Rawatan HIFU Mesra Muslimah dan Murah Hanya di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Rawatan HIFU Mesra Muslimah dan Murah Hanya di The Beauty Expert Academy Spa Cheras-Biarpun usia hanyalah angka, namun kita masih perlu mengambil berat tentang kecantikan serta kesihatan diri. Apatah lagi di zaman hari ini terdapat banyak rawatan yang menggunakan teknologi berinovasi. Salah satunya adalah rawatan High Rejuvenation yang menggunakan teknologi High-intensity focused ultrasound (HIFU). 


Rawatan HIFU merupakan rawatan aestetik terkini yang langsung tidak menyakitkan. Tidak ada penggunaan jarum atau suntikan.Teknologi ini menggunakan tenaga ultrasound bagi menipiskan lemak kulit yang tidak diperlukan, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan kulit agar kulit wajah tidak menjadi kendur, penghasilan kolagen dan banyak lagi manfaatnya. Paling menarik kita boleh lihat kesannya serta-merta selepas menerima rawatan (instant result).


Pusat Aestetik The Beauty Expert Academy Spa Cheras
The Beauty Expert Academy Spa Cheras antara pusat aestetik yang menawarkan rawatan HIFU pada harga mampu milik yang sangat berbaloi. Pusat aestetik ini bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar aestetik di sini tentang keadaan kulit wajah mereka.

Skin Analysis di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Pusat rawatan yang selesa dan tenang

Selain itu, The Beauty Expert Academy Spa Cheras juga memang mesra muslimah. Di mana kita tidak perlu rasa was-was apabila menerima rawatan di sini ini memandangkan hanya golongan wanita sahaja dibenarkan berada didalam pusat rawatan (melainkan jika datang bersama suami barulah dibenarkan).  


Puan Mastura binti Idris atau lebih dikenali sebagai Tecer Mass merupakan pemilik dan pengasas untuk The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Selain daripada menjalankan perundingan serta rawatan kecantikan, Tecer Mas juga merupakan seorang tenaga pengajar didalam bidang aestetik. Mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Tidak hairanlah Tecer Mass telah dilantik menjadi salah seorang jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti.

Produk RoyalQ Asia

Berkecimpung dalam industri kecantikan 18 tahun lamanya dengan segala ilmu dan pengalaman yang ada Tecer Mass turut memperkenalkan produk penjagaan wajah iaitu RoyalQ Asia. Jenama ini banyak digunakan di pusat rawatan aestetik yang sedia maklum manfaat dan kebaikan produk yang diperkenalkan oleh Tecer Mass.

Perbezaan Yang Menakjubkan Setelah Membuat Rawatan HIFU 
Sebelum membuat rawatan, pelanggan akan dianalisis wajahnya terlebih dahulu bagi mendapatkan secara terperinci masalah yang dihadapi. 


Contohnya seperti jika terdapat banyak garis kedutan di bahagian pipi ataupun di bawah lingkaran mata. Mungkin juga pelanggan mengalami masalah 'double chin' yang menyebabkan kulit bahagian leher berkedut. Tidak kelihatan V shape di raut wajah yang menyebabkan wajah kelihatan bulat dan sembap.

Rawatan HIFU yang tidak menyakitkan

Semua masalah yang dihadapi ini boleh diatasi menerusi rawatan HIFU. Apa yang menarik, selepas menerima rawatan HIFU, pelanggan tidak perlu melalui proses 'down time' dan tiada pantang larang yang boleh menyebabkan kesan pada wajah.


Rawatan HIFU ini tidak akan menjejaskan aktiviti harian. Dan ianya kekal untuk tempoh agak lama iaitu sehingga 3 bulan. Dan HIFU adalah rawatan yang sememangnya selamat kerana hanya tenaga ultrasound yang menyasarkan pada lapisan atas kulit, bawah kulit dan kulit SMAS (superficial musculoaponeurotic system). Ia tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada kawasan Epidermis (lapisan atas kulit).


Memang ketara perbezaan sebelum dan selepas menerima rawatan HIFU. Wajah kawan saya Jane Chua kelihatan lebih muda dan berseri-seri. Wah! Saya yang melihatnya sendiri begitu teruja dan tidak sabar untuk mencuba rawatan HIFU ini.



Promosi Harga Pengenalan
Pihak  The Beauty Expert Academy Spa Cheras sekarang ini ada menawarkan harga pengenalan untuk rawatan HIFU iaitu RM199 sahaja daripada harga asal RM900. Sangat berbaloi dan murah! Bayangkan kita boleh kelihatan lebih cantik di perayaan Hari Raya tidak lama lagi. Jadi bagi yang ingin mencuba rawatan HIFU di spa aesthetic terbaik di Alam Damai bolehlah membuat temujanji di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. 


Waktu operasi: 
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM) 

The Beauty Expert Academy Spa Cheras 
No 14B, Jalan Suadamai 1/2, 
Bandar Tun Hussein Onn, 
43200 Cheras, Selangor. 
03-95497094/ 013-2576447


Social media: 
Website: https://thebeautyexpertaesthetic.carrd.co/ 
IG: https://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras/ 
FB: https://www.facebook.com/thebeautyexpertacademy 
TikTok1: https://www.tiktok.com/@thebeautyexpertacademy88 
TikTok 2: 
https://www.tiktok.com/@beautyaestheticclas


Rawatan HIFU menjadikan wajah lebih cantik,
Ditawarkan pada harga menarik, servis terbaik!
Rawatan HIFU Mesra Muslimah dan Murah Hanya di The Beauty Expert Academy Spa Cheras Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.