Bob Rock Clothing (BRC) Menganjurkan Program CSR Di Rumah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya
Biarpun berlainan agama dan budaya ianya tidak menghalang untuk team Bob Rock Clothing (BRC) bersama-sama menyantuni warga emas yang kebanyakannya berbangsa Cina di Rumah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran pusat pakaian plus size ini telah dilaksanakan pada 16 Januari 2023 baru-baru ini.
Untuk info, Rumah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya mempunyai seramai 32 orang warga emas yang berusia di antara 60 hingga 100 tahun. Kebanyakan warga emas di sini masih bujang dan belum berkahwin. Sebahagian daripada mereka terlantar kerana terlalu lemah dan tua manakala selebihnya boleh berdikari tetapi masih dibawah pemantauan penjaga. Kebanyakan warga emas di sini hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Hakka, Kantonis dan Mandarin
Mengambil kira keperluan asas semasa yang memang diperlukan oleh warga emas di sini, pihak Bob Rock Clothing (BRC) telah menyumbangkan barangan keperluan harian seperti sabun basuh tangan, sabun basuh baju cecair, sabun basuh baju serbuk dan sabun pencuci lantai.
Selain itu Bob Rock Clothing (BRC) turut memberikan angpow dan buah limau bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Dengan sumbangan yang diberikan diharapkan dapat menceriakan lagi penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya.
Cukup popular sebagai jenama fesyen yang menawarkan pakaian saiz besar lelaki, ternyata Bob Rock Clothing (BRC) sentiasa cakna dan ambil peduli keadaan masyarakat setempat dengan memberi bantuan bagi meringgankan beban pada mereka yang memerlukan. Bob Rock Clothing (BRC) juga mengalukan sebarang sumbangan daripada pelanggannya untuk sama-sama menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dirancang pada masa akan datang,
Oh ya! Jangan lupa dapatkan baju bersaiz besar di Bob Rock Clothing (BRC) esklusif di musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Bergaya dengan pakaian berkualiti, pasti puas hati dan happy!
Apapun syabas Bob Rock Clothing (BRC) di atas program CSR yang dianjurkan. Moga jenama ini terus dikenali dan dapat memberi lebih banyak sumbangan.
Website - https://www.bobrock.com.my/
#BobRockClothing
#MensPlusSizeClothing #PlusSizeFashion
#PlusSizeClothingOnlineMalaysia
#PakaianSaizBesarLelaki
#KedaiBajuSaizBesarLelakiChineseNewYear
Bob Rock Clothing (BRC) Menganjurkan Program CSR Di Rumah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 28, 2023
Rating:
best if dpt join CSR ;)
ReplyDeleteTahniah Bob Rock Clothing buat program CSR. Semoga usaha murni ini berterusan. InsyaAllah.
ReplyDeleteBagusnya program CSR yang dilaksanakan oleh BRC.. moga usaha ini diteruskan dan lebih ramai pihak turut sama membantu dan menggalakkan CSR seumpama ini..
ReplyDeletegreat job! Tahniah BRC anjurkan CSR di rumah orang tua di sini, mesti mereka sangat gembira dapat kunjungan dan bantuan
ReplyDeleteThis is such a great initiative to give back to the community and sharing
ReplyDeletewhat an amazing initiative! this news make so feel so happy and hopeful again.
ReplyDeleteOhh wow ... I'm so proud of this meaningful initiative, hope to have more of these corporates to kick start similar initiatives. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletebagusnya buat program di umah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya ni. Teruskan dan keep up the good work
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ini sebuah program yang sangat bagus! Tahniah Bob Rock clothing atas inisiatif ni ^^
ReplyDelete