus, sedap. Portion daging agak banyak dalam satu pinggan. Saya gemar juga kepak ayam yang digoreng ranggup disaluti bersama sos keju.

Set Ayam Berempah | RM12.90

Ayam berempah sangat garing. Sedap  dinikmati bersama set nasi panas-panas. Ada 3 jenis sambal yang didatangkan bersama. Menu istimewa khas untuk hidangan tengahari yang ditawarkan dari jam 12 tengahari sehingga 5 petang.

Set Talipia Organik | RM15.90

Set hidangan ini memang sedap. Bayangkan anak saya boleh meratah ikan talipia ini sehingga tinggal tulang. Ikan yang digoreng garing, isi manis dan lembut dinikmati bersama nasi panas-panas dan 3 jenis sambal. Memang terbaik.

Lamb Burger | RM8.90

Selain itu saya juga order Lamb Burger yang dikatakan antara hidangan ikonik dari  Restoran Polperro Steak House. Patty daging homemade bersama kentang goreng, cili sos dan keju. Agak besar juga saiz burger ini memang puas minikmatinya biarpun kami berkongsi sama-sama rasa.


Bagi saya sendiri pilihan menu di Restoran Polperro Steak House memang cukup banyak. Untuk keluarga besar seperti saya tentunya variasi pilihan menu yang ditawarkan dapat memenuhi citarasa seisi keluarga. Dengan harga yang cukup berpatutan memang berbaloi dan memberi lebih penjimatan. Pilihan restoran terbaik untuk seisi keluarga datang makan-makan.

Oh ya! Semua Restoran Polperro Steak House beroperasi bermula jam 12:00 tengahari sehinggai 11:00 malam dan ianya dibuka setiap hari. 

Antara lokasi outlet Restoran Polperro Steak House adalah seperti di bawah:-

SEKSYEN 7 SHAH ALAM
SEKSYEN 18 SHAH ALAM
CHERAS (BANDAR SRI PERMAISURI)
SETIA ALAM
WANGSA MAJU (SRI RAMPAI)
BUKIT JELUTONG
 THE LUBOKX, RANTAU PANJANG KLANG

 Restoran Polperro Steak House ini juga menawarkan lokasi bagi acara-acara keraian yang lebih privasi bersama dengan pelbagai menu menarik yang boleh dipilih.

Untuk lebih info boleh layari https://polperrogroup.com
Restoran Polperro Steak House Menawarkan Pelbagai Hidangan Menarik Memenuhi Citarasa Seisi Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 20, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. nampak sedapnyaaa talapia tu. jarang jumpa kedai jual talapia organik. harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  2. Terkejut AM tgk tetiba terpacak pisau kat burger tue.. Dua kali tengok tau!! Btw, menu-menu kat sini nampak sedap dan menarik.. boleh la AM bawa anak2 AM ke sini dan cuba menu di sini nanti..

    ReplyDelete
  3. Oh yumsss! all their food look delicious, i can't wait to eat there soon

    ReplyDelete
  4. Ohh wow....all the foods look so so yummy tasty to enjoy all, gonna try them out. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.