BCF Lead Award 2022 , Majlis Penganugerahan Jenama By Chefiza Yang Cukup Meriah -Majlis makan malam dan penganugerahan yang cukup meriah - BCF LEAD AWARD 2022 telah diadakan di Glam Hall Menara Mustapha Kamal Kuala Lumpur. Ini merupakan tahun 3 dianjurkan dan julung pertama kalinya diadakan di luar bandar Kota Bharu yang turut dihadiri selebriti seperti Ummi Nazeera dan juga Erni Zakri.
BCF LEAD AWARD 2022 adalah majlis penganugerahan kepada ke semua Leader, Stokis dan Ejen yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022.
Terdapat 3 objektif utama yang ingin dicapai melalui penganjuran majlis ini iantaranya seperti:-
- Memberi penghargaan kepada ahli keluarga BCF yang telah mencapai jualan yang sangat luar biasa.
- Memperkenalkan kempen pemasaran terbaru dari BCF iaitu “Go to Market Strategy”.
- Melancarkan produk terbaru keluaran BCF.
Di malam ini juga semua tetamu dihiburkan dengan persembahan yang cukup bertenaga dari Erni Zakri. Memang padu lontaran suara Erni yang telah menyampaikan beberapa buah lagu hits beliau.
Pada masa yang sama BCF turut mengadakan peraduan untuk mereka yang berada di rumah. Caranya dengan hanya menonton BCF LEAD AWARD 2022 secara LIVE di facebook, jawab 3 soalan mudah yang diberikan dari masa ke semasa. Sebanyak 3 hadiah barangan kemas ditawarkan.
Malan Penghargaan BCF
Sebanyak 4 kategori anugerah telah diberikan kepada semua leader, agen dan stokis yang mencapai sasaran jualan. Antara kategori tersebut seperti :-
- BCF LEAD AWARD 2022 “LOYALTY AWARD
- BCF LEAD AWARS 2022 “RISING STAR”AWARD
- BCF LEAD AWARD 2022 “TRANFORMATIONAL LEADER” AWARD
- BCF LEAD AWARD 2022 “EXTRAORDINARY PERFORMANCE & HIGHER GROWTH AWARD”
Para pemenang bukan sahaja diberikan sijil penghargaan dan piala bahkan dihadiahkan juga gold bar dan juga barangan kemas.
Moga penganugerahan ini dapat memberi inspirasi
kepada semua agen dan stokis BCF untuk terus berusaha mencapai target jualan pada masa akan datang.
“Go to Market Strategy”
Selain itu BCF juga telah membuat perancangan pemasaran “Go to Market Strategy” dengan tidak hanya menumpukan jualan secara online tetapi juga ingin memasuki pasaran offline dengan lebih hebat.
Di mana akan lebih banyak booth-booth dibuka di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelanggan seperti pasar malam.
Imi juga salah satu strategi bagi jenama ini untuk lebih dekat dengan masyarakat Malaysia tidak kira di mana sahaja.
Pelancaran Produk Terbaru BAWAL SOUK
Di malam penuh gemilang ini juga diadakan pelancaran produk terbaru dari BCF iaitu BAWAL SOUK.
Tudung bawal yang sentiasa menjadi kegemaran wanita hari ini dan apa yang lebih menarik BCF menjadikan pemakaiannya lebih mudah dan bergaya. Hanya sauk sahaja di kepala sudah bersedia untuk ke mana sahaja.
Pengenalan Kepada Jenama BCF
BY CHEFIZA SDN BHD diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama. Syarikat ini ditubuhkan pada 14 Jun 2019 yang berpusat di Kelantan.
By Chefiza Sdn Bhd merupakan pengeluar produk busana muslimah dengan jenama By Chefiza atau lebih dikenali dengan nama BCF. Pada awal penubuhan syarikat, jenama BCF telah menjual lebih dari sejuta helai anak tudung yang ketika itu dikenali “Snowcap Berhantu”. Hasil dari permintaan yang tinggi inilah BCF komited dalam pengeluaran busana muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah.
Bermula dengan hanya 10 orang pekerja sahaja di awal penubuhan, kini BCF telah mempunyai kilang pengeluaran sendiri dan memiliki lebih 60 pekerja. Memiliki 17 cawangan dan hampir 11,000 ejen di seluruh negara, kini BCF telah mempunyai 17 ‘SKU’ produk dari tudung, stokin, sarung lengan, sarung leher wanita dan juga anak tudung.
Perlantikan Ummi Nazeera Sebagai Duta
Selari dengan pelantikan Duta Rasmi jenama BCF iaitu UMMI NAZEERA, segala objektif yang ingin dicapai ini adalah inisiatif BCF dalam membantu agen:stokis untuk lebih mudah menjual produk-produk keluaran BCF.
Cabaran tahun 2023 bakal dilalui bersama-sama dan pihak BCF sangat komited dengan pelan pemasaran dan perniagaan yang kompeten agar produk BCF sentiasa berdaya saing.
Pihak BCF akan terus komited melakukan pembangunan dan penyelidikan terhadap fabrik yang digunakan. ULTRA SENMECH merupakan teknologi terkini produk BCF, memberikan keselesaan serta berteknologi. Justeru, BCF bermatlamat menjadi syarikat busana muslimah yang berteknologi, berinovasi dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna.
Jika anda ingin melihat koleksi-koleksi tudung di bawah jenama BCF boleh rujuk pada BCF Look Book, katalog yang dibawa khas secara digital bagi memberi kepuasan kepada pelanggan untuk melihat dan memilih koleksi BCF yang ada di pasaran.
Moga tahun 2023 jenama BCF lebih berjaya dan mencapai target sasaran jualan 32 juta.
BCF tudung souk premium pilihan semua!
Wow... congrats to those won in this BCF LEAD AWARD 2022 ceremony, wishing them to earn the sales of 32 juta this 2023. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteTahniah buat Che Fiza dan suami. Tahniah kepada seluruh team BCF. Kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi.
ReplyDeletegotta love a brand who shows enough appreciation and recognition for its employees. congrats to all the agents who performed well!
ReplyDelete