Ummi Nazeera Dilantik Menjadi Duta Jenama Tudung By Chefiza (BCF)


Ummi Nazeera Dilantik Menjadi Duta Jenama Tudung By Chefiza (BCF)- Satu majlis pelancaran "Ambassador Signing Ceremony" diantara jenama By Chefiza (BCF) bersama selebriti popular Malaysia Ummi Nazeera di White Sand Cafe Empire Damansara telah diadakan pada 12 Januari 2023. Majlis yang cukup sederhana tetapi tetap meriah ini bukan sahaja dihadiri hanya agen serta reseller bahkan media turut diundang sama bagi mewar-warkan perlantikan  Ummi Nazeera sebagai duta terbaru jenama BCF.


Menurut Puan Che Nurul Hafizah pengasas BCF, pemilihan Ummi Nazeera sebagai duta disebabkan personaliti figura ini yang sememangnya menepati konsep jenama By Chefiza (BCF) iaitu bersahaja, bersederhana, merendah diri, autentik dan mematuhi syariah. 

Bersama Ummi Nazeera sebagai duta, BCF telahpun merangka perancangan pemasaran dengan mengadakan pelbagai kempen bagi memperkenalkan jenama tudung By Chefiza (BCF) ke semua peringkat lapisan masyarakat.

Antara kempen yang bakal dilaksanakan pada masa terdekat adalah kempen 'Buat Duit Raya Bersama BCF'. Kempen yang memberi pendedahan kepada komuniti Reseller BCF untuk menarik lebih ramai wanita mendapatkan tudung By Chefiza (BCF).  Selain itu menerusi kempen ini juga diharapkan lebih ramai wanita akan merebut peluang menjana pendapatan bersama jenama By Chefiza (BCF) 


Perancangan Kempen BCF Bersama Ummi Nazeera


Ummi Nazeera juga telah menggayakan koleksi tudung By Chefiza (BCF) didalam drama terbarunya untuk tontonan sepanjang bulan ramadhan ini.  Ini juga salah satu usaha promosi duta dalam memperkenalkan koleksi tduung By Chefiza yang cukup praktikal, selesa dan mudah digayakan.

Selain itu beberapa aktiviti pemasaran sedang giat dirancangkan dengan menggunakan strategi 'Go to Market' yang bukan sahaja pemnjualan melalui atas talian bahkan ke pasaran fizikal seperti pembukaan booth di pasar malam dan sebagainya. Ini adalah salah satu strategi yang efektif bagi mendekatkan lagi dengan pegguna serta bakal pengguna jenama tudung By Chefiza.

Sepanjang tahun 2023 juga jenama ini akan menyertai program televisyen dan 'Award dinner' yang bakal diadakan pada awal Febuari tahun ini.
 
Pengenalan Jenama By Chefiza (BCF)

Jenama By Chefiza (BCF) diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya Muhammad Fikri Abdul Razak selaku pengasas bersama. Untuk info By Chefiza adalah jenama dibawah syarikat By Chefiza Sdn Bhd, telah mula diperkenalkan bermula pada 14 Jun 2019. Punyai kilang sendiri di Pengkalan Chepa Kelantan dengan 60 tukang jahit bagi memenuhi hampir 11,000 ejen di seluruh Malaysia.

Semua produk dibawah jenama By Chefiza (BCF) dibuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum ianya dikeluarkan. Pemilihan material terbaik dan berkualiti, rekaan kemas dan rapi antara kunci utama penghasilan produk dibawah jenama ini.

Produk terawal By Chefiza (BCF) pernah viral satu masa dahulu iaitu 'Snowcap Berhantu' dengan hanya modal yang sederhana tetapi berjaya terjual lebih dari 1 000,0000 helai. Dan ini adalah penanda aras impian jenama By Chefiza untuk melebarkan lagi sayapnya dengan memperkenalkan produk-produk muslimah yang bukan sahaja berkualiti bahkan mampu milik.

Antara produk By Chefiza (BCF) adalah seperti:-

1. Tudung
  • The Souk Classic
  • The Souk Premium
  • The Souk Luxe
  • The Souk Primadona
  • The Souk Modish
  • The Souk Harameen
  • The Souk Printed
  • Bawal Souk Lofty
  • Mini Souk
  • Shawl Souk
Foto dari Facebook By Chefiza (BCF)

2. Stokin
  • Soukin Straight Cut
  • Soukin V-Toe Cut
Foto dari Facebook By Chefiza (BCF)

3. Handsock
  • Handsouk
Foto dari Facebook By Chefiza (BCF)

4. Inner neck
  • Inner Neatneck
  • Inner Neattie

5. Snowcap
  • Snowcap Kid
  • Snowcap Dewasa

Biarpun jenama By Chefiza (BCF) ini mempunyai butik, namun kaedah utama yang digunakan oleh jenama ini adalah 99% reseller.  Ini bagi memudahkan pelanggan dari seluruh Malaysia tidak kira di mana sahaja boleh mendapatkan koleksi ini dari agen dan reseller bertauliah yang dilantik.


Semoga dengan pelantikan Ummi Nazeera sebagai duta jenama By Chefiza (BCF) dapat membantu lagi memperkenalkan lagi jenama ini bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh Asia Tenggara.

Tahniah Ummi Nazeera diatas perlantikan duta dan moga jenama By Chefiza (BCF) terus sukses!

Ummi Nazeera Dilantik Menjadi Duta Jenama Tudung By Chefiza (BCF) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 13, 2023 Rating: 5

3 comments:

  1. Cantiknyaaaaaaa Ummi Nazeera. Memang suka tengok semua lakonan Ummi. Sesuai betul apabila dilantik sebagai duta untuk BCF. Semoga kedua-duanya terus berjaya dalam kasih-sayangNya.

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. menarikkk..mOga BCF terus berkembang Maju

    ReplyDelete
  3. tahniah Ummi Nazeera. makin cantik dia sekarang lepas berhijab. banyak juga produk BCF ni. boleh la try beli nanti

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.