VE'ERA Menjadikan Rambut Sihat, Kuat dan Cantik Beralun Seperti Rawatan di Salon
VE'ERA Menjadikan Rambut Sihat, Kuat dan Cantik Beralun Seperti Rawatan di Salon- Jenama penjagaan rambut VE'ERA merupakan produk jenama tempatan yang diperkenalkan oleh Mr. Gin atau nama penuhnya Gin Kioh Xiao Zhong bersama isterinya. Mempunyai salon di Kepala Batas yang telah beroperasi 7 tahun dan kini mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan set penjagaan rambut dibawah jenama sendiri - VE'ERA. Bayangkan dengan menggunakan set penjagaan rambut VE'ERA , kita tidak perlu lagi ke salon. Hanya membuat rawatan di rumah, rambut kita boleh sihat, kuat dan cantik.
VE'ERA membawa maksud V - Victory (kejayaan didalam kehidupan), E - Eternal (selamanya hayat) dan ERA - bergenerasi. Dengan misi untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana dalam penjagaan kulit rambut kepala, VE'ERA dihasilkan dengan formulas bahan-bahan organik seperti teh hijau (green tea) dan chamomile.
It All Starts with the Roots, tidak dinafikan rambut yang cantik dan sihat bermula daripada akar rambut yang kuat. Menyedari tentang itu, VE'ERA diperkenalkan dengan 3 produk regim penjagaan rambut yang hebat iaitu syampu, hair mask dan hair tonic (tonik rambut).
Produk penjagaan rambut VE'ERA sesuai untuk mereka yang memiliki rambut jenis normal, berkelumumur dan juga berminyak. Ini kerana formulasi didalam VE'ERA dapat merawat dari kulit kepala sehingga rambut.
Dengan formulasi teh hijau organik yang mempunyai sifat antioksidannya dapat menjadikan rambut bersinar dan beralun. Teh hijau juga memang telah terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah keguguran rambut dan mengatasi masalah kelemumur.
Manakala chamomile merupakan formulasi daripada tumbuhan yang boleh menyejukkan kulit kepala. Selain itu ianya juga sangat disyorkan terutama bagi mereka yang berambut perang. Ini kerana chamomile dapat membantu untuk mengekalkan rambut agar lebih bersinar.
Ke semua produk penjagaan rambut VE'ERA ini mendapat kelulusan KKM, menerima pengiktirafan GMP dan juga halal. Ianya selamat digunakan oleh golongan dewasa, tidak kira lelaki mahupun perempuan.
VE'ERA Syampu
Disyorkan penggunaannya 2 hari sekali. Namun tidak ada masalah jika mahu menggunakannya setiap hari. Syampu ini diperkenalkan bagi membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat iaitu berkaitan dengan kegatalan kulit kepada (berkelumumur) dan rambut berbau. Ini terutamanya pada mereka yang berhijab sepanjang hari.
Saya sendiri sudah mencubanya. Memang terasa kelainan selepas kita membilas dengan air. Senang dibilas tidak perlu menggunakan air terlalu banyak. Paling best! Haruman selepas menggunakannya, cukup menenangkan.
VE'ERA Hair Mask
Fungsi VE'ERA Hair Mask sama seperti perapi yang digunakan selepas rambut dibersihkan dengan syampu. Sapukan VE'ERA hair mask di setiap helaian rambut dan urut dengan lembut. Pastinya rambut akan menjadi lebih terurus dan tidak akan tersekat apabila disikat.
Formulasi didalam VE'ERA Hair Mask dapat memperbaiki keratin rambut agar tidak rosak, kuat dan sihat. Boleh diletakkan di kulit kepala jika terlalu kering di bahagian tersebut.
Selepas membersihkan rambut dengan VE'ERA Syampu, saya menggunakan VE'ERA Hair Mask memang terasa lebih puas dan best! Bayangkan apabila saya membelai rambut dengan jari dan ianya tidak langsung tersekat dimana-mana skala.
VE'ERA Hair Tonic
Untuk medapatkan hasil penjagaan rambut yang maksimun haruslah rambut diletakkan dengan VE'ERA Hair Tonic. Ianya dapat menyejukkan kulit kepala, mengawal minyak rambut dan juga memberi aroma yang cukup wangi.
Hanya spray VE'ERA Hair Tonic sebaik sahaja rambut selesai disyampu dan juga dirapikan dengan VE'ERA Hair Mask.
Puas hati. Ini yang dapat digambarkan selepas menggunakan VE'ERA Hair Tonic. Mudah dan sangat praktikal hanya sembur-sembur sahaja di rambut dan hasilnya rambut cukup wangi. Penting untuk saya gunakan produk ini terutamanya jika saya perlu berhijab sepanjang hari. Ini bagi memastikan rambut yang ditutupi didalam hijab tidak kepam.
Jom Dapatkan Set Penjagaan Rambut VE'ERA
Untuk saiz biasa produk penjagaan rambut VE'ERA harga untuk satu set adalah RM210, berbanding jika beli secara ala-carte (satu-satu), jumlah yang perlu dibayar adalah RM267. Dan ini adalah jauh lebih menjimatkan. Set ini boleh digunakan dalam 2-3 bulan.
Manakala untuk saiz pek travel, harga satu set adalah RM99 berbanding jika dibeli secara ala-carte (satu-satu) jumlah ke semuanya adalah RM107.
Boleh dapatkan dari laman web VE'ERA, agen dan stokis VE'ERA. Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Dengan penjagaan rambut VE'ERA, kita tidak perlu lagi ke salon!!
VE'ERA Menjadikan Rambut Sihat, Kuat dan Cantik Beralun Seperti Rawatan di Salon
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 15, 2023
Rating:
I can't wait to try VE'ERA for good scalp and hair this New Year!
ReplyDeletesaya pun dah guna shampoo ve'era ni. memang terbaik, rasa lembut je rambut ni. memang berbaloi dengan harga :)
ReplyDeleteMenarik betul pakej dia ye. Lengkap dengan mask and tonic. Packaging dia meletups gak.
ReplyDeleteThanks for sharing about this new local haircare brand, just know them & gonna check out their range . Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteI need this kind of haircare coz now my hair is quite dry and dull
ReplyDeleteBotol dia cantik lah! Rasa macam kalau pakai cotton candy unicorn gitu.
ReplyDelete